Saturday, October 29, 2011

Cuti sakan sempena Deepavali

Akhirnya,penantian untuk aku bercuti ke Langkawi tercapai jugak.Walaupun dah banyak kali tangguh dan cancel last minit,aku pergi jugak ke sana bersama team seramai 4 org.Tapi tak puas lagi nak jalan-jalan sebab pergi sekejap je,2 hari 1 malam.Tempat pun terhad je pergi memandangkan tak cukup masa,lain kali nak pergi lagi la! haha

Ok.Ada gambar.Dalam beratus-ratus keping gambar,cukup lah gambar kat bawah ni je,nak lebih-lebih kang,melampau pulak.

Muka excited!


Dataran Lang

Jeti Langkawi

Pantai Cenang

Shopping!

Resort

Shopping

Oriental Village


Cable car!

Atas tu Cable car

Bagi ikan makan!

Penat tunggu feri delay.Rasa tak nak balik pulak dah ;(

Banyak lagi gambar tapi penat nak upload,ni pun cukup lama nak upload sebab internet seperti siput sedut.Kali kedua menjejakkan kaki ke Langkawi memang banyak beza,sangat best.Jom pergi lagi.. ;)


Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday #05


p/s : Siapa pernah macam ni??tolong la ada..sebab aku macam ni laa..huhu ;(

Monday, October 24, 2011

Noktah dua bertindih itu smiley!

Isnin,permulaan hari yang aku cukup tak suka.

Begitu juga Ahad,hari cuti yang aku memang tak suka..sebab esoknya Isnin! Kesian aku,semakin hari semakin sibuk,tapi Facebook bukak jugak! Cuma blog je bersarang.Agaknya,bila dah ada keluarga sendiri (ada husband dan anak-anak),langsung tak online! Haha ;)
Eh,mana boleh macam tu kan? Susah kalau dah membesar dalam keadaan teknologi dah canggih.Kalau dah zaman sendiri pun dah canggih,zaman anak-anak nanti macammana agaknya ye? Tapi secanggih-canggih zaman pun,kesudahannya kita tak boleh bawak teknologi masuk kubur pun.huhu

Teringat kata-kata penceramah semalam pasal teknologi sekarang termasuk bahasa penggunaan teknologi dalam internet,SMS dan laman sosial lain.

Penceramah : Saya dah umur nak dekat pencen,tapi saya baru tahu tentang noktah dua bertindih dan tutup kurungan.

Mula-mula aku tak faham.Tapi lama-lama bila fikir balik..eh, noktah dua bertindih tu tanda smiley ---> :)
Gelak besar semua orang. Punya la benda tu terlalu simple bagi kita,tapi sesuatu yang susah untuk orang-orang tua.Tapi ada lagi yang mencuit hati aku..

Makcik : Ohh...pakai nombor telefon baru?? Asyik tukar telefon je!
Budak : Makcik,saya tukar nombor je,telefon tetap sama!

Ahh,sudah! haha.Tapi itulah dia peredaran zaman.Jangan gelakkan orang tua sebab tanpa orang tua,tak wujud jugak teknologi yang ada sekarang! ;)

Sunday, October 23, 2011

10 hari tak update blog

Huh,sudah 10 hari tak update blog..
Tapi tak rasa apa pun,sebab kesibukan melanda..
Tak boleh imagine macam mana blogger 'ngetop' tetap update blog setiap hari..
Mungkin pengurusan masa mereka lebih baik..

Topik entri kali ni??
Tiada topik..tapi nak kongsi lagu..
sejak terjumpa lagu ni,rasa nak kongsi dengan semua orang je..
enjoy dengar ye.



video

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday #04


p/s : Jangan kecewa sebab cinta,kerana ada hikmah bila Tuhan pertemukan kita dengan orang yang salah.. ;)

Saturday, October 8, 2011

Ular Sawa Terbesar Dan Terpanjang Di Dunia

Kansas City - Seekor ular sawa betina bernama Medusa. Beratnya lebih dari 300 pound dengan panjangnya 25 kaki, dan diperlukan 15 orang untuk mengangkatnya, ular ini sedang dalam persiapan untuk menyandang gelaran sebagai ular terbesar di dunia.

Nama Medusa akan dicatatkan dalam Guiness Book of World Records.

Dalam seminggu, reptilia besar yang akan dipamerkan di the Edge of Hell, Kansas City, Amerika Syarikat ini memakan kira-kira 18 kilogram daging haiwan. Namun kerana ia mudah dapat makan sesuatu, kadang-kala di dalam seminggu jumlah daging yang disantapnya boleh melebihi 45 kilogram.

Medusa akan segera dikunjungi oleh perwakilan dari Guinness Book of World Records untuk mengesahkan gelaran yang akan disandangnya itu.

Meskipun Medusa, berukuran sangat besar, Larry Elgar, sang pelatih, sama sekali tidak pernah rasa takut atau terancam dengan haiwan yang diasuhnya.

"Saya sedar, suatu waktu dia dapat membunuhku. Tapi tidak ada ketakutan tentang itu. Ketakutan hanya akan ada kalau kita kurang pemahaman tentang bagaimana cara untuk mengatasinya," ujar Larry kepada NBC News, sebagaimana disiarkan oleh Dailymail, Jumat (23/9/2011).

Ular sawa raksasa ini bersiap untuk menggantikan Fluffy yang memiliki panjang 7.3 meter, sebagai ular peliharaan terbesar. Namun Fluffy telah mati pada Oktober tahun lalu di Columbus Zoo and Aquarium di Powell, Ohio, Amerika.













p/s : Anaconda ke ape ni?hahaha ;p

Monday, October 3, 2011

Makcik ke kakak?

Bangun pagi,teringat zaman praktikal 2 tahun lepas.Bangun pagi dan mamai dalam toilet.Bukak pencuci muka tapi letak pada berus gigi,kadang-kadang bukak Colgate tapi sapu kat muka! Ish,mamai teruk sangat la tu.

Tentang praktikal jugak,teringat satu pengalaman hidup berjiran.Disebabkan aku dan kawan-kawan boleh dikatakan hanyalah jiran yang menumpang di kawasan perumahan tu,jadi haruslah bertegur sapa dengan orang sebelah rumah.Yela,kalau tak kita jugak yang susah kalau apa-apa jadi.Sekurang-kurangnya jiran kenal kita supaya boleh tolong kalau ada kecemasan nanti.

Nak dijadikan cerita,kami serumah pergi la ke rumah jiran-jiran.Agak kerap jugak la berborak dengan jiran-jiran sebelah rumah,kalau buat puding ke ape ke,mesti akan bagi sikit untuk jiran.Jiran yang aku maksudkan adalah jiran yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak kecil.Tapi satu benda yang mengecewakan aku,selama aku tinggal di kawasan tu,aku tak sedar pun yang aku telah memanggil jiran aku tu 'makcik' sedangkan kakak tu muda dan anak-anak masih kecil.

Benda tu aku sedar bila praktikal dah nak habis,kawan-kawan yang ingatkan aku..anak-anak kakak tu masih kecil,kakak tu pun muda lagi.Adehh,rasa bersalah pulak selama ni aku panggil makcik kat kakak tu.Kenapa la aku tak terfikir nak panggil dia kakak?Bukan aku sengaja panggil dia makcik,tapi benda tu automatik keluar dari mulut aku untuk panggil dia makcik.

Agaknya,aku ni terbiasa sangat bersembang dengan orang berstatus 'makcik' berbanding orang yang berstatus 'kakak'.Agaknya laaaa..hmm!

Sunday, October 2, 2011

Dengar radio online

Ohh..Selamat Pagi Ahad!!! Masih lagi blur dan tak tahu plan nak buat apa,yang pasti akan mengemas rumah.Kawan kata aku surirumah sebab aku bangun pagi-pagi dan segala kerja rumah,aku kerjakan!! Harus diingat,esok-esok korang kawin..benda ni jugak la korang kena buat kat rumah.Eh,tapi aku belum kawin,jadi nya semua yang aku buat tu untuk praktis dulu.ekekeke ;p

Aku suka mendengar radio tak kira masa,tapi kenapa la aku tak terfikir untuk dengar radio Live Streaming kat Internet?Ceh,sanggup aku habiskan bateri handphone untuk dengar radio.Rupanya boleh dengar Live Streaming kat Internet.Cesss! Seingat aku,tahun 2008 masih tak ada Live Streaming Radio kat Internet sampai kena install software Radio Online Tokei Kedai,baru dapat dengar radio.Mai tang mana sekarang ada?Ohh,sejak bila eh?Nampak sangat aku ni tak suka explore.

Dengar lagu sat..Ohh,nak dengar jugak?? Klik sini;