Monday, January 30, 2012

Biaq pi la kat hang,suka hati hang laa!!

Selamat sampai ke rumah ke-2 semalam.Sakit kepala pulak masa on the way ke sini.Haihh,apa pasal entah?

Malam semalam layan AJL 26,disebabkan bukan berada di kampung halaman,jadi terpaksa lah guna Live Streaming TV3.Boleh tahan jugak laju internet.Nasib je tu.

Malas nk update lagi pasal result AJL,sebab tengok kat dashboard,penuh sangat entri pasal AJL.So,malas! Kesimpulan pada kemenangan semalam,modal kecil tapi pulangan besar.Isu T-shirt dan track suit? Aku malas nak kupas.Kupas la sendiri seperti bawang putih dan bawang merah!

Ohh,ada isu tentang status FB aku semalam bila aku update tentang "AJL26-Live Streaming".Malas nak cerita panjang.Tapi pendek cerita,ada pihak yang memaksa aku untuk bukak live streaming lain sebab ada event lain yang berunsur keagamaan.Ayat dia membuatkan hati aku menggelagak masa tu.Grrr!

"Tapi apakan daya bilamana hiburan juga mereka "berkiblatkan"

Persoalannya,adakah haram aku bukak live streaming itu semalam? Ada dalil mengatakan hiburan tu salah kah?Setahu aku hiburan tak salah selagi tidak melalaikan.Sedih betul ada orang macam ni.Kalau kau boikot TV3 sangat,jangan la hentam aku pulak kat status FB..Aku malas nk cari pasal,aku 'LIKE' kan semua yang dia tulis.Biaq pi la kat hang,suka hati hang la...! Grrr.

Friday, January 27, 2012

Baru faham


Disebabkan dikelilingi kaum-kaum lain sewaktu belajar dan bekerja di industri dulu,pernah jugak timbul persoalan dalam kepala.Yang mana satu maksud untuk setiap kata-kata di atas.Akhirnya dah jumpa jawapan.Selalu bila dengar depan-depan,tak la susah nak faham.Yang masalahnya bila dapat e-mail dari rakan 1 department pasal kerja,jadi keliru sikit.Dapat pulak yang jenis tak suka tulis formal..adoi!

Kisah AJL26 - Mesti baca!

KISAH AJL 26


SUNGAI LUI mnjadi saksi pertemuan KEKANDA ADINDA yang telah menjadi gelaran tanda kasih kita seketika. Saat itu aku merasakan kaulah WANITA SELURUH DUNIA yang senantiasa menjadi GADIS SEMASA padaku. Namun, kini segalanya berubah, SEDETIK LEBIH telah aku habiskan menunggumu di tempat itu, namun kau tak kunjung tiba. Mujurlah saat itu AWAN NANO sudi menemani sedihku. Baruku tahu kau se......benarnya seorang yang PENAKUT kerana tidak mampu berterus terang tentang statusmu. Benarlah kata orang tua, " KALAU BERPACARAN biarlah berpada-pada, kelak BERIBU SESALAN mula muncul dalam diri ". Baru aku percaya CINTA MUKA BUKU bukanlah cinta yang sejati, aku percaya HUKUM KARMA dan dikau akan terima balasannya. Untk itu, biarlah aku pendam & simpan KISAH HATI ini untuk selamanya..

Dia tanya aku...

Hampir usia 24 tahun dan aku sangat rindu zaman kanak-kanak.Jauh beza suasana dulu dan sekarang.Kecik dulu aku sifatkan diri sendiri sebagai seorang yang sangat pasif.Diam seribu bahasa.Macam tak ada perasaan pun ada jugak.Budak-budak,biasalah.

Selalu gaduh dengan kakak . Aku tak geram pada orang lain.Tapi satu-satunya orang yang aku geram adalah kakak aku sebab dia garang (Jangan marah naa!).Itu zaman budak.Sekarang dia sudah jadi mama dan aku geram pulak kat anak dia sebab montel dan cute.

Danish,boboy si mata cantik!
Budak-budak sekarang celik IT.Untung diorang.Aku masa kecik macam tak tahu apa-apa.Sedih! ;(

Masa makan malam semalam,anak buah tanya;

"Ciksue, orang masuk syurga cakap bahasa apa?"

Ahh.sudah! Aku nak explain lebih-lebih kang,takut dia salah faham pulak nanti.So aku pun jawap jela,semua bahasa pun boleh,dengan syarat kita buat baik atas dunia.

Aku bajet soalan dia dah habis.Dia tanya pulak syurga tu kat mana.Duh! Boleh ke aku bagi tau dia ni,kang dia fikir bukan-bukan pulak. Aku pun cerita la satu-satu.Entah dia faham ke tidak.Tapi aku kasi penutup sebagai kesimpulan.Manusia kena buat baik,nanti dapat pahala.Ok katanya.Dah..! Setel...

Aku terfikir,agaknya apa la soalan aku dulu pada orang dewasa? Kalau la aku boleh ingat semua,aku dapat bayangkan betapa kelakar nya soalan budak-budak.

Wednesday, January 25, 2012

Tolong jadi lelaki yang bertanggungjawap!

Lelaki..lelaki dan lelaki.Entri ini tidak bertujuan untuk menyinggung mana-mana lelaki.

Tetapi entri ni sekadar luahan tentang perasaan seorang wanita tentang insan bernama lelaki.Jujur aku kata,aku cukup suka kalau lelaki yang pandai menghormati wanita.Hormat di sini merangkumi semua aspek daripada percakapan,cara bergaul,cara bertoleransi dan lain-lain.

Ada lelaki yang langsung tak ambil kisah bila bercakap dengan perempuan.Bagi diorang,alah..perempuan tak boleh diberi muka,nanti pijak kepala.Bercakap dengan perempuan ikut sedap mulut aje,macam cakap dengan kawan lelaki.Sedangkan wanita sudah tentu mahu dilayan seperti seorang wanita.Kalau nak orang hormat awak,tolong la hormat pada orang jugak,ok? Ni tak,cakap bukan main kasar.Apa salahnya berbudi bahasa sikit..

Menolong wanita? Memang aku respek habis lelaki bersifat baik macam ni.Pernah 2-3 kali aku lihat situasi di mana seorang lelaki menolong seorang wanita.Aku sudah bertahun-tahun berulang-alik dari pantai timur ke arah utara tanah air menaiki bas dan apa yang aku lihat semasa perjalanan ke sana,sangat membuatkan aku terharu.Ada lelaki yang tolong angkatkan beg masa turun,ada yang tolong tutup langsir bila silau (ni kes duduk sebelah-sebelah),rasa macam 'kenapa bukan aku yang alami semua tu?' -Ok.mimpi jelah!- haha

Tak hormat wanita? Tak hormat merangkumi banyak aspek.Tapi yang aku nak cakap di sini adalah cara bergaul.Aku sangat menyampah lelaki buat-buat caring depan public,cuit-cuit sana,peluk-peluk depan orang ramai.Bagi aku,itu bukan caring dan penyayang,tapi tak hormat perempuan!!

Sekarang zaman teknologi,setakat chatting kat internet tu dah biasa sangat,betul tak semua orang? Tapi aku cukup tak suka bila berchatting,aspek perbualan tu mengada-ngada macam apa jek! Siap masuk area 18sx bagai.Tau la dah lebih umur,tak perlu la nak try test ayat-ayat power kat laman chatting pulak. Juga dilabel tak hormat perempuan!!

Wanita dipersalahkan bila frust bercinta? Yang ni bergantung pada sejauh mana hubungan korang.Tapi yang pasti,wanita ada hak untuk pilih siapa bakal ketua keluarga dalam hidup dia seperti mana lelaki mahukan seorang wanita solehah untuk dijadikan isteri.Toleransi tu penting.Yang ni aku tak berani nak komen lebih-lebih,nanti PANAS pulak isu ni.

Sekadar renungan.Harap-harap ada yang mengerti.Tolong hormat pasangan anda kalau anda seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawap!

Tuesday, January 24, 2012

Kenapa tak rosak 2-2 terus?

Kawan pernah mengadu tahun lepas..katanya;

"Selipar kalau rosak,mesti rosak sebelah.Tak boleh ke rosak dua-dua terus?"

Aku senyum je.Dalam hati aku terfikir kenapa la selama ni aku tak pernah fikir benda macam tu?Aku cuma fikir benda yang susah berbanding fikir benda yang berlaku di sekeliling.

Selipar kalau bukan putus,mesti hilang.Last-last sebelah tu tetap tak berguna jugak.Menarik pemikiran kawan aku tu.Aku pun rasa rugi jugak selipar buat hal sebelah.Cuba buat hal dua-dua belah,senang sikit aku nak humban ke tong sampah.

Selipar yang femes kita dengar adalah selipar Jepun.Kenapa dia tak panggil selipar Korea?Ada satu masa dulu,kawan aku sign in e-mail baru dengan menggunakan selipar_jepun. Sudahnya, bila nak buat CV untuk kerja,mula la kalut nak buat e-mail baru.Segan katanya guna e-mail selipar_jepun.

Betapa besarnya pengaruh selipar dalam kehidupan kita.Walaupun kasut berlambak-lambak,selipar tetap tak dilupakan.Tapi jangan lupa,orang Kedah tetap setia memanggil selipar sebagai 'kasut' walaupun realitinya itu adalah selipar.

"Eh,mana ada comel..U lagi comel..!"

Bila gadis comel add aku Facebook,aku rasa bangga semacam.Rasa macam diri dihargai.Ewah.

Baru tadi,ada seorang gadis comel add aku dalam Facebook.Muka cun,comel je ibarat 'mix-parenting'.Aku bukan main terharu.Selama ni cukup susah nak dapat gadis comel add aku dalam Facebook.Aku fikir,alah..diorang ni mana ada masa nak add orang,nak approve request lagi ada la..

Bercakap mengenai gadis comel...

Kat Facebook ada banyak gadis comel.Tapi yang betul-betul comel sebenarnya sikit je.Yang banyak tu perasan comel.Boleh bezakan tak yang betul-betul comel dan perasan comel?
Yang perasan comel adalah apabila album gambar FB mereka penuh dengan koleksi ambil-gambar-syok-sendiri. Kelakar pun ada.Terutama budak-budak sekolah.Apa kejadahnya upload gambar syok sendiri tu banyak-banyak dik oi?Kalau orang yang tolong tak apa jugak.Ni snap sendiri.Adoi.Part komen lebih-lebih kelakar.

"Comel la awak ni...!"


"Eh mana ada,tak comel pun..U lagi comel...!"

Lepas tu perasan sorang-sorang.Senyum sampai ke telinga.Bangga la tu ye? Haha.Cis.Cis.Cis.Orang dah puji kau cakap jela terima kasih.Hargai la sikit orang yang puji tu.Entah-entah orang tu bukan puji ikhlas pun.Saja nak test perasan ke tidak.Tak ke malu?

Serius.Terdesak sangatkah sampai begitu sekali?Hidup untuk makan pujian kah?

Tapi yang betul-betul comel aku tak marah.Memang mereka layak untuk jadi comel dengan sentiasa bersederhana,berterima kasih dan menyimpan kecomelan itu untuk muhasabah diri dan mensyukuri nikmat kurniaan Yang Esa.Syabas!

Jiwa kacau,terkacau dan dikacau.

Hari ni Internet laju sakan.Anggap saja mereka-mereka sudah pulang ke kota untuk bekerja esok lusa.

Rupanya seronok jugak online tepi tingkap sambil tengok kereta lalu-lalang pergi majlis kenduri.Tambah-tambah pulak bila tempat kenduri tu siap pasang lagu pengantin.Tangan yang menaip ni dengan serta-merta rasa nak stop sekejap,melayan perasaan.Taip separuh,lepas tu berangan.Kalau la majlis aku begitu dan begini...... bla.bla.bla.

Tiba-tiba tergendala.Suara mami panggil suruh buat kerja.Halamakk! Time ni jugak dia nak panggil.Ok.Postpone la mengalamun,nanti sambung balik.Kesimpulan,setiap kali aku mengelamun,mesti ada je benda yang menghalang.Macam semalam,elok je mengelamun tiba-tiba dengar suara kucing jantan.Ya Rabbi,kenapa bunyi kucing tu sedemikian? (Suara dia tak sedap langsung!)

Sama kaedahnya bila kita tidur,orang telefon kat HP.Dalam hati..Haih,time-time orang tidur la dia nak telefon.Time tak tidur,tak ada la pulak call nya! Geram sampai dah tak boleh nak tidur balik.

Sama jugak bila kita nak tunjuk sesuatu pada orang dan benda tu lenyap seketika sama ada kita lupa kat mana atau benda tu betul-betul dah tak ada.Lepas tu tension sorang-sorang.

Benda-benda kat atas ni cenderung membuatkan kita berjiwa kacau.Dikacau dan terkacau secara tidak disengajakan membuatkan kita rasa sangat serabut.

Jiwa kacau!

Monday, January 23, 2012

Apa khabar agaknya Perlis?

Ada jugak yang mintak idea nak menulis sebab tengok semalam aku beberapa kali update blog.Tak,sebenarnya idea tu datang secara kebetulan,bukan dipaksa.Jadi bila idea datang,sila cepat-cepat update ye kawan-kawan (terutama kakakku yang sekarang sudah jadi blogger tegar).Hehe

Hari ni tak ramai yang update blog.Aku anggapkan aje diorang ni bercuti.Sedangkan aku bertungkus-lumus mendapatkan signal broadband yang hampir pupus line nya..Selalunya dapat signal 3G tiga bar.Tapi hampeh,dapat GPRS setakat dua,tiga bar.Jawapnya aku buka Internet,lagi satu jam la dapat browse.Yummeh! Tq Internet,kerana banyak buang masa aku.

Apa khabar agaknya kucing aku di Perlis.Sudah makan ke diorang? Ke,tersepit dan terkurung rumah siapa-siapa? Mintak-mintak jangan la.Sebab sekarang cuti semester.Harap-harap diorang pandai cari makan sendiri waktu-waktu cuti ni.Aku harap sangat banyak cicak yang munculkan diri depan diorang secara tiba-tiba,kalau tak mesti kucing aku jadi vegetarian,makan rumput waktu cuti-cuti macam ni.Survival..Kesian!

Waktu-waktu petang di Perlis,adalah waktu orang menangkap ikan di tepi sawah.Ala-ala zaman dulu gitu! Aku suka tengok suasana macam tu.Ikan pun boleh tahan,dapat ikan keli,ikan haruan,ikan puyu..Tu belum kira yang tangkap udang kat muara lagi.Aduhhh,dapat kat aku,pegi jual dapat gak pendapatan buat beli nasi tapau hari-hari.

Macam ni la suasana kat Perlis,tenang je dengan sawah padi

Aman dan damai walaupun aku dah tak tahu nak jelajah ke mana lagi dalam Perlis,tapi seronok duk sana.Paling best,bab makan.Ikan Bakar? Bihun Sup Simpang 4? Laksa Kuala Perlis? Nyum-nyum!

Ok.Kalau ada masa bulan depan,aku akan update pasal makanan di sana pulak.Berehat jap.Tata! ;)

Sunday, January 22, 2012

Antara sebab aku tak suka shopping online

Hebat.Ambik terus dari screen.Haha


Antara sebab aku tak suka shopping online adalah kerana faktor harga..

Bila aku bandingkan harga dengan yang selalu aku jumpa,sangat jauh bezanya.Sebagai contoh,beli tudung la kan senang nak bagi contoh..

Kita pun tahu,orang yang jual online ni pun beli dari orang lain jugak.Dia beli sah-sah la jauh lebih murah sebab beli borong.Dah namanya peniaga,mesti nak ambil untung.Dijualnya dengan harga yang bagi untung RM2 ke atas.Jawapnya..mahal la kan kalau sampai ke tangan kita yang beli dari dia.Walhal,dia cuma beli harga RM3 je.Dah untung RM2 lebih kat dia masuk dalam poket.

Lagi satu.Kadang-kadang mereka senang je kaburi mata kita.Katanya free postege,sebenarnya dia dah cover dah harga postege tu masuk sekali.Kita pun tertipu,bajet diskaun la tu.

Kualiti barang,susah nak ramal la.Macam ikut nasib.Kalau bernasib baik,elok la barangnya.Kalau tidak,entah-entah dah kena kopak dulu waktu penghantaran pos tu.Pakcik-pakcik posmen ni peduli apa barang-barang kita.Lagi-lagi Pos Laju dan Pos Ekspress.Cakap je dijamin sampai esok,tapi lusa baru sampai ada la..

Aku nasihatkan korang,terutama wanita..fikir habis-habis sebelum shopping online.Kalau boleh,kaji dulu harga pasaran.Tanya pada kawan-kawan harga kat tempat dia.Siapa tahu,boleh berjimat sikit.Tapi kalau dah nak sangat barang tu sebab susah nak dapat kat tempat lain,silakan..

Tak ada ke undang-undang jenayah makhluk halus?

Teringat waktu kecik,teringin nak jadi doktor.Tapi takut pulak bila nampak van jenazah dan bunyi Ambulans.Ne-Noo..Ne-Noo...Masa tu terbayang gunting dan jarum yang doktor guna untuk operate orang sakit.Nampak van jenazah pulak,sebab takut hantu.Tak masuk akal,boleh pulak ingat mayat tu hidup balik untuk menjadi hantu lalu membalas dendam kepada mereka yang berbuat jahat.Minta-minta la anak aku suatu hari nanti tak akan kenal apa itu hantu.Sebab hantu dalam cerita memang membuatkan orang terpengaruh.

Aku belum pernah pulak jumpa hantu.Tapi aku pernah papah seorang budak junior yang kena sampuk dek syaitoon.Memang susah nak percaya dari segi saintifik bila dagu seseorang manusia boleh berdarah tanpa ada  orang pukul atau terlanggar apa-apa objek.Tapi itulah yang terjadi masa aku cuba papah budak tu.Sakit katanya.

Aku pernah tanya budak tu,macam mana syaitoonnn tu boleh kacau? Dia pun tak tahu.Tiba-tiba je benda tu muncul sekeliling dia sampai dia tak boleh nak belajar.Kata ustaz,mungkin buatan orang..Hmm,pelik...

Kes-kes macam ni kalau dibawa ke hospital,memang sah takkan ada apa-apa penyakit pun.Pakar perubatan tak boleh nak cakap tu masalah apa.Memang tak adil...

Aku pun terbayang sekarang..

Negara kita ada undang-undang jenayah,tapi undang-undang jenayah makhluk halus tetap tak akan wujud sampai bila-bila.Kesian.

Kesian pada orang-orang teraniaya terkena buatan orang.Ada yang sakit sampai meninggal,ada yang sakit dan terus sakit sampai ke tua dan ada jugak yang kembali sihat seperti biasa.Kadang-kadang geram pun ada kat orang yang taksub dengan ilmu-ilmu syaitoonn macam tu sampai nak kenakan orang.Tak ada kerja eh?

Buka FB,nak tengok apa ye?

Selamat bercuti semua.Makan limau banyak-banyak ye..Masam pun masam la,janji makan! Untung la si pemakan limau manis.Lepas makan,senyum sampai ke telinga.Maklumlah..limau manis. ;)

Musim-musim perayaan macam ni la,ramai orang balik kampung dan musim-musim macam ni jugaklah aku kurang berpuas hati dengan Internet..Hey,apsal slow sangat??? Ohh,biasalah,budak-budak sekolah pun masa ni la nak online puas-puas.Jangan lupa,budak-budak sekarang pun ada blog! (Ok,sekarang Internet laju,mesti diorang tak bangun tidur lagi)..

Bila perasaan meluap-luap nak bukak Internet,masa tu jugaklah Internent slow,tak pun buat hal.Tapi bila Internet laju macam masa sekarang ni,aku jadi buntu..bosan la jugak selalu online.Dah tak tahu nak bukak page apa lagi.Dulu,buka Facebook sebab beria-ria nak tengok orang update status dan balas komen-komen.Sekarang aku dah muak dengan Facebook.Banyak sangat luahan perasaan.Tengok macam aku,sekarang aku post benda-benda iklan macam SAYS.MY,Churp-Churp,Blin.gd dan lain-lain. Haha

Korang kalau buka Facebook,nak tengok apa ye?

Thursday, January 19, 2012

Mampu beli choki-choki je..


Tentang simbol ini dan blog..

Ni simbol duit kan secara logiknya? Kalau ada yang kata ni simbol lain tak tahu la kan.Kaitan dengan blog? Ada la kot..sikitttt..sikittttt...
Lain macam je 'sikit' aku tu kan.Kadang-kadang seronok dengar orang dapat income hasil dari blog.Maksudnya,hanya duduk depan komputer,dapat duit. Ada ke orang yang tak suka duit? Tipu kalau ada!

Ada orang menulis hanya kerana hati dan perasaan,ada yang menulis,memang dia terget nak dapat duit.Tapi aku menulis bukan kerna nama.  cuba gabung dua-dua sekali.Boleh? Dulu memang,aku menulis setakat nak luah perasaan.Tapi rasa rugi kalau tak cuba dapatkan hasil. Cuba bayangkan kalau bil elektrik,streamyx,atau broadband dibayar sendiri. Tak rasa untung ke kalau guna internet,guna semua perkakas tu untuk dapat hasil sikit-sikit, sekurang-kurangnya dapat tampung belanja nasi lemak sebungkus pun jadi la!

Aku tau,masih ramai yang belum cukup untung dengan blog.Tapi ramai jugak yang dah untung besar.Contohnya aku, duit iklan kat blog hanya mampu beli coklat 'choki-choki' je kot..Hmm..

Entri yang sewaktu dengannya.. Simbol Ini dan Kaitan dengan blog anda

Wednesday, January 18, 2012

Dunia tanpa Wikipedia..

Sila buka Wikipedia dan paparan ini akan kelihatan. ;)

Seperti kata-kata seorang pensyarah,

" Kamu bebas untuk ambil reference pada sebarang laman web,tapi saya tak bagi kamu ambil reference pada Wikipedia,bukan saya tak tahu,student sekarang suka copy paste assignment daripada Wikipedia!"

Iphone 4S..Nak ke tak nak?

Ohh..kepada penggemar atau yang bercita-cita mahu dapatkan Iphone 4S,ada sesuatu untuk anda di sini.Klik untuk maklumat lanjut ye.

#MaxisiPhone4s launched! Hv u checked out d iValue plans? If u’re tied to a contract thy can do contract extension!

Instrumental Ombak Rindu - Ilham Subri

Ohh,syahdu! Tapi bukan sebab cerita Ombak Rindu.Tapi sebab dengar instrumental lagu Ombak Rindu.Nak dengar? Boleh dengar kat sini.Pada yang suka menghayati muzik, akan rasa tenang bila dengar instrumental ni.Yang tak ada perasaan,memang tak akan rasa apa.Gabungan Recorder,Flutes dan Gitar..Dengar sampai habis ye..ending dia yang best..


video

Monday, January 16, 2012

Hilangkan jerawat

Jerawat? Ohh,tu masalah biasa.Orang yang tulis entri ni pun tak terkecuali.Siapa yang tak ada jerawat,tak la risau sangat dengan muka.Tapi bagi yang banyak jerawat,mesti dengki tengok orang yang kulit licin.Betul tak? Sila mengaku cepat! ;)

Petua nak hilangkan jerawat..?

Senang saja.Jangan la yakin sangat dengan pencuci muka.Lagi-lagi promoter kat kedai tu,bukan betul pun. Astaghfirulahazim..

Petua aku senang je;

  • Jaga pemakanan (Kurangkan makanan berminyak,makan buah dan sayur banyak-banyak)
  • Jangan tidur lewat malam ( Masa-masa macam ni la jerawat nak naik,pagi esok ada sebijik!)
  • Kerap cuci muka (Cuci betul-betul,jangan nak cepat bilas je!)
  • Jauhkan make-up (Kalau nak make-up pun,pastikan cuci semula muka banyak kali)
  • Petua dari kawan,basuh muka dengan air beras,basuhan ke-3 air beras. (Ni khas untuk buang sel kulit mati,kesannya kulit jadi menggelupas,dan jadi putih sikit)
  • Letak ubat gigi kat tempat yang naik jerawat tu.
  • Bangun pagi,basuh muka dengan air suam,supaya liang roma tu terbuka, senang sikit kotoran nak keluar bila cuci dengan pencuci muka.

Kalau ikut petua tu,rasanya muka tak ada banyak sangat masalah.Cuma masalah sekarang ni,setiap orang,kulit muka tak sama.Ada kulit yang sensitif,ada kulit muka yang memang tak ada masalah,ada kulit muka yang kering dan lain-lain.Pemilihan pencuci muka pun penting.Rasanya,kalau tak silap..makin mahal pencuci muka tu,makin terjamin kualiti dia.


Nak kongsi jugak petua? Boleh kongsi di sini atau Segmen Kongsi Petua Hilangkan Jerawat 

Thursday, January 12, 2012

Bunga kuku

Masa kecik-kecik dulu,aku selalu tengok kuku.Apa benda yang macam bukit kat kuku tu.Macam matahari separuh pun ada.Pernah jugak conteng buat 'sinar' cahaya matahari kat kuku.Budak-budak,biasalah! Haha

Bila besar,benda tu makin berkurang.Sebenarnya,sampai sekarang pun aku tak tahu benda tu panggil apa.Tak apa lah,kita panggil bunga kuku ye! Bunga kuku sekarang hanya ada pada ibu jari,kedua-dua belah tangan.Punya la nak sangat tahu kan,aku pun cari kat google,taip bunga kuku.Ohh,sebelum tu,ni bunga kuku pada jari aku ;

Sila abaikan buku di belakang
Kurang jelas,tapi nampak kan?
Lepas aku godek-godek google,jumpa la satu forum pasal bunga kuku ni.Walaupun banyak mitos-mitos dan fatwa baru daripada pengirim,aku suka baca sebab aku tengok ramai juga yang prihatin tentang benda macam tu.Ni adalah pendapat yang aku print screen daripada  forum tu;

Untuk semua komen tu,semua aku suka.haha
Komen no.11 tu logik jugak.haha
Komen yang last tu fakta yang betul daripada fakta mitos lain. ;p

Kesimpulannya,aku kurang kalsium (barangkali!) Haha.Sebut pasal kalsium,teringat susu iaitu sejenis kalsium.Untuk pengetahuan,aku ni kurang gemar minum susu.Kalau orang kasi secawan susu dengan secawan air masak,aku rembat air masak dulu rasanya.Bila minum susu,rasa macam aku bakal sakit perut lagi setengah jam dan sesi masuk ke tandas pun bermula.

Bila aku tengok orang tua kat kedai minum susu,aku rasa menyampah sangat.Lagi-lagi pakcik yang order air susu.Lepas minum,sangkut-sangkut pulak kat misai dan kumis.Aku pun macam, "Euww,mengadanya pakcik ni,dah tua-tua order la air kopi ke,air nescafe ke..ni tak,dah la siap sangkut-sangkut kat misai pulak tu!". (Siapa rasa dia tua pangkat pakcik kat sini,minta maaf ye! )

Kalsium oh Kalsium,sila la cukup dalam badan ni supaya kuku tak berbunga lagi.Hati berbunga tak apa! Wink..wink! ;)

Sunday, January 8, 2012

Kaut untung hasil dari kisah aib orang lain?

Minggu lepas,kecoh cerita pasal ^&*())__@^# ..Tak boleh sebut,nanti hukumnya sama macam apa yang nak diceritakan dalam entri ni.

Semua dah sedia maklum tentang isu 'culture shock' oleh seorang student kita.Aku malas sebut siapa sebab satu Malaysia tahu.Maklum lah,1 Malaysia! Haha
Lagi pun,kalau aku sebut,berdosa tau tangan yang menaip ni.

Tapi persoalannya,apa fungsi dihebahkan benda tu untuk tujuan meraih trafik yang tinggi kat blog? Pendapatan tinggi hasil dari mempamirkan kisah-kisah negatif seseorang.Adakah itu jalan terbaik dan strategi untuk korek pendapatan lebih untuk cari makan? Jika begitu,berbaloikah duit itu untuk sesuap nasi kita dan anak-anak kita suatu hari nanti?

Ye.Memang untuk tujuan kebaikan jugak.Tapi soalnya,kalau esok dan lusa ada ahli keluarga atau kawan yang senasib dengan kisah-kisah negatif tu,agak-agak seronok tak baca cerita tu dalam blog-blog.Apa lagi bila dapat tau,hasil dari kisah negatif tu,orang lain yang dapat untung,kita dapat apa? Malu tak?

Sudah-sudahlah.Kita pun belum tentu masa depan macam mana.Kot esok lusa,anak cucu kita orang duk mengata sana sini,tak ke malu muka tu? Sedar-sedar la diri tu..

Mood : Geram ni.Tak aci pun ada.Apsal aku emo sangat nih? haha ;p

Tuesday, January 3, 2012

Jika begini,maka HARUS lahhh!!

Bila dah lama tak tengok situasi macam ni...


Maka HARUS lah aku pulang ke kampung....

Tapi belum lagi,banyak lagi benda masih belum selesai sebelum gelaran 'student' terlucut serta merta bulan Ogos,September nanti.
Tentang gambar di atas,aku pasti ramai orang tak pernah naik.Dengan sukacitanya,aku pernah!!
Cuma sekali,tu pun curi-curi naik kat tempat aku belajar mengaji Al-Quran dulu.Pakcik tu kerjanya kayuh beca ni.Tapi aku cuma naik,cuba untuk kayuh sendiri..malangnya tak mampu sebab berat,masa tu berat badan sendiri pun entah-entah sama berat dengan beca.Aku bajet 'yesss' je,bajet boleh gerak,rupanya susah..ingat senang ke nak kayuh bawak orang sekali??Terfikir jugak,betapa kuatnya orang-orang tua zaman dulu.Itu kisah sewaktu kecil,ulang-alik ke rumah tok guru mengaji Quran sampai habis.Alhamdulillah.

Sekurang-kurangnya aku sempat merasa zaman itu..anda bagaimana? ;p