Friday, October 26, 2012

Entri 19

Salam Aidiladha semua!

Kali ni baru rasa suasana balik kampung betul-betul punya.Malam sebelum raya baru sampai rumah.Mana tak nya,sesak teruk jalan menghala ke Kelantan.Nak dijadikan cerita,sehari sebelum raya baru balik.Sempat la pos beberapa kad jemputan yang tak sempat nak diberi 'by hand' gara-gara kalut nak setelkan semua sebelum bercuti panjang.

Aidiladha terakhir sebagai anak dara.Lepas ni jadi wife orang.Sah-sah kena 'OSOM' dulu dengan husband sebelum balik kampung. Kalah osom,sila la pulang ke pangkuan rumah mertua.

Sebelum balik,beberapa benda yang aku perlu setelkan di utara tanah air;

  1. Banner kedua-dua majlis (done)
  2. Paper bag tambahan untuk doof gift tetamu (done)
  3. Bunga telur tambahan (done)
  4. Print sticker untuk door gift (baru separuh print)
  5. Print kertas untuk papan tanda arah lokasi majlis (done)
  6. Inai untuk majlis (done)

Sempena raya ni,sambil makan lauk-lauk korban, sambil bagi kad jemputan. Best jugak.Bagi time orang tengah makan,boleh 'study' terus kad jemputan.Adat la sedara-mara,


"Encik abang orang mana?"

"Encik abang dah kerja? Kerja kat mana?"

"Umur encik abang berapa?"

"Macam mana kenal encik abang?"

"Yang mana satu eh encik abang,tak ada gambar?"

"Hantaran berapa?"


Soalan tu dah berbuih mulut aku jawap.
Lantak lah,siapa-siapa pun bakal suami dan apa-apa jua yang melibatkan aku dan si dia,biarkan aje.Yang penting majlis tu berjalan lancar dengan keberkatan dari-Nya.

Untuk persiapan majlis,kata encik bakal suami, berjimat la sikit.Kahwin memang sekali je dalam hidup seseorang (mudah-mudahan) tapi kehidupan selepas kahwin tu lagi lama. Ok,baik bos! ;)



Sunday, October 21, 2012

Entri 24 - Treatment

Kembali lagi selepas beberapa hari menulis.

Entri yang lepas aku dah cerita pasal Bleeching. Tak baca? Boleh baca kat Entri 26.


Entri 24 hari ni sebenarnya nak bagitau yang aku dah selamat buat proses bleeching. Haha. Lepas ambil masa beberapa hari survey,akhirnya sampai jugak aku ke pakej tersebut. Untung pulak masa tu tengah ada promosi. So,dipendekkan cerita, aku ambil jela pakej yang ada Bleeching, Body Scrub dan Facial Treatment. Sebenarnya ada banyak pakej, tapi sebab aku jugak pentingkan facial treatment, aku terpaksa ambil pakej ni je yang ada facial sekali.

Manjakan diri!

Harga not bad.Yela,promosi kan? Boleh tahan la.Tak perlu aku ulas lebih-lebih. Harga spa! Haha

First time buat bleeching,luntur habis semua kesan-kesan degil kat badan.Krim bleech warna putih, bila bilas (mandi), habis semua keluar warna kuning air tu. Euwww,kotor gila badan! Takpe, aku suka! Kesannya,kulit agak cerah sikit berbanding dulu. Sikit je pun! Haha.

Next, body scrub. Yang ni sah-sah semua orang pun tahu. Kalau agak-agak malas nak buat sendiri macam aku,sila la pergi ke Spa dengan membawa duit yang secukupnya. Tapi senang buat kat spa jela,sebab orang yang buat kan,kita relax aje! Haha

Last sekali, facial. Al-maklum,muka aku banyak jeragat dan tone warna tak sekata.Kesian,muda-muda dah ada jeragat.Tu la,kecik-kecik malas jaga muka.Sekarang,menyusahkan diri sendiri je kan,kena buat jugak facial treatment. At least, daripada tak hilang semua, hilang sikit pun jadilah.Kan kan?

Untung awek-awek semua, kalau malas dan tak ada masa sangat nak jaga muka,badan dan rambut,sila la ke spa. Tapi tak perlu target sekali pergi dah cukup. No! Kena pergi banyak kali supaya kesannya boleh nampak dan kita pun puas hati. Sila percaya.Sekian.


Friday, October 19, 2012

Entri 26 - Bleeching

Kahwin itu senang dan mudah seperti yang dituntut,bersederhana.

Tapi apa yang banyak sangat hal? Masyarakat kita sekali dengan mentaliti masing-masing.Justeru (fuh,skema habis!) Entri hari ini aku cipta sempena genap 26 hari sebelum hari keramat tu.

Orang tanya aku persiapan macam mana.Kata aku,ok jeeee! 

Kawan-kawan pulak sibuk tanya,dah pergi bleech? Aku yang agak kuno ni tertanya-tanya jugak,ape kehei nye bleech-bleech ni? Ohh,rupanya cerita tentang alam Spa. Entah,dulu tak pernah pun tau.Sekarang baru tau,yang aku tau body scrub je.Ok.agak lambat di situ.Bunyinya macam menarik.Luntur habis habaq hang! - member la kata. Tak boleh jadi,kena pergi jugak.Tiba-tiba sesuai pulak kan untuk aku yang tak berapa nak cerah ni. Haha

Untung wei,bakal pengantin duk dengan housemate seramai 8 orang anak-anak dara semua ni..Banyak jugak benda baru yang aku baru tau. Yang aku ni pulak sah-sah sebelum ni tak cukup pengetahuan. Tahu pergi kelas,balik,makan,online fb.Itu je.Benda lain haram tak tahu.

Mesti nyaman!
Nak tahu lagi boleh ke website ni ; Pakej Bleeching di Spa

Entri 26 berakhir kat sini. Lepas ni apa lagi yang aku nak bebel,nantikan menjelang hari keramat tu.




Wednesday, October 17, 2012

Cinta Abadi

Syahdu.

Memori lama menggamit kenangan.

Godek-godek youtube,jumpa video Erra Fazira ni.Sweet gitu.Muda lagi.Sekarang pun cun lagi. Aku lupa yang aku pernah suka lagu ni dulu..Cinta Abadi.

Apa yang buat aku jumpa lagu ni adalah disebabkan aku tengok Anugerah Blokbuster.Tengok Erra perform.Ohh,rupanya lagu ni dulu aku pernah dengar.Terus download.

video

Untuk dia..untuk diaa!

Untuk dia..hey! Untuk dia..hey!

Wah.Lagu Najwa Latiff memang bagi kesan kat aku.Seminggu-dua ni aku berjaya mengejutkan semua orang dengan jemputan-jemputan khas untuk majlis yang tinggal kurang sebulan lagi.Ye,majlis kahwin.

Seperti lumrah,banyak kad yang dipos,dan banyak juga yang aku kasi 'by hand' je..Jimat kos setem.Memang,bila saat-saat dan ketika macam ni,10 sen pun aku kira.Terpaksa! Bukan aku kisah sangat pun dulu.Setakat 10 sen dulu jatuh kat tanah aku biarkan aje.Bukan riak,tapi tu lah tabiat buruk aku,suka membazir! Sekarang ni,agaknya sebelum 10sen jatuh ke tanah,aku tengok dulu,ada ke tak duit jatuh.Kalau ditakdirkan terkambus dalam tanah pun aku sanggup kutip.

Antara pengalaman-pengalaman aku sebarkan kad,banyak kisah-kisah yang aku sendiri rasa nak tergelak.

Pertama, antara orang pertama yang dapat kad adalah classmate aku. Memang otai bawak beg besar-besar letak kad jemputan dalam tuh masuk dewan konvokesyen. Orang sibuk tunggu turn nak naik stage,aku ambil peluang pass kad jemputan kat classmate aku. Pelbagai reaksi ada.terkejut,terharu,dan tak sangka semua ada.Aku teruja jugak tengok muka semua orang masa tu.

Kedua, orang yang dah kenal aku lama,tapi tak pernah tau dengan siapa aku nak kahwin sebab tiba-tiba dapat kad. Dia dah tengok aku pass kad, pandai pulak dia cakap aku nak kahwin. Bila aku nak bagi kad kat dia,dia tanya kita balik.."Laaa..betul ke nak kahwin?"

Ketiga, aku ajak seseorang bergambar konvo bersama-sama.Dia bisik kat telinga aku "Lepas ni boleh la cik ila kahwin kan?".Dua minit kemudian,aku datang kat dia bawak kad jemputan. Memang senyap terus. Tak sangka mulut masin agaknya.

Keempat, aku bagi kad pada seseorang.Datang lagi seorang entah dari mana.Sebenarnya kad untuk kawan yang baru sampai ni aku tak bawak sebab tak sangka akan jumpa kat situ. Dia nampak kad dan dia kata, " Lepas ni siapa nak geng dengan aku lagi?" Ok.Sedih aku dengar.

Kelima, bagi kad pada salah seorang yang banyak berjasa untuk tesis aku. Muka bersahaja. Katanya  "Yeyy,budak ni kad kawin,tahun depan dapat la baby budak ni.".Sambil-sambil korek kisah-kisah aku yang terdahulu.Gila apa nak cerita semua.Cerita mukadimah jela.Hee ;p

Keenam, biasanya dapat kad, korang-korang semua ni laju je nak tengok nama pasangan.Awat? Aku curi boyfriend korang? Sorry! haha. 

Ketujuh, lumrah ke sekian kalinya, ucapan tahniah dan persoalan, "Kahwin dengan orang mana?,Dia kerja apa?".Nak je cakap kahwin dengan menteri.

Kelapan, untuk pertama kali nya aku jadi emo lepas bagi kad pada seseorang. "Saya nak bagi kad!"dengan nada slow motion dan hati berdebar.Bagi macam tu je tak cakap apa-apa. Turun tangga, rasa sebak dan menangis dalam kereta sambil tekan minyak lalu highway.Dalam hati,kad ni memang untuk dia..untuk dia!!! Persoalan,kenapa aku menangis? Haaa..Rahsiaaa! 

Feedback yang aku dapat masa bagi kad adalah semuanya terkejut sebab aku tiba-tiba bagi kad jemputan.Yela,dalam FB tak ada,cerita pun tak pernah,tunjuk gambar pun tak ada,update status cintan-cintan pun tak ada. Yang disangka nak kawin pun tak kawin-kawin jugak.Yang tak disangka-sangka kawin pulak nak kawin. A big surprise,kata mereka.

Kesimpulan : Perasaan aku bercampur-baur sekarang.Betul ke aku nak kahwin?

Saturday, October 13, 2012

2-3 tompok sisa

Dua hari lepas.Perjalanan pergi balik ber'total'kan 60km pemanduan sedikit mengecewakan.

Siang-siang hari buat,ada makhluk meninggalkan 'barang' berharga pada cik teletubbies purple aku masa drive kat highway.Barang berharga yang aku maksudkan ada berupa 2,3 tompok sisa najis yang sengaja di buang pada cermin kereta aku. Kena sekali,tak apa..sabar je.Kena untuk kali ke-2 dan ke-3 memang menguji iman aku.Pasrah jela.Nak buat macam mana,dalam banyak-banyak kereta,kereta aku jugak dia pilih.

Persoalan aku sekarang tuan-tuan dan puan-puan,

Burung ada perasaan tak untuk buang najis ikut warna tempat dia nak buang tu? Dia suka warna-warna metallic ke,solid ke? Ke main belasah je buang? Kalau aku ada kuasa faham perasaan burung,aku dah lama tanya diorang.Suka kaler purple tak? Pink ke? 

Aku habis pasrah masa tu.Ditakdirkan petang tu hujan lebat yang menggila. Dengan kuasa Tuhan, hilang semua 2-3 tompok sisa.Licin pulak tu.Fuhh,nasib baik! Pengajaran,jangan marah pada burung,InsyaAllah,tompok tu hilang.Haha

Tuesday, October 9, 2012

Pandai berenang?

Kisah mimpi bodoh datang lagi.

Sebelum aku lupa mimpi semalam,baik aku tulis dalam ni. Mimpi pergi kolam renang bersama dua lagi rakan. Cool tak cool...merentasi kolam naik kereta wei! Dah macam bot kereta tu haa..Member yang bawak kereta tu atas air. Syok jugak.Macam feri Langkawi.

Aku pelik,kenapa bila sampai bucu kolam baru dia nak U-turn. Kata kawan aku, kolam ni ada tempat yang dalam,ada tempat yang cetek.Kira hujung-hujung kolam tu cetek la,so boleh U-turn dengan selamat dan tak tenggelam. Serius merepek.

Lepas U-turn,kereta entah ke mana tiba-tiba hilang pulak. Terus berenang gaya bebas. Part ni memang best. Di alam nyata,aku tak pandai pun berenang. Tapi dalam mimpi, aku ibarat macam perenang kebangsaan. Kalau masuk SUKMA memang ada chance dapat pingat,serius! Dalam mimpi pun aku boleh persoal,owh...sebenarnya hebat jugak aku berenang.

Tak tahu kesudahan apa.Sedar-sedar bunyi alarm untuk Subuh. Turun tangga dengan kusut masai dalam keadaan tertanya-tanya,betul ke aku pandai berenang.Sampai toilet,baru la aku sedar yang tadi tu mimpi. 

Haihhh.

Kenapa la mimpi berenang yang tak ada kena mengena dengan kehidupan seharian aku semalam.

Wednesday, October 3, 2012

Sensitif lebih

Aku cepat hangin..

Kadang-kadang aku malu bila aku ni sensitif sangat. Padahal orang cuma bergurau,tapi aku over pulak kecik hati.

Ex kepada ex-ex boyfriend aku pernah kata,aku ni terlampau sensitif,cepat betul terasa hati. Aku bila kecik hati memang aku serius.Tapi lepas reda tu,aku rasa macam..Mak aii..tak perlu la kot nak terasa bagai. Sekarang aku sedang cuba untuk hilangkan rasa sensitif. Bukan gigi sensitif ye tuan-tuan dan puan-puan.

Caranya mudah aje.

Bila agak-agak rasa kecik hati,fikir la satu statement berapi yang boleh buat dia pulak sakit hati. Tidak digalakkan mencuba pada anda semua. Hanya aku saja yang boleh cuba. Tu je cara yang boleh buat aku tersenyum puas hati. Gelak jahat.

Dah.tata! ;p

Monday, October 1, 2012

Secara rasminya sudah grad!

Entri hari konvo yang lepas (29 Sept.2012)

Alhamdulillah.Tak perlu terlalu bangga dengan segunung ijazah,hidup masih perlu untuk diteruskan.Kita dituntut untuk berjaya dunia akhirat.

Konvo ke-2 di sini.

Cukup hanya sekeping.Banyak lagi perkara lain yang perlu disetelkan.Sengaja taknak diperbesarkan.Alah,orang lain pun grad juga,ye tak? ;)

Syukur pada Yang Esa.Tanpa IzinNya,tiada kejayaan di sisi sesiapa.