Thursday, March 31, 2011

Tak rugi cakap jujur!!

Kalau anda sedar,


Dalam majalah-majalah wanita seperti Dara.com,Nur,Remaja dan lain-lain,kalau ada ruangan Cover Girl, mesti yang terpilih tu buat ayat macam ni;


Saya sendiri tak pernah terfikir untuk sertai ruangan ni...... @ ..... Saya tak tahu pun  yang kawan/pakcik/makcik/saudara/mama/ibu telah menghantar gambar saya untuk penyertaan ke ruangan ini....@ Saya terkejut bila saya terpilih untuk ruangan ni,sebab saya tengok ramai lagi yang sesuai untuk ruangan ini..



Guys,vote for me pls! -hiasan sahaja- :)


Sedar tak? Bagi yang selalu baca majalah-majalah berkenaan,mesti perasan bila baca ruangan tu kan?Tapi kelakar jugak  dalam masa TAK TAHU/TAK TERFIKIR tu,berjaya jugak akhirnya menjadi Cover Girl...Tak boleh nak kata apa,kita pun tak tahu niat orang lain kan? Tapi,ANDAI KATA anda memang betul-betul suka dengan benda-benda macam tu,apa salahnya kalau anda cakap;


Alhamdulillah,saya sudah lama nantikan peluang keemasan ni.Saya bersyukur kerana niat saya untuk mengecapi kejayaan ini tidak sia-sia kerana sememangnya saya cukup teruja dan berminat untuk turut serta.Terima kasih kepada keluarga dan kawan-kawan yang banyak membantu dan memberi sokongan moral untuk saya.


Senang kan? Orang yang baca majalah pun, rasa tenang je baca ruangan tu.Entri ini bukan menyindir mana-mana pihak,tapi sekadar kesimpulan setelah 2,3 hari asyik membaca majalah-majalah berunsurkan kewanitaan.


**** Tak rugi pun kalau jujur!! :)

6 comments:

  1. ENTAH.. HANTAR GAMBAR TAK MALU.. DAH DAPAT JADI COVER GIRL, MALU-MALU PLAK NAK NGAKU..

    ReplyDelete
  2. tu la mmg malu pula mrk ni hihih

    jangan stress
    marilah kongsikan ke'stress'an kita bersama..
    http://akustressgiler.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. betul! sab sokong dgn entri anda..tak perlu nak hipo :)

    ReplyDelete
  4. fairus : haha.Kebanyakkan mmg mcm tu..tp apa salahnya berterus terang kan?


    Authors yg stress : malu tapi mahu!


    sab : tak rugi cakap jujur kan?hehe

    ReplyDelete
  5. ohoo...ayat2 ni sume keje reporter + editor..dunia journalism ni bercabang2,nk tulis baik,buruk,ampu2,sindir2,it can be anything according to editor...

    ReplyDelete

Terima Kasih sebab singgah komen.Nanti datang singgah lagi ye.. ;)