Sunday, March 11, 2012

Makanan asasi graduan

Kata orang..Maggi tu makanan wajib.Siapa tak kenal Maggi,tu poyo sangat-sangat dalam erti kata bahasa aku.Yang tak suka Maggi,aku maafkan sebab mungkin dia bersebab yang munasabah untuk tak suka.

Maggi memang menyelamatkan keadaan,bila dah pokai,malas,nak cepat,dan ada sebab-sebab yang sewaktu dengannya.Bagi budak-budak sekolah asrama dan korang yang belajar kat kolej dan Universiti,mesti selalu sangat kan? Alah, budak praktikal pun sama,makan Maggi jugak kat rumah sewa (Aku la tu!)

Ini menu tengahari semalam.
Bila aku modify Maggi yang aku masak,aku rasa macam makan Char Kueh Tiaw la pulak.Bukan sekali,dah 2,3 kali aku fikir macam tu.Ke,aku yang bajet masak sedap? Haha.Modify letak apa? Campak jela telur,kicap,sayur dan perencah Maggi,bukan susah pun..

Kata orang lagi..Maggi tu..

M- Makanan
A- Asasi
G- Graduan
G- Graduan
 I- Institusi

Kalau Maggi tu tak wujud,kesian la jugak kat budak-budak macam aku ni kan? Ada betulnya jugak istilah MAGGI yang diorang cakap tu...

8 comments:

Terima Kasih sebab singgah komen.Nanti datang singgah lagi ye.. ;)