Thursday, December 30, 2010

Putaran hidup mengikut musim

Tak faham.Tak faham.Bagi aku,setiap putaran hidup ni ikut musim.Er,maksud aku kita semua la (termasuk la aku).Haha.Semalam bola.Daripada tak kenal Khairul Fahmi a.k.a Apex,tup-tup hari ni semua orang browse segala benda pasal dia,belum kira yang like-like page lagi kat fb.Bukan apex sorang,awek apex pun sama.Tak pasal-pasal awek apex glemer sekali gus meng'up'kan trafik awek apex yang bernama elia tu.Gadis-gadis peminat beliau,sila undur diri.Cari la pilihan lain la.Cukuplah kisah bola sampai di sini saja.Nak cerita lain pulak.

Macam biasa.Aku dah ketagih Sudoku.Macam mana boleh ketagih?Semua bermula bila ada sorang kakak (kakak kandung aku)dan aku pasti nanti dia akan baca jugak entri ni.Dia main Sudoku sebelah aku masa cuti hari tu.Dia minat nombor?Ye..Itu memang pasti sebab dia memang superduper pandai math.Tapi aku kurang pasti selain math dia pandai ke tak...? Dan yang pasti jugak,adik dia yang ni tidak suka nombor-nombor.Kalau ada subjek math,memang rasa beban sangat.Zaman sekolah,kakak offer nak ajar math,tapi aku mesti lari buat benda lain gara-gara cara dia ajar yang menyebabkan aku makin malas nak buat soklan tu.Kalau Math tu orang kira berapa bintang,aku 0.0000001 bintang pun belum tentu dapat bagi utk Math ----> ada ke patut???

Buku Sudoku ni beli kat pameran buku anjuran Popular.Bayar dengan harga diskaun 20%.Time tu ada banyak sangat novel.Dan aku pasti lagi,kalau kakak aku ada,mesti dia beli novel tu.hahaha.Bukan pameran je,siap ada sesi autograph dengan penulis novel.Siapa?Tak pasti sebab aku bukan peminat novel seperti kakak yang sudah bikin 1 mini library kat rumah dengan lambakan koleksi novel yang dia beli.

lokasi kejadian.City Plaza Alor Setar.
Rajin la jugak rakyat kita sebenarnya.haha
Sebenarnya,aku pun tak pasti sampai bila aku layan Sudoku.Biasanya,setiap benda yang aku minat tu,cuma datang sekejap je,jumpa benda lain yang lama ditinggalkan.Itulah maksud aku putaran hidup mengikut musim.Macam musim bola.Macam musim durian.Semua bermusim..

Wednesday, December 29, 2010

Aku cakap salah atau dia yang tak faham?

Pagi tadi,masa lepak-lepak kat meja study dalam rumah,tiba-tiba dengar pintu rumah diketuk..

"Hello..hello....!!"

Dengan penuh semangat,pergi la intai sipi-sipi kat tepi tingkap.MasyaAllah,ade Chinese lelaki rupanya ketuk pintu.Apa la yang dia nak pagi-pagi ni.Kalau ikutkan hati,malas nak bukak pintu,tapi bila fikir balik mana tau ada benda penting,so pergi bukak jugak (kurangkan beban housemate utk berlari-lari kejar nak bukak pintu kan..)

Bukak-bukak pintu dengar, "Hello kakaaaaaaaaa!!! -------> gaya macam David Teo cakap!
Oh,rupanya hang mai nak kutip derma,kerja amal tu.Dia tunjuk sijil siap dengan album gambar lagi muka orang yang terima bantuan.Tengok gambar memang kesian sebab kebanyakan semua kurang bernasib baik,ada yang OKU,ada yang cacat,miskin dan lain-lain.Kiranya dia datang nak mintak sumbangan la. Ok,takpe!
Kemudian,demi menyelamatkan keadaan disebabkan housemate masih lagi dalam keadaan mamai dan tidak berada dalam kondusi yang baik (biasa la hidup student,faham kan?),aku pun tibai la cakap;

"U datang petang nanti boleh.Sekarang housemate ramai takda..Nanti i collect duit,kasi kat u petang nanti..U balik bila? Petang ada lagi? !!"

Pastu dia jawap, " Kita sikalang mau kutip itu barang aaa..boleh kasi itu baju,atau duit ka..atau apa saja."

Aku jawap, " Oic..takpa la macam tu,nanti I collect untuk rumah ni, kalau I nampak U..I bagi la..boleh.U petang ni pukul berapa mau balik?"

Dia terus diam.Pastu aku tengok je muka dia.Banyak kali aku tanya, "boleh tak"????

Lepas tu dia cakap.."Err..kakaa apa cakap?Itu saya talak paham oooo...!!"

Adeh..time tu la pikir..aku salah cakap ke,dia yang tak faham kah?Terpaksa la ulang balik cakap.Penat woo ulang-ulang cakap banyak kali ni.huhu.Tapi nak wat camne,dah dia tak faham,kesian pulak.

Monday, December 27, 2010

Tolong doakan aku.............

Gambar curik kat google
Tahniah Malaysia,menang bola Piala Suzuki 3-0 dengan Indonesia.Haa..tengok,tak minat bola pun,ambik tau jugak! Haha.Dah nak masuk 2011? Ke aku yang baru sedar.Aah,memang baru sedar pun 2010 dah nak habis.Tinggal lagi beberapa hari je lagi.
Setiap kali nak masuk tahun baru,mesti orang tanya azam tahun baru.Emm.jangan ditanya,sebab diri ini tak pernah ada azam yang tekad.Balik-balik cakap,"Nak jadi lebih baik dari tahun-tahun yang lepas!"------------> ayat basi dah oi!

Pencapaian terbaik 2010?Belum mencapai sepenuhnya lagi la arah tuju itu.Harapan cuma satu,biar sedar sket apa yang kita sedang dan akan hadapi.---> Cuba check korang tengah buat apa sekarang??Haaaa!!! Dalam banyak-banyak wish,yang paling nak gelaknya bila ada kawan yang mendoakan aku cepat kahwin.Tq wei.Tapi aku nak kasi habis degree ni dulu.Haha.Tahun depan umur nak masuk 23.Bak kata mummy,umur 23 dia dah ada 2 orang anak!! Ahh..itu kata mummy ----> Harap-harap mummy/mama/mak/ibu korang tak cakap macam ni.........haha

Aku doakan semoga korang semua berjaya dalam 2011 nanti.Semoga banyak la undangan kahwin aku dapat tahun depan.Lepas tu,harap-harap dapat la kembali ke sekolah menengah dulu,maksud aku pergi melawat sekolah ---->sebab sekolah aku sebelah Singapore,jauh sangat,tiket pergi balik dah RM100+ dari Kuala Perlis sebelah Langkawi ni..Sama-sama la berdoa untuk aku@Cik Ila ni.haha

Sunday, December 26, 2010

Bola? saya separa minat je!

Sedih.Betul-betul sedih.Nak buat entri pun kena tanya orang lain nak tulis pasal apa.Kan best kalau setiap hari,setiap jam,setiap minit ada idea nak menulis.Tadi bukak Bloggers Gempak CyberGroup, siap post status tanya nak buat entri pasal apa.Lepas tu,ada yang suruh tulis entri pasal bola.Makkkkkkkkkkkkk....macammana? How? tell me..!!! 
Jawapan senang yang boleh aku jawap,

"Aku bukan suka sangat bola,tapi kalau musim bola,memang suka tengok bola!!!"




Ada tak orang macam aku?Tolong la ada....!! Tau dah.Mesti budak perempuan jugak kan?Adat la tu.Laki majoriti memang suka bola.Perempuan kalau layan pun,mesti tengok pemain bola!hahaha.
Pendapat pasal bola?Bagus sebenarnya tengok bola ni.Bukan apa,korang bayangkan kalau tengok bola kat kedai-kedai,warung-warung,kedai mamak,ramai orang kan tengok bola.Lepas tu,masing-masing yang tak kenal pun boleh jadi kenal kat situ.Tiba-tiba je kan boleh kenal.Bagus ape,kan???haha.Keburukan nya,buang masa (eleh,cakap pandai,mentang-mentang la tak minat)---> ayat utk diri sendiri.Sila jangan marah!
Tapi apakan daya,kalau dah kategori separa minat (kejap minat,kejap tak minat),tak leh buat apa gak..tetap jugak busan tengok.Kat sini taknak kutuk bola,tapi sekadar nak menulis apa pendapat pasal bola.Yang pasti,kita kena hormat pada kesukaan orang lain,dah diorang suka,kau tak suka kau punya pasal la kan?hahahah.
Lilypie Angel and Memorial tickers