Thursday, February 3, 2011

Aku seperti tiada misi dan visi dan tidak bertamadun

Ohh.no!! Aku balik rumah dan aku tiada arah tuju.Semalam tidur di siang hari sangat best dan malam tidur awal,juga sangat best.Hari ni seperti tiada visi lagi.Breakfast bersama roti dan telur berserta segelas teh'O panas,membuatkan aku kembali malas.Bagi aku,cuti adalah cuti dan tak perlu buat apa-apa.---> Terimalah alasan si pemalas seperti aku ini.

Kesian,sepanjang aku pergi camping,aku seperti orang yang tak bertamadun di sana.Perlu merentas hutan rimba untuk sampai ke tapak kem,perlu bawa torchlight untuk ke jamban.(Nasib la kau kalau nak kencing malam-malam!!).Masak memasak yang bagaikan main masak-masak masa kecik,telefon takda line (Aku guna hp untuk tengok jam je).Sebijik macam orang yang kena tinggal kat pulau.

Ohh,tempat camping aku adalah Taman Negari Pulau Pinang.Dalam taman ni,ada banyak pulau dan pantai.Pantai yang aku pergi,Pantai Kerachut! Sebelum ke sana,aku dah buat reseach kat internet.Hasilnya korang boleh klik kat sini kalau nak tau keunikan pasal pantai ni.


Kalau hangpa-hangpa semua nak pi,aku sarankan baik korang naik bot je,save masa..15minit naik bot.Aku ni kesian kat hangpa,aku rela meredah hutan 2 jam baru sampai ke pantai ni.(dalam hati sebenarnya tak rela nak panjat bukit,tapi ni gara-gara terpaksa!!).Dan Alhamdulillah,aku selamat pergi dan pulang semula.

Student n staff di Taman Negeri P.Pinang
Student n Staff di Pantai Kerachut,P.Pinang


Wednesday, February 2, 2011

Jangan tengok gambar ni.

Yeah,dah selamat sampai di kampung halaman.
Internet punya la super duper lembab!
Okeh,tadi jumpa gambar ni kat e-mail.

WARNING!
Jangan tengok kalau anda seorang yang geli pada darah dan seangkatannya!







Gambar yang dimaksudkan adalah;
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Kesian kat dia,tapi sempat belek handphone!

Pengajaran dari gambar
* Dalam keadaan macam ni,tinggalkan lah Handphone anda sekejap,banyakkan berselawat dan beristigfar,ingatkan family dan orang-orang tersayang.
* Sentiasa berhati-hati dalam apa jua situasi,sebab kita tak tau apa nasib kita selepas ni.
* Banyakkan ingat Tuhan,kadangkala bala yang menimpa tu atas kealpaan kita pada Yang Maha Esa.
* Sentiasa bersyukur dengan apa yang Tuhan bagi,jangan sampai Tuhan tarik balik keistimewaan yang ada pada kita.

Wallahualam.

Tuesday, February 1, 2011

Kata kekunci yang mengejutkan aku

Entri ni aku tulis,beberapa jam sebelum pulang ke kg.halaman.Sabtu sampai Isnin semalam,aku kepenatan merentas hutan rimba di Taman Negara Pulau Pinang untuk sampai ke Pantai Kerachut.Ohh,rupanya ada banyak pantai kat Pulau Pinang.Aku baru tau.Kesian!

Okeh,sebelum balik,aku sempat godek-godek nuffnang untuk tengok prestasi pendapatan aku.Puas aku godek-godek,terjumpa la keyword macam kat bawah ni;

Ish.ish.ish
First Impression aku,"Ish,ish,ish.....ape yang lucu sangat??!!!" Apa boleh buat,kalau itu yang dicari.Komen? Aku tetap kata no komen,sebab aku sendiri terkejut.hahahaha.Ohh...nuffnang..oh nuffnang.. :)
mmm,Lantak ko la nuffnang.Janji aku mau balik kampung ini malam.Tata semua! :)

NEO akan diimport oleh Jepun?

** Sumber e-mail
 
Gunma pref. (Takasaki )
Sebuah Syarikat akan mula menjual kereta proton satria neo dari Malaysia utk pasaran domestic jepun pada thn 2011. Satria neo akan dijual sekitar Yen 150 man~160man ( RM50k~RM55K )






** Cantik pulak aku tengok Satria NEO dalam gambar ni,tengok kat tempat sendiri biasa je padahal.:)
Lilypie Angel and Memorial tickers