Monday, February 28, 2011

Fuh..sabar jela!!

Tertekan,tension? ahh..sama la tu maksudnya.Ada tak blogger yang tengah tertekan sekarang?Tengok macam Cik Ila,tertekan tapi tulis blog.Adakah ianya bagus? Tentu la,daripada duk maki-maki orang tak tentu pasal,baik tulis blog.kan kan kan?

Okeh,kenapa tertekan?

Sebenarnya dari minggu lepas rasa macam ni.Sibuk? Mungkin jugak.Banyak event sejak minggu lepas.Hari-hari cuti semalam tu terkorban untuk event Universiti.Tapi tak mengapa.Penat tapi berbaloi sebab dapat habuan elaun dan makan percuma.Ohh dunia,kan best setiap hari makan percuma.

Test?Ujian? Satu hal jugak.Belajar bagai nak rak,tiba-tiba test batal,tukar minggu depan.Bayangkan,banyak mana dalam kepala ni yang belum release lagi?? Sakitnya kepala.Sekurang-kurangnya,bila test dah habis,kita jadi lega.Tapi selagi test belum habis dan ditangguh-tangguh,korang faham tak perasaan tak sabar nak jawap tu macammana?Segala benda tu tak boleh buat selagi test tak setel.

Tertekan lagi satu sebab internet..Grrrrrr~ Sabar jela.Bila time kita perlukan dia,time tu la dia buat hal.Padahal internet dah ada 2, 1 broadband dan 1 lagi memang kolej sediakan.Tapi kenapa hampeh?Dah la tu,banyak pulak page yang di'block'.(Internet kolej) Sampaikan blog yang ada domain sendiri pun di'block'.Adehhh.Ngapain dong,kapan kuterus begini?

Sorry encik batman,tak boleh nak blogwalking!!
Erk,itu blog ok,bukan halaman-halaman porno.Adoi..Kalau macam ni la gaya,Cik Ila bungkus laptop la jawapnya,bukak buku sepanjang masa.Wah.mesti dapat Anugerah Dekan kan? kan kan kan? Hmm..Sabar jela.

Thursday, February 24, 2011

Calon sesat??

Sekarang adalah musim pilihanraya.Eh,bukan pilihanraya kawasan..Ni pilihanraya kampus tau.Jangan silap faham.Hehe.Kat tempat Cik Ila,tarikh mengundi adalah pada 24 Februari ni iaitu HARI INI.hahaha.Universiti lain mungkin dah ada yang bertanding sebelum-sebelum ni.

Sepanjang 2,3 hari ni banyak la jugak poster-poster cun calon-calon yang bertanding.Manifesto pun macam-macam ada.Harap-harap apa yang dijanjikan tu tertunai la ye.Hehe.Di kesempatan orang sibuk duk berkempen dengan segala bagai promosi yang diorang buat,ada pulak calon yang sesat.

Calon sesat? Ada......tengok ni..

Sabo jela,...huhu
Sekarang dah macam trademark semua orang sebut "Kite bako je..kite bako...!!".Cik Ila rasa,kat mana-mana pun,mesti ade dialog tu kan?hahah.Itu lah kuatnya pengaruh cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah.Tahniah pada pengarah,penerbit,pelakon dan krew-krew penerbitan. :)

Monday, February 21, 2011

Ubah lagu Barney!

Perlis panas.Tak tahu negeri lain macammana.Tapi kalau pergi tempat lain,rasa macam tak la sepanas kat sini.Fikir positif jela,sebab tepi laut agaknya panas cuaca kat sini.Hmm...Mengantuk tu dah tentu,tapi nak tidur dengan cuaca yang macam ni,sesuatu yang mustahil melainkan mandi berkali-kali dan tidur dengan nyenyaknya.So,kalau dah agak-agak mengantuk dan mata dah tak boleh fokus pada bahan ilmiah,jom la kita merepek sekejap.

Hey,i'm Barney!!! :)

Tiba-tiba muncul bayangan Barney And Friends dalam kepala.Anak buah cukup suka dengar Barney ni.Entah apa yang Barney cakap pun Cik Ila tak tau.Idea datang.Apa kata kita ubah sikit lirik lagu ni;

I love you
You love me
We're a happy family
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won't you say you love me too?

Dan,UBAH kepada 


I hate you, 
You hate me,
Lets us go and kill Barney,
With a one two punch,
Barney's on the floor, 
No more purple dinosaur...
********Sedap jugak kan kalau kita ubah lagu ni?? Siapa setuju,sila nyanyi ramai-ramai macam saya....Semoga tidak ada adik-adik peminat Barney di ruangan blog ini. Tata! :) ****************

Sunday, February 20, 2011

Review special "Pasir Mas kilang jelitawan"

Pada harian metro bertarikh 20 Februari yang lepas,ada satu artikel tentang "Pasir Mas kilang jelitawan".Hari ni,Cik Ila cuba menyokong artikel tu.Walaupun tiada bukti secara terang-terangan,tapi percayalah anda-anda semua bahawa artikel tu memang sangat tepat.

Sumber google/harian metro
Dulu kalau orang tanya,kat mana tempat nak cari perempuan cantik-cantik dan lawa-lawa kat Kelantan?Jawapan diberi sudah tentu Pasir Mas.Sampai sekarang,bila tanya mummy Cik Ila,jawapan yang keluar pun mesti Pasir Mas jugak.Tapi alasan mummy masa tu,sebab gadis-gadis Pasir Mas ni kacukan Siam,memang nenek moyang diorang asal dari Siam.Itu betul.Banyak lagi sebenarnya kisah susur-galur gadis Pasir Mas ni yang Cik Ila sendiri baru tau.Cik Ila tak reti nak bercerita,tapi kat sini Cik Ila sediakan link untuk korang baca sendiri fakta-fakta yang mungkin boleh bagi pengetahuan kat korang semua.



 
** Ok,dah baca semua? Lepas ni,boleh la buat kesimpulan sendiri kenapa gadis Pasir Mas ni dikatakan comey-comey belaka.. :)
Lilypie Angel and Memorial tickers