Thursday, March 31, 2011

Tak rugi cakap jujur!!

Kalau anda sedar,


Dalam majalah-majalah wanita seperti Dara.com,Nur,Remaja dan lain-lain,kalau ada ruangan Cover Girl, mesti yang terpilih tu buat ayat macam ni;


Saya sendiri tak pernah terfikir untuk sertai ruangan ni...... @ ..... Saya tak tahu pun  yang kawan/pakcik/makcik/saudara/mama/ibu telah menghantar gambar saya untuk penyertaan ke ruangan ini....@ Saya terkejut bila saya terpilih untuk ruangan ni,sebab saya tengok ramai lagi yang sesuai untuk ruangan ini..



Guys,vote for me pls! -hiasan sahaja- :)


Sedar tak? Bagi yang selalu baca majalah-majalah berkenaan,mesti perasan bila baca ruangan tu kan?Tapi kelakar jugak  dalam masa TAK TAHU/TAK TERFIKIR tu,berjaya jugak akhirnya menjadi Cover Girl...Tak boleh nak kata apa,kita pun tak tahu niat orang lain kan? Tapi,ANDAI KATA anda memang betul-betul suka dengan benda-benda macam tu,apa salahnya kalau anda cakap;


Alhamdulillah,saya sudah lama nantikan peluang keemasan ni.Saya bersyukur kerana niat saya untuk mengecapi kejayaan ini tidak sia-sia kerana sememangnya saya cukup teruja dan berminat untuk turut serta.Terima kasih kepada keluarga dan kawan-kawan yang banyak membantu dan memberi sokongan moral untuk saya.


Senang kan? Orang yang baca majalah pun, rasa tenang je baca ruangan tu.Entri ini bukan menyindir mana-mana pihak,tapi sekadar kesimpulan setelah 2,3 hari asyik membaca majalah-majalah berunsurkan kewanitaan.


**** Tak rugi pun kalau jujur!! :)

GEMPAR!!Kanak-kanak berjalan di atas air????

Kanak-kanak berjalan DI ATAS air??

Uish..macam mana dia boleh berjalan atas air,hebatkah dia?

Saya pasti anda pun boleh berjalan di atas air,

bukan susah pun,senang je...

Tak percaya?

Betul..............!!


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Ada nampak macam berjalan atas air tak dari jauh?hehe ;p



Sebenarnya bukan jalan atas air pun!! 

Cuma kawasan air tu ada laluan berbatu yang dibuat dalam air

Kalau tengok dari jauh,memang orang akan terkejut sebab gaya macam berjalan atas permukaan air..



*** Macam tak sesuai je buat laluan berbatu macam tu dalam air.Nanti budak-budak main jalan je,lepas tu licin,jatuh dalam air..Kena kat budak yang tak pandai berenang,lemas macam tu je,kesian! Ibubapa di luar sana atau kakak/abang,sila la awasi pergerakan anak/adik masing-masing,jangan main lepas je budak-budak main air.

Wednesday, March 30, 2011

Pesanan ringkas tapi mendalam

Sejak beberapa hari ni,ramai orang copy dan paste benda yang sama kat Facebook masing-masing.Apa yang menarik,benda tu hanyalah satu peringatan ringkas kepada perokok-perokok tegar (ehem-ehem encik-encik/bapak-bapak/abang-abang/datuk dan pakcik-pakcik)........



Dear smokerssss,

Please get a plastic bag for yourself whenever you want start smoking.
So you can enjoy the smoke 100% by yourself, i dont want any percent of it.
...And some of my friends, too.
.................................
Regards,
Don't-like-smoker guy/girl.

p/s: copy and paste this message at your profile to support the keep-smoke-away campaign!


Wahai perokok-perokok sekalian,korang tak kesian ke,sampai macam ni sekali peringatan yang dibuat.Sah-sah la korang tu dibenci sama sekali sebab merokok di kawasan terbuka.Lagi satu,pada mat-mat romeo yang ada awek tu,tak payah la korang duk sorok-sorok merokok,sebab awek korang tu tunggu masa je nak marah kaw-kaw kat korang!!


** Nak merokok silakan,tapi pastikan orang-orang di sekeliling anda,tak terkena/terhidu bau asap rokok tu.Kadang-kadang seronok pulak main hembus-hembus asap beropol-ropol ke langit tu ye? Simbah dengan air baru tau!

Monday, March 28, 2011

Dia muncul lagi hari ni...

Entri pasal BE...


Dengan ini diumumkan,muncul lagi satu BE untuk hari ini...


Cukup 10 sen,boleh beli coki-coki..


Terima kasih Nuffnang.Macam biasa la,bila BE dah muncul,perasaan meng'update' blog tu meluap-luap.Punya la sabar tunggu BE yang tak muncul-muncul,akhirnya muncul jugak setelah sekian lama menyepi di samping BE yang dah pencen dan bertukar rupa menjadi ME.


Bloggers dan kawan-kawan,jangan kecewa yang mana tak dapat BE tu,hantar je tiket banyak-banyak,mesti boleh dapat BE.hehehehe.


** Ouh,terima kasih Nuffnang untuk pertambahan BE lagi!!! :)
Lilypie Angel and Memorial tickers