Friday, July 8, 2011

Manjalara,Adamaya,Nora Elena...

Dulu sket-sket Manjalara..pergi mana-mana,kena balik cepat dan kena makan cepat sebab nak tengok cerita Manjalara.Cerita ni dapat rating yang agak tinggi jugak masa tu sampaikan sekarang boleh ada tudung nama Manjalara.Tapi orang dah tak pakai sangat tudung tu,sekarang ni fesyen tudung express.Keh3


Kekuatan Manjalara jugak bertahan lama bila aku bukak Myspace dan budak-budak sibuk tukar nama MANJA.Pakwe dan makwe pun mula menggelarkan diri mereka 'manja' sampai aku naik meluat bila naik bas,duduk sebelah awek dan terdengar dia membahasakan diri dia sebagai 'Manja'..Oh Tuhan!! haha


Lepas beberapa tahun,Adamaya muncul dan jadi satu fenomena pulak dan kaedahnya jugak sama.Orang sanggup balik kerja awal untuk tengok TV dan tak kurang jugak yang tengok TV kat tempat kerja sebelum balik.Kekuatan Adamaya adalah disebabkan hero dan heroin dia yang agak 'pewit'...yakni menjadi pujaan ramai dan muncul seorang pelakon kecil kesukaan ramai,Mia Sara Nasuha yang berwatak sangat comel di depan kamera.


Masa tu jugak.Jejaka-jejaka bernama Adam atau Maya mula keluarkan balik nama diorang.Kalau sebelum ni letak nama Mr.Potato dekat Facebook,sudah bertukar kembali ke nama asal Adam.Kalau sebelum ni letak nama Cik Honey..sekarang sudah tukar nama Maya.Pakwe dan makwe pulak masa ni sibuk combine nama diorang menjadi satu.Contoh: Ahmad dan Joyah = AhYah...!


Baru-baru ni,Nora Elena pulak jadi sebutan.Tambah pulak hero dan heroin yang agak mantap dan mencairkan hati memang lah cerita ni bikin panas bila hero dia berwatak sweet dan heroin dia comel dan selalu nak sangka buruk.Masa cerita ni,ramai orang tulis kat Facebook.."Kan best kalau aku jadi Elena...,"
.."Kan best kalau dapat pakwe macam Seth Tan.."--> Mimpi jela! haha


Siapa yang nama Liyana atau Yana...sibuk mengaku dia Elena tak pasal-pasal.Hahaha.Tapi kesimpulan kat sini,cerita sangat mempengaruhi hidup kita sehari-hari.Tapi kena ingat,tu cuma cerita..Memang la berdasarkan pengalaman dan jalan cerita tu bersangkutan dengan kehidupan kita,tapi bersyukurlah dengan apa yang ada.


p/s : Aku tulis semua ni pun,sebab aku memang follow semua cerita kat atas! hahaha ;)

Wednesday, July 6, 2011

Lupa daratan

Kalau korang nak tahu,orang Kelantan sangat tak suka bila jumpa orang satu negeri dengan dia (lahir dan tinggal di Kelantan) bercakap BUKAN bahasa Kelantan dengan dia.Sepanjang 23 tahun aku hidup,memang aku akui benda tu betul.


Aku tak tipu.Kebanyakkan orang Kelantan yang tinggal di negeri lain,ada jugak terpesong dan kononnya dah lama sangat tinggal kat negeri lain dan terlupa nak cakap bahasa Kelantan.Kalau ada yang boleh terima pun,mesti belakang-belakang,duk mengata jugak akhirnya.Menyampah kot.Sama-sama 1 negeri,buat la cara sekampung.Lain la kalau ada orang negeri lain tengah join sekaki bersembang,boleh la guna bahasa standard.


Aku rasa,walau kat mana pun kita berada,kena ingatlah asal-usul kita sebab sebaik-baik tempat yang kita duduk,baik lagi duduk tempat sendiri.Duk kat negeri orang,buat cara menumpang,jangan berlagak macam kita lahir kat situ pulak.

p/s: Aku pulak yang lebih-lebih emo,apsal eh?haha

Saturday, July 2, 2011

Berpuluh-puluh suara bayi aku dengar..................

Sepanjang menjaga anak buah (merangkap anak kakak),banyak pengalaman tak terduga yang aku lalui sejak mak baby dan baby tu kat wad lagi.Memandangkan aku seorang je yang 'sesuai' menjaga diorang tu,so aku la yang tolong tengok-tengok sejak dalam wad.

Pengalaman menjaga diorang...aku cuti 3 hari + 1/2 hari kerja.Nahh..rasakan bos!! --> Tapi aku rasa aku ada ke,takde ke..bos tak kisah kot sebab orang lain ada boleh ganti aku buat kerja.

Kat hospital...aku dengar berpuluh-puluh suara bayi menangis setiap hari berturut-turut dalam wad.Siang takde hal laa..Waktu malam,aku tidur tepi katil..lampu semua tutup,bunyi bayi menangis bersahut-sahutan..bila seorang menangis,semua menangis.

Aku keliru!!!

Mana satu bunyi anak buah aku??Macam jadi bengong kejap,sebab terpaksa bangun bila dengar bayi menangis.Setiap kali tengok anak buah,senyap pulak.Orang lain punya bayi la yang bunyi.Dushh,aku sambung tidur balik dan macam tu la seterusnya sampai ke pagi.

Makanan hospital? Zapp..aku kebas semua.Ada ke patut,menu makanan semua kasi yang orang bersalin tak boleh makan.Apa lagi,aku la yang tolong habiskan.Gemuk la kejap untuk 2,3 hari sebab katil-katil sebelah pun suruh aku makan.hehe

Jaga berak kencing baby? Yang tu malas nak cerita sebab semua orang pun almaklum la kan! hehe


Masa bawak baby untuk check up selepas bawak balik ke rumah,aku pangku baby...saham jatuh la 2-3 hengget..Kakak kerusi sebelah tanya,"Anak sulung ke ni??" Nasib la badan..Dalam hati aku,"Cisss,tak nampak ke aku pakai seluar jeans dengan t-shirt ni,takkan orang baru lepas bersalin boleh pakai jeans dan jalan dengan selesanya pangku baby,kan??"


Pengalaman berjaga malam di rumah sendiri.Aku selalu ngelat,masuk tidur cepat-cepat,supaya mummy aku yang amik turn (Maklum la,orang tua lebih pakar menjaga budak,kan?)
Mummy pun satu hal,mamai agaknya malam-malam....

Sarung kaki baby tercabut..tapi apa mummy buat??

Dia masukkan sarung kaki baby tu ke tangan baby.....!!! ---> Alahai mummy! Comelnye baby pakai sarung kaki kat tangan...huhu


p/s : Aku anak bongsu,agak-agak aku bersalin,siapa nak jaga??Abang-abang,kakak ipar,kakak dan lain-lain semua dengan gerabak panjang masing-masing (anak).

Friday, July 1, 2011

Ada Emas dalam mulut!

Semenjak group bekas pelajar sekolah rendah muncul kat Facebook,tiap-tiap hari notification dan friend request muncul berlambak-lambak.Baru la aku tau,aku sebenarnya sedang excited sebab dapat jumpa balik kawan-kawan lama melalui Facebook.Terima Kasih Facebook!


Sebut pasal sekolah rendah.Memang banyak memori tercipta.Pandai pulak minat-minat cikgu,minat orang.Tak kurang jugak suka tulis-tulis surat padahal kawan tu kelas yang sama je pun.Ohh,tak lupa jugak zaman-zaman ada kakak angkat.Alahai..kelakar la pulak!


Tapi yang penting,masa zaman sekolah rendah dulu,aku suka sembang-sembang dengan budak lelaki,buli budak lelaki..sebab aku rasa,budak lelaki sangat sempoi.Aku mana reti main lompat tali dan segala bagai.Aku cuma reti main kejar-kejar,main daun terup a.k.a POKER dan lain-lain.Pernah sekali masa darjah 1,kantoi main berebut tiang dengan budak lelaki,kantoi dengan kakak sendiri (Kakak Penolong Ketua Pengawas masa tu),terus aku lari meyorok dalam longkang dengan harapan kakak tak nampak.Tapi last-last dia nampak jugak padahal.


Masa kecik-kecik jugak,aku seorang pendiam.Memang senyap sangat sampai cikgu kata "Ada emas dalam mulut aku!"----> Masa kecik tak ada perasaan kena perli.Bila fikir balik sekarang,amboi..perli baik punye! hahaha.Cikgu memang suka suruh aku buat kerja sebab katanya aku diam sangat dalam kelas,tak macam budak lain.Tapi bagus jugak,rekod kemajuan sekolah..aku sendiri yang tulis gred dan dapat nombor berapa dalam kelas.hahaha.


p/s : Kategori nakal la jugak aku sebenarnya walaupun senyap!
Lilypie Angel and Memorial tickers