Tuesday, November 15, 2011

Pelamin anganku tak jadi

Terkejut.Bila tersedar dan terfikir..Ohh,aku mimpi rupanya..Fuh,nasib baik.Kalau tidak?Mana taknya,mimpi tu membuatkan aku jadi kalut.Kesian si pemimpi macam aku ni..

Mimpi kali ni lebih mencabar emosi.Mimpi tengah buat persiapan kahwin,tapi pelamin tak sempat pasang.Kecewa..Esok nak kahwin,kemudian aku tanya mummy, "Pelamin tu hari tu dah cakap dalam telefon kat wedding planner tu,dia datang pasang tak kalau cakap melalui telefon je?" Mummy jawap,"Eh,mana boleh macam tu,kena pergi jumpa dia!"..Dah! Sentap kejap.Esok nak majlis tapi sah-sah esok pelamin tak ada.

Dalam mimpi pun sempat lagi fikir tindakan apa.Tindakan pertama,nak pergi cari wedding planner tu nak suruh pasang je yang mana ada. Tindakan kedua,pergi kat wedding planner Awie Bridal (salah satu wedding planner yang terkenal kat tempat aku).Tu diaa..Sampai tahap macam tu mimpi aku punya tindakan.Dasyat! Lepas tu cuak tak habis.Belum sempat tindakan seterusnya..aku pun terjaga..

Masih lagi cuak,bila fikir balik..Ohh..tadi tu mimpi rupanya! Nasib baik...hahahaa.Begitu la kisahnya tentang pelamin anganku tak jadi...

Wah..pink gitu

p/s : Aku pun tak tahu apa kisahnya sampai boleh termimpi pasal pelamin.Mungkin sebab semalam tengok gambar kahwin seorang kawan kot..Terus masuk dalam mimpi.

Friday, November 4, 2011

Rasa senang,tapi susah!

Sesuatu yang kita rasa senang,tapi sebenarnya susah...aku selalu macam tu.Kadang-kadang perasaan yakin tu sangat tidak bertempat.Tapi sekurang-kurangnya ada masih ada fikiran positif berbanding negatif.Ok la tu kan?Aku seorang je ke yang fikir macam tu?Tak..tak..ada bukti yang bukan aku seorang je macam tu..Kehkehkeh ;p


See..! haha

Gambar ni sudah cukup untuk menggambarkan keadaan aku setiap masa.Tapi apa boleh buat..bukan kita seorang rasa macam tu,orang lain pun sama.Kalau tak,takkan ada yang boleh lukis gambar macam tu dan share kat Facebook.Ye..benda tu memang betul-betul berlaku di zaman belajar sekarang.Tapi seronok jugak bila keadaan macam ni,macam cabaran yang sangat manis kalau ingat balik. Haha ;p

Wednesday, November 2, 2011

Daim..ohh Daim!

Sedihnya..setiap permulaan mesti ada pengakhiran..
tapi sedih ni lain daripada yang lain..aku sedih sebab coklat kesayangan aku dah habis!

Nyum.nyum.coklat Daim! (Ohh,kualiti gambar sangat teruk!)

Dan ini gambar terakhir aku ambil sebelum aku ngap coklat ni sampai habis.


For the last one..
Dulu asyik makan coklat yang orang bagi,tapi sejak pergi Langkawi hari tu,dapat beli sendiri.Rasanya sebab tu la macam sayang sangat nak habiskan.Untuk yang nak beli,boleh ke Langkawi..tempat lain tak pasti ada ke tak.Kalau ada,baik korang beli sebab sedap coklat ni.

Harga kat Langkawi;

200g - RM 9.90
300g - RM14.80

Disebabkan ramai yang suka coklat ni,dari dulu sampai sekarang coklat ni memang terletak betul-betul dekat pintu masuk kedai supaya senang nak ambil.Memang rambang mata tengok coklat yang banyak dan murah kat Langkawi.

Wordless Wednesday #06


p/s : Ohh..so sweet! hahaha
Lilypie Angel and Memorial tickers