Thursday, December 29, 2011

Download Ombak Rindu (2011)



Siapa mahu download cerita ni??Boleh download kat sini ye..Selamat menonton!!! ;)


Download Link : Ombak Rindu (2011) DVDRip RMVB MKV

RMVB (304 MB)
Part 1

Part 2


MKV (931 MB)
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5

Sumber : Blog Aduka

Wednesday, December 28, 2011

Mereka kecewa...Lisa Oh Lisa!

Nampaknya ramai yang kecewa bila Lisa Surihani dan Yusry KRU umumkan tarikh pernikahan mereka.Lagi-lagi sang jejaka.Cukup melepas! Haha

Nasib baik aku bukan fanatik kat Lisa Surihani mahupun Yusry KRU.Tapi begitulah keadaannya,ala-ala Siti Nurhaliza gitu.Kecewa dan melepas.Bila dah berumah tangga,populariti sedikit terjejas.Yelah,dulu solo..sekarang berdua,baik cari orang single lain,ye tak peminat? Haha

Aku kisah apa diorang kawin,tak ada kena mengena dengan aku.Tapi tiap-tiap hari wall facebook aku semak la jugak,sebab asyik baca status pasrah sang jejaka.

Gambar kat bawah adalah hasil 'print screen' status Facebook yang menunjukkan mereka betul-betul kecewa!

Pertama : Seorang kawan yang sedang buli peminat Lisa
Kedua: Situasi pra-tonton filem "Papa,I Love You!"
Ketiga : Statement jeles! Haha
Keempat: Doa dari peminat Lisa.

Laaa...sampai macam tu sekali.Kesiannya peminat Lisa ni.Alahai..Tak pe la,biarkan Lisa bahagia.Neelofa kan ada? Haha

Monday, December 26, 2011

Berstokin putih dan kacak bergaya!

Tiada entri untuk ditulis,tapi sekadar gambar..mungkin boleh dijadikan semangat untuk lebih tenang dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang mencabar. Meow ni aku jumpa belakang rumah.Walaupun ni kategori kucing terbiar,tapi dia tetap kacak bergaya..Biasalah,kucing jantan! Hehe

Ingat korang je tension,aku ni,makan pun tak cukup! Lagi tension.. 

Aku memang macho,kan? berstokin putih dan hensem.

Kucing jantan memang nampak macho bila jalan.Riak muka memang kerek,tapi alahai manja sungguh! Haha

Sunday, December 18, 2011

Bila benda tu jatuh...

Bila diperhatikan setiap hari...

Dalam banyak-banyak benda yang jatuh ke bawah,ada satu objek yang bila dia jatuh ke bawah..muka semua  orang penuh ekspresi.Jatuh yang aku maksudkan adalah bila...





telefon bimbit jauh ke bawah...




Ya.Penuh ekspresi pada raut wajah.Ada yang macam nak menjerit,ada yang muka perit dan ketat,ada yang tutup telinga (yang ni serius lawak,bukan bunyi bom pun!),ada jugak muka menyesal gila sebab tak jaga betul-betul telefon tu.

Seronok.Tu je yang aku boleh kata bila tengok semua tu berlaku depan mata.Bila sendiri rasa..memang lebih kelat la muka.Lepas tu mula la kira,laa...hari tu dah jatuh,takkan jatuh lagi! Ada yang jatuh,terus berkecai..bateri entah ke mana,simcard terkeluar,last-last..ikat dengan getah sayur jugak..Nasib badan.

Seingat aku,cuma telefon tiga-tiga-sekupang (Nokia 3310) je yang tahan lasak.Jatuh la banyak mana pun,tetap tak ada kesan sangat.Kalau Iphone jatuh? Blackberry jatuh? Samsung jatuh? Mau rasa nak geram kan? Ke,ada yang saja buat-buat jatuh telefon sebab nak tayang telefon baru? Mintak dijauhkan dengan orang riak macam ni...
Lilypie Angel and Memorial tickers