Hari ni nak kongsi sesuatu pasal cirit birit supaya korang tak perlu susah-susah nak cari fakta ni kat google lagi.Tolong jangan gelak dengan entri ni sebab korang akan cirit-birit bila-bila masa je dari sekarang.
Gejala - gejala
- Peningkatan      kekerapan membuang air besar.Najis      yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan abdomen.
 
- Terdapat angin atau kentut yang melampau serta kehilangan selera makan.
- Adakalanya demam dan adakalanya terasa mual dan muntah.
- Sakit otot.
Komplikasi
Komplikasi    yang paling biasa adalah dehidrasi. Dehidrasi mungkin ringan atau teruk.Terdapat    dehidrasi yang ringan apabila pesakit  mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
   
- Kehilangan 5-10% berat badan.
- Gelisah dan mudah tersinggung.
- Mata terbenam serta ketidakhadiran air mata.
- Mengalami kekeringan mulut dan lidah serta dahaga dan meminum dengan keinginan yang tinggi.
- Kulit kehilangan keanjalannya sedikit.
Pada dehidrasi yang teruk, pesakit mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
- Kehilangan lebih dari 10% berat badan.
- Keletihan dan mungkin hilang sedar.
- Mata adalah terlalu terbenam serta ketidakhadiran airmata.
- Mulut dan lidah adalah terlalu kering.
- Meminum hanya sedikit atau tidak meminum langsung.
- Kekenyalan      kulit mengurang dengan nyata, iaitu apabila kulit dipicit ke atas, ia mengambil beberapa saat sebelum kulit menjadi rata kembali. 
 
- Kekurangan jumlah air kencing.
Punca-punca cirit-birit
- Meminum air/makanan yang tercemar.
- intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.
- Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba.
Punca-punca kronik
Apabila cirit –birit berlarutan melebihi 3-5 hari, ia mungkin disebabkan oleh punca-punca kronik seperti :- Penyakit gastrogenus atau perut – contohnya anemia, kanser.
- Selepas pembedahan – contohnya, gastrektomi.
- Penyakit-penyakit usus.
- Jangkitan        usus yang kronik – jangkitan bakteria seperti Salmonella, Shigella – jangkitan-jangkitan  virus – jangkitan-jangkitan protozoa 
 
- Infestasi usus, contohnya oleh cacing kerawit
- Kecacatan penyerapan
- Selepas pembedahan
- Fistula dalaman
- Keadaan kekurangan zat, contohnya Pelagra
- Penyakit ulser yang biasa, contohnya ulseratif kolitis.
- Kolonopati berfungsi, misalannya penggunaan ubat julab yang melampau.
- Kanser
- Ubat-ubatan toksik yang mengandungi merkuri atau arsenik.
- Penyakit-penyakit pankreas- contohnya tumor, pankreatitis kronik.
- Penyakit    pundi hempedu dan salur hempedu, misalannya fistula di antaa salur hempedu dan salur gastrousus.
 
- Reflex diarrhoea due to extracolonic disease e.g. pelvic inflammation, urinary  tract condition, appendicitis etc.
 
- Constitutional diseases- e.g. hyperthyroidism, uraemia, collagen diseases.
- Organic neurological diseases –e.g. intracranial disease.
Apa    yang dapat dilakukan oleh anda
Cirit-birit    yang mudah biasanya adalah untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh    terhenti dengan sendirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami adalah dirawat    dengan segera.
- Minum    banyak air.Elakkan    minuman beralkohol, berkafein dan susu.
 
- Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)
- Ambil    makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau pisang yang dimasak.
 
- Elakkan    makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk dihadam.
 
- Jika    cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat,    runding dengan doktor anda.
 
- Ambil ubat untuk cirit-birit selepas beunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.
Sumber : Fakta Cirit Birit
p/s : Pada yang baru/akan terkena cirit birit,bersabar la ye.Ramai lagi orang dalam dunia ni yang akan/sedang terkena cirit birit.Mungkin hari ni hari orang lain,hari kita belum tentu lagi.   
 
aitu saye tak kena cirit, saye kena muntah sebab food poisoning, gerai makan kat kolej saye tidak mengamalkan penjagaan kebersihan yang mantop, kerabu yang kuidamkan sedap rupanya racun dalam nasik campur! haha
ReplyDeleteShukri : kesian nye...sy pn pernah kena..gelisah 2,3 malam..haha ;)
ReplyDeletethanx fo the info :) sebab sy sokmo kena cirt birit. pergh memang seksa :'(
ReplyDeletenice entry nie
ReplyDeleteyg dehidrasi tu xtahan, rase kring je badan ni~
ReplyDeleteshira : ala kesiannye.takpe..normal la tu..semua org akan merasa.. ;)
ReplyDeleteIsteri En.Bard : Tq ;)
emy : btul tu emy...kering semacam je rse..huhu