Thursday, February 7, 2013

Ayuh cepat besar..

Si comel..

Ayuh cepat besar.Tolong Mama buat research sama-sama nanti.

Hari ke hari,si kecik membesar.Dah pandai pusing-pusing dalam perut buat mama rasa kembung je.Tapi tak apa lah,Mama sedia untuk melepaskan angin di mana-mana sahaja.

Si comel yang aktif
Entah apa yang dia suka sangat pusing-pusing dalam tu.Patut la rasa macam ada rama-rama dalam perut.Nampak kepala je yang besar.Yang lain semua blur.Nak kena pergi klinik swasta jugak untuk nampak jelas.

Ada jiwa yang hidup dalam perut ni.

Kata Ust.Azhar,macam-macam ragam ibu mengandung,sebab dia bakal menerima satu lagi roh dalam diri dia.Tak lama lagi roh akan ditiup.Masa tu jugaklah segalanya tentang ajal,jodoh pertemuan,rezeki dan perjalanan hidupnya sudah tercatat.Cuma perjalanan hidup,rezeki,takdir boleh diubah dengan usaha dia sendiri selama dia ada di muka bumi.

Ini pinjaman Tuhan.Tak siapa yang boleh cipta.

Kunfayakun.








6 comments:

Terima Kasih sebab singgah komen.Nanti datang singgah lagi ye.. ;)