Monday, July 15, 2013

Arwah Rizqi dan Hydrops Fetalis


Assalamualaikum.

Alhamdulillah,sudah hari ke 20 berpantang. Emosi masih seperti mula-mula lepas bersalin,perasaan yang tak tahu nak diceritakan macammana,hanya orang yang mengalami je faham.Dah elok rasa ok,kadang-kadang perasaan datang tiba-tiba,mula la kepala ni ligat mencari surah-surah pilihan untuk lupakan perasaan tu.

Seperti kata seorang lecturer aku,berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.Thanks buat lecturer yang tak putus-putus bagi semangat hingga ke saat ni.Barulah aku tahu,masih ada insan yang aku perlu dan sentiasa ada saat suka-duka aku walaupun semua orang tahu,aku dan husband duduk berjauhan.
Aku tak harap pada kawan-kawan kalau terjadi apa-apa waktu di sana,aku cuma boleh harapkan lecturer jela sebab aku tau,kawan-kawan pun masih di bawah jagaan parents diorang walaupun semuanya dah besar panjang.

2,3 hari ni aku tak sedap duduk.Rasa macam perlu mencari lagi tentang penyakit arwah Ahmad Rizqi ni. Pernah sebelum ni aku tanya doctor,macam mana kalau aku nak sangat tau apa penyebab sakit dia.Doctor cuma bagi satu jawapan,postmortem baby! Ya Allah,sudahlah hebat derita yang ditanggung arwah Rizqi,aku tak sanggup dia dibedah hanya untuk mencari sebab punca dia berpenyakit.

Sepanjang aku mencari info di internet,aku jumpa satu blog yang menceritakan tentang arwah baby beliau,juga meninggal kerana komplikasi yang sama macam arwah Rizqi.Sedih sebab kisahnya terlalu panjang (part 1-20).Bila baca,aku terdetik dalam hati, “Ya Allah,masih ada orang lain yang diuji sehebat apa yang aku lalui.” Komplikasi penyakit yang sama,kelahiran yang sama dan ditakdirkan pengakhiran cerita yang sama.Subhanallah!

Kalau ada yang sudi nak baca, aku sediakan link blog dia di bawah;












6 comments:

  1. errmm.. sedekahkan banyak-banyak alfatihah yer,..
    kita ni ibu-ibu, tentu memahami perasaan seorang ibu...

    ReplyDelete
  2. @Norhasniza Khalid

    Btul tu mama..haih..perasaan ibu tu unik sgt.. ;)

    ReplyDelete
  3. huhu..air mata x henti2 mengalir..sedih teramat.

    ReplyDelete
  4. Baca kisah kamu, teringat kisah sendiri di tahun 2009. Arwah anakku juga seperti arwah anakmu.Tapi tiada catatan di mana-mana. Hanya terpahat dalam memori semata. Alfatihah buat mereka. Moga mereka menjadi tiket untuk kita masuk syurga. Amin

    ReplyDelete
  5. @sarah m

    Alhamdulillah,sememangnya kita adalah ibubapa yg bertuah memiliki anak syurga itu.Al-Fatihah.

    ReplyDelete

Terima Kasih sebab singgah komen.Nanti datang singgah lagi ye.. ;)