Monday, February 24, 2014

Demi Sarjana


Sekarang adalah waktu-waktu getir untuk sarjana.

Sarjana yang aku bayangkan dulu tak seindah apa yang lalui.Soalan yang aku tak boleh jawap adalah, "Bila nak habis Master?" Aku signifikasikan soalan itu sebagai soalan yang tidak berjawapan untuk setiap individu

Master by Research: 
Msc.Microelectronic Engineering

Itu sarjana aku.Belum lagi bersarjana.Tapi itulah yang dikejar.

Untuk yang selalu bertanya bila nak habis.Ini jawapan contoh;

Sarjana/Master ada 3 pilihan. 1) Coursework, 2) Mixed Mode, 3) Research

Sebahagian besar ramai yang memilih Coursework.Masuk kelas dan ambil exam.Tak lama, 2 semester saja dan ada mini projek di akhir semester.Apa perlu buat? Study untuk dapat maintain pointer bagus untuk result final nanti. Bertungkus-lumuslah anda dengan assignment,kuiz,dan final exam. Mini projek pun,siap tak siap,asalkan boleh bagi impak yang bagus pada pointer,haruslah mencapai apa yang korang nak demi pointer. Tesis,viva? Harus!

Ada yang nak fokus kedua-duanya, subjek dan projek.Maka ambil la dia Mixed-mode. Lebih kurang jugak kaedahnya.Cuma yang special case di sini adalah dia ada 1 sem untuk project dan ada masa untuk dia buat tesis lebih lama. Biasanya 3 semester (2 semester untuk subjek dan 1 semester untuk projek). Tesis,viva? Harus!

Ketiga, Research. Dulu aku selalu dibayangi dengan persoalan : Aku ni boleh ke buat master by research? Dan sekarang aku menjeratkan diri dalam research. Apa yang perlu ada untuk graduasi? Kelas tak ada,exam pun tak ada.Minimum 1 tahun,Maksimum 3 tahun.

Tapi wajib ada;

  • Hasilkan sebanyak mana paper (journal/proceeding) yang mempunyai nama kita sebagai 1st author. - Untuk universiti aku,setiap paper ada point,tak lepas point,hang jangan grad!
  • Join seberapa banyak conference (Local/International) yang jugak kita sebagai presenter.- Sama,pun ada point.Tak cukup point,hang extend!
  • Ada Proposal Defence (Nak propose tajuk pun susah,nak kene defend! - Hang kantoi,hang extend 3 bulan,re-viva balik!
  • Viva Voce (Final viva) - Kantoi yang ni,tak dapat master!
  • Thesis Final
  • Ada beratus-ratus research paper untuk dikaji,di'highlight',diconteng. Tak study,mana mana nak buat paper? Belum lagi method yang digunapakai.Betul ke salah ke apa yang dibuat? 
  • Research progress, kalau dapat apa yang kita nak,kita happy. Tapi kalau tak dapat, menangis untuk ke sekian kali duk fikir salah kat mana. Yang pasti, progress mesti capai target.Kalau tak,nak tunjuk apa kat supervisor?

Nampak tak betapa beratnya cabaran?

Aku tak tahu bila kesudahkan episod master by research ni. 

Setakat ni,cabaran memang getir.

  • Aku register master lepas kahwin dan survive kehidupan tanpa suami di sisi. Aku belajar di Perlis,suami bekerja di Kelantan. Dengan restu seorang suami,aku ikhtiar hidup.Makan,tidur,duit minyak,pandai-pandai lah nanti. Demi sarjana~
  • Aku pregnant anak sulung.Alhamdulillah Tuhan bagi rezeki awal. Segala pening-loya aku rasa seorang. Kawan tak rasa,hanya perhati je kita dan tolong setakat mampu. Demi sarjana~
  • Ulang-alik hampir 40km sehari drive. Apa nak buat,rumah di Kangaq, kampus di Pauh,sempadan Changlun,Kedah. Maka bersembanglah aku bersama baby dalam perut. Sampai satu keadaan,dah masuk dalam kereta,nak tarik pintu kereta pun tak larat! Demi sarjana~
  • Check up perut di klinik berseorangan.Pagi ke klinik, balik terus ke kampus ; demi anak dan demi sarjana~
  • Baby disahkan ada komplikasi. Waktu diagnose, turun-naik la aku ke hospital pakar termasuk ke Alor Setar. Jumpa doktor sana-sini. Seorang! Siang berbahagi dua; demi anak dan demi sarjana ~
  • Baby meninggal dalam perut di usia hampir 8 bulan. Satu episod yang mencabar emosi. Rasa nak rebah. Berehatlah aku di kampung bersama thesis chapter 1-3. Demi sarjana~
  • Aku kembali selepas berpantang. 2 bulan berpantang dan balik semula dengan kekuatan yang tipis. Rasa badan ringan tanpa si anak.Rasa kosong bila drive sebab selalu sembang dengan baby dalam perut. Gagahlah ke kampus untuk sambung belajar. Juga,demi sarjana~

Perasaan sekarang seperti;

"Esok aku nak grad!"

Tapi,

"Aku tak memenuhi kriteria lagi untuk grad!"

Kalau grad lambat,

"Tiada kesudahan. Hidup tanpa suami di sisi. Anak kedua yang entah bila menyusul."

Itu dia.

Betapa hebatnya ujian kesibukan dunia.

Demi sarjana. ;(







Lilypie Angel and Memorial tickers