Followers

Sunday, May 19, 2013

Penat,Moody dan Macam-Macam Hal Lahhh!

Orang kata waktu pregnant,jangan duk sedih-sedih,moody selalu.Tak elok untuk baby katanya.Tapi kalau ikutkan, aku moody la jugak daripada selalu.Eh,bukan sengaja tau.Entah hormon apa yang terlebih terkurang yang menyebabkan aku jadi moody.

Kadang-kadang kan,kita rasa penat,mengah,tapi terpaksa buat benda-benda rutin macam buat kerja kat tempat kerja dan kerja kat rumah.Tambah pulak semuanya buat sendiri,encik suami jauh.Bila penat tu terasa,alahai..sedihnya terpaksa buat sorang-sorang.Walaupun ada housemate,tak kan la nak suruh diorang pulak kan,diorang pun busy jugak.Kalau ada encik suami tu lain la cerita,boleh harap kat dia.

Ini kalau bab kereta kotor pun fikir 2,3 kali.Nak basuh sendiri ke nak hantar kedai.Nak hantar kedai nak kena tunggu turn,lama jugak ikut siapa yang datang dulu.Yang aku pulak tak suka hantar auto-car-wash semenjak kereta kawan calar sebab hantar auto-car-wash.So aku decide hantar kat manual-car wash.Mahal sikit pun takpe la,janji puas hati tengok luar dan dalam kereta tu licin dan kemas.

Kalau basuh sendiri,untung sebab tak payah nak keluar semata-mata pergi basuh kereta.Aku jenis tak suka kalau keluar dengan kereta semata-mata untuk satu tujuan.Contoh,keluar semata-mata nak isi minyak je.Tak suka! Baik keluar sambil isi minyak,pergi beli makanan,pergi shopping,baru la rasa berbaloi minyak habis.Hehe ;p

Tapi tengok la kondisi sekarang,mampu ke aku nak basuh kereta sendiri? Bongkok sikit pun dah lenguh pinggang,apa lagi nak memberus tayar,nak lap body kereta dengan air sabun,nak bilas balik.Alahai..sabar jela! Dulu masa aku pregnant 5 bulan,larat lagi.Sekarang sori laa cik purple! Tuan awak ni dah tak larat nak basuh awak.Kesian awak kotor dah 3 minggu! ;(

Kalau aku cerita kat orang,diorang kata,tak payah la basuh.Apa sangat la nak basuh kereta.Basuh hari ni,esok pergi kerja kotor balik! Cehhh~ Memang la akan kotor.Kalau tak nak kotor baik simpan je kereta dalam rumah,jangan pergi mana-mana.Aku jenis tak suka kereta kotor.Basuh sekali dalam seminggu-dua minggu pun jadi la.Puas hati tengok berkilat.

Berbalik kisah moody tadi.(Lama betul membebel pasal kereta kotor!)

Moody time pregnant sangat beza dengan moody tak pregnant tau! 

Lagi-lagi bila jauh dengan encik suami.Lenguh-lengih sikit,menitik jugak la airmata ni walaupun dalam hati sebenarnya tak nak pun fikir sedih-sedih ataupun layan perasaan.Tapi dia datang dengan sendirinya.Sabo jela!

Kepada pasangan-pasangan yang bakal berjauhan,bersedia lah fizikal dan mental untuk segala urusan.Bukan nak takutkan,tapi suruh bersedia je. ;)




Saturday, May 18, 2013

Sanggup Naik Semula?



Bayangkan 1 hari kita berjumpa semula setelah 5 tahun berpisah,
kita habiskan masa sehari berborak-borak dalam bilik kau, 
masa itu kita cerita semua tentang kehidupan kita masing-masing, 

Tiba-tiba 

Telefon rumah kau berdering, 
Jadi kau akan ke bawah untuk mendapatkan panggilan tersebut dan 
Kau berjanji akan naik segera selepas selesai menjawab panggilan tersebut, 


Bila kau menjawab panggilan tersebut lalu kau mendapat berita menyatakan aku telah MENINGGAL DUNIA kerna mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke rumah kau pagi tadi. 

Apakah kau akan buat? 
Kau dah berjanji dengan aku kau akan segera naik selepas menjawab panggilan. 
Kau sanggup naik semula jumpa aku di atas? 



Thursday, May 16, 2013

Cikgu Lupa Lirik!

Hari ni hari guru.Tapi aku baca kat FB tadi ada yang tulis,Selamat Hari Raya,Cikgu! Maaf Zahir Batin.Kelakar boleh tahan.Seronok la cikgu-cikgu hari ni mesti dapat banyak hadiah.Ohh ye,encik husband pun teacher! Entah apa agaknya hadiah yang dia dapat.Tengok-tengok takde hadiah pun.Kuang3x.

Serius,aku rindu zaman sekolah.Aku kategori budak skema.Rugi betul tak jadi gangster kat sekolah.Cikgu mana kenal aku.Sob3x ;( Kalau aku gangster mesti sampai sekarang cikgu ingat lagi,kan kan? Ni tak,kalau terjumpa cikgu sekolah dulu,dia tanya macam-macam.Sudahnya dia kata,"Mintak maaf la eh,cikgu ni kalau budak tu tak buat hal,cikgu kurang kenal!" 

Lorh,gitu pulak!

Ayuh kita cari Doraemon untuk pinjam mesin cahaya masa kembali ke zaman dulu..aku nak buat hal habis-habis!

Aku jugak bukan kategori top student.Oleh itu,memang layak untuk tidak dikenali.Lebih baik tak dikenali rasanya.Tak menyusahkan dan tak men'sesak'kan fikiran orang untuk fikir pasal kita.Betul tak,betul tak?

Tentang hari guru kan,satu je yang aku tertanya-tanya;

Dulu bila time hari guru,sah-sah la ada perhimpunan kan.Semua cikgu akan berdiri kat depan nyanyi lagu Hari Guru.Alah...lagu ni,"Kami Guru Malaysia....bla..bla..bla..~"

Yang peliknya kan,setiap tahun pun mesti ada cikgu yang nyanyi ikut kertas sebab tak ingat lirik.Ke,sekolah aku je cikgu tak ingat lirik lagu guru tu?Yang pelik jugak,cikgu yang tua-tua tahap dah nak pencen pun tengok lirik lagi.Haihhh..aku kata dalam hati,dah nak pencen,tapi lagu tak jugak hafal?

Ok.Kejam sket statement.Kalau ada blogger yang berstatus cikgu kat sini,aku mintak maaf.Aku cuma konfius je dan saja nak cari situasi supaya orang lain pun akan fikir benda yang sama.

Takpe! Abaikan.

By the way,Selamat Hari Guru Cikgu!  




Jantina Si Kecik

Dalam duk kalut nak tahu jantina anak,hari ni aku nak buat entri pasal jantina anak.Saja nak suruh semua orang suspen.Hihi.

Mungkin Anak Lelaki;
  1. Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit. - My baby 145/min denyutan jantung dia.
  2. Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”. - Kalau tengok perut macam lonjong je.
  3. Perut anda “rendah”. - Tak rendah.Rasa macam sebiji bola depan perut.
  4. Anda sangat berseri-seri ketika hamil.- Tak pasti.Kena tanya orang.Hee ;p
  5. Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.- Ada tapi kurang.
  6. Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.- Rahsia!
  7. Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar. - Tak cuba lagi.
  8. Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.- Tak suka.Suka makan manis-manis je.
  9. Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.-Ikut cuaca,sekarang panas!
  10. Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing. - Tak cuba lagi
  11. Kulit anda menjadi kering.- Sangat-sangat kering
  12. Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.- Salah.Jadi nombor ganjil.
  13. Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.- Berkilat sungguh.Cantik pulak tu.haha
  14. Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.- Ye betul
  15. Anda lebih mudah diserang sakit kepala.- Sekali je pernah sakit kepala.Tu pun sebab kena hujan.
  16. Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur.- Tak pasti
  17. Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.- Salah.Apa-apa pun memang suka tayang tapak tangan dulu.
  18. Anda tidur mengiring ke kiri.- Suka tidur arah kanan.Sebab kiri tak best,rasa benda tergantung dan boleh mimpi hantu kalau tidur belah kiri.
  19. Air kencing anda berwarna kuning cerah.- Selamanya kuning sejak awal-awal pregnant.
  20. Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.-Tak pasti
  21. Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.- Tak pasti
  22. Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.- Sekarang pregnant anak 1st
  23. Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.- Sekarang pregnant anak 1st
Mungkin anak perempuan;
  1. Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.- My baby 145/min.hihi
  2. Perut anda bulat.- Agak bulat macam bola.
  3. Perut anda “tinggi”. - Tak pun!
  4. Muka anda tidak berseri-seri.- Selalunya memang tak berseri.
  5. Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.- Mabuk datang minggu ke 13.
  6. Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.- Rahsia
  7. Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.- Tak cuba lagi
  8. Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.- Memang suka manis!
  9. Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.-Tak cuba lagi
  10. Kulit anda lembut.-Kasar dan kering
  11. Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa.-Memang selalu badmood.
  12. Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.-Selalu
  13. Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.-Tak pasti
  14. Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.-Tak pasti
  15. Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.-Ye,ganjil
  16. Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.-Tak,rambut makin lebat
  17. Anda tidur mengiring ke kanan.-Ye
  18. Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.-Tak pasti
  19. Air kencing anda berwarna kuning samar.-Yang penting,memang kuning
  20. Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.-Sekarang pregnant anak 1st