Monday, August 30, 2010

Dunia Oh dunia...

Seringkali terfikir....

Mengapa dunia diwujudkan?
Mengapa perlu ada satu kehidupan sesama makhluk?
Sedangkan kehidupan itu akan bermula,dan akan tamat bila2 masa saja.
Manusia mengejar itu dan ini.Macam-macam gaya ada.Lady Gaga,Mr Bean..dan segala bagai watak-watak aneh wujud di sini.
Haiwan sebagai mainan manusia.Kadang-kadang kucing dijadikan kuda oleh anak kecil.
Tumbuhan hidup subur,tapi dirosakkan oleh tangan-tangan manusia,kadangkala dirosakkan oleh ulat-ulat jalanan di samping ulat gonggok banyak kaki.
Menangis haiwan dan tumbuhan,tak siapa tahu.
Sekurang-kurangnya,tangisan manusia,ada yang tahu.
Kenapa tak dapat faham bahasa haiwan?
Bukankah mereka juga makhluk yang bernyawa seperti manusia?
Oleh sebab itu agaknya Doraemon dan Doralin dicipta.
Sudahlah begitu,berkawan pula dengan manusia.
Mengapa manusia kurang pintar dijadikan bahan gelak ketawa?Lihat sahaja Nobita.

Ohh dunia..kenapa engkau ada?

Sunday, August 29, 2010

Aku seorang yang.....
 
1. Pantang kalau orang tak ikut masa dan menjejaskan masa aku.
    SEBAB   : Di rumah,abah seorang yang punctual,pantang lambat sket,mesti kene
    marah.Di sekolah,masu band,kalau pukul 5ptg kena turun,pukul 4.45ptg mostly semua orang dah ada.
    AKIBAT : Lebih pentingkan diri sendiri,asalkan tak menjejaskan aku dlm apa2 situasi.Rela
    pergi mkn,shopping  sorang2,tak perlu menunggu utk sekian lama.

2. Seorang yang berjimat di kalangan rakan-rakan
    SEBAB     :  Di rumah, Mummy seorang yang sangat jimat.Makanan yang dah lama pun,dia
    kata boleh makan lagi.Bendasing dalam makanan pun dia sanggup buang asalkan makanan
    tu boleh lagi dimakan.Ketupat Nona dalam kotak yang berusia 2,3 tahun pun masih lagi
    disimpan.
    AKIBAT   :  Aku sanggup berjimat soal makanan,utk dapatkan benda lain. Apa lagi bila ada
    kenduri,majlis berbuka puasa,sambutan aidilfitri,aku pasti tak melepaskan peluang.

3. Pantang orang usik barang-barang tanpa kebenaran.
    SEBAB     :  Di rumah,abah juga pantang bile barangnya diusik.Kena marah la jawapnya.
    AKIBAT   :  Sebelum aku marah orang,aku lebih suka susun barang dengan elok,kertas2
    semua dalam fail.Kalau susunan tak teratur, maknanya ada orang yang usik!!

4.Senang terjaga dari tidur
   SEBAB     : Tak pasti.Mungkin kerana mummy ku juga begitu.Tak perlu guna jam
   loceng,dia dah tahu pukul berapa.
  AKIBAT   : Dari sekolah hingga Universiti, tiap2 hari aku yang kejut kawan2 bangun.Pelik
   juga bila alarm bunyi,tapi diorang tak bangkit2 jugak!

5. Tak suka cerita masalah pada orang lain
    SEBAB    : Selagi boleh settle,settle sendiri.Jangan libatkan orang lain.Orang lain pun
    banyak masalah.
    AKIBAT  :  Cenderung utk sentiasa pendam apa yang berlaku.Pahit dan manis,hanya diri
    ini sahaja yang tahu.

6. Suka makan dan tak pernah cerewet soal makan.
    SEBAB   :   Dah terbiasa duduk di asrama,menu berbeza-beza.Sedap atau tak,kalau perut
    dah lapar,apa boleh buat.Duduk la kat mana2 sekali pun,setiap makanan adalah
    sedap.Jangan ditanya sedap atau tidak,kerana jawapan sudah pasti, SEDAP!
   AKIBAT  :   Sanggup habiskan sisa2 makanan kawan-kawan yang tak habis.Bagiku, selagi
   makanan itu wujud,makanlah.Nanti kalau sumber makanan tak ada,kita akan tercari2
   makanan.

7. Tak suka orang ambil tahu apa yang dibuat
    SEBAB    :  Suka dengan kata2," Pandai2 bawak diri".Setiap orang ada life masing-
    masing.Sudah besar dan tahu setiap tindakan yang dibuat itu baik buruknya.
    AKIBAT  :  Dilabel sebagai seorang yang misteri dan tak ramai yang mahu dekat!!

 8.Aku tahu,tapi aku gagal utk explain
    SEBAB    : Dah terbiasa dari kecik suka mendiamkan diri sebab takot kena marah.Bila nk
    bercakap,selalu  kena potong,
    AKIBAT    : Dalam kelas,bila kawan2 suruh explain,aku terus jadi blur,tapi boleh pulak explain dengan
    tulisan.Macam jawap exam or test,kertas penuh dengan explaination yang ntah ape2.Kalau suruh
    cakap,tak reti.
 

Sunday, August 22, 2010

Hati-hati kurma ISRAEL

Bulan-bulan puasa ni,semua orang makan kurma.Tapi anda pasti kurma tu datang dari mana?Cuba lihat gambar di bawah.


  
Ya,ini kurma ISRAEL.Untuk langkah berjaga-jaga,sila check terlebih dahulu sebelum anda membeli.

Tidur berbantalkan lengan suami

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Buaya PD


Port Dickson ada buaya? Yaa!!
Buktinya adalah penemuan bangkai seekor buaya tembaga berukuran 5.48 meter dan ukur lilit 2.43 meter dengan berat lebih kurang satu tan di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas, Port Dickson berhampiran Kolej Uniti,Pasir Panjang pada 2 Ogos yang lalu.Mengikut salah seorang penduduk yang menemui bangkai buaya tembaga itu;
''Pada awalnya saya nampak satu objek seperti sebatang kayu besar dihanyutkan arus dan terapung di permukaan laut tetapi selepas dihampiri kami terkejut apabila objek itu adalah bangkai seekor buaya yang besar,"


So,kepada mereka-mereka yang mahu ke PD,fikir-fikirkan. Bukan tak boleh pergi,tapi berwaspada.Mana lah tahu,tiba-tiba ada yang 'memandang' secara senyap. ;)

Sunday, August 15, 2010

Manfaat Surah Yassin.

RASULULLAH SAW telah bersabda yang bermaksud:

"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi  keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi
   kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkawin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang
dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang  ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah
meringankan
  siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa  hausnya.

10.Jika dibacakan kepada orang yang sakit,   terhindar dari pada
penyakitnya.

11.Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap  sesuatu mempunyai
hati
 dan hati Al-Quran itu ialah Yassin. Barang siapa membaca surah
Yassin
, niscaya  Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca
al-Quran
  sebanyak 10 kali.

12.Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka
membaca surah Yassin pada setiap hari,turunlah beberapa malaikat
berbaris
  bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan
Allah,
  menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan
jenazahnya".

13.Malaikat Maut tidak mau memaksa mencabut nyawa orang yang suka
membacaYassinsehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman
untuknya.Ketikadia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam
kuburdengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14.Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Siapa bersembahyang sunat
dua
 rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan
rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya
padahari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan
dan
  diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya, tetapi
barangsiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Saturday, August 14, 2010

Mahu cantik?

Dah lama godek2 internet (betul ke istilah godek2 ni?),terjumpa 1 blog yang kebanyakkan menulis tentang petua.Banyak betul petua orang-orang lama dalam blog tu.Siapa punya blog?Haaa,kalau nak tahu, tu la blog Pembaca berita TV1, rasanya semua orang kenal, Fareeth Ismeth Emir.Boleh layari  http://ensaiklopediapetua-petuamelayu.blogspot.com kalau nak.

So,kat sini nak kongsi sikit petua.Petua untuk menjadi cantik.

1. Kawal Pemakanan
Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan

2. Guna Pelembap yang Sesuai
Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembap sangat diperlukan. Carilah pelembap yang sesuai dengan kulit muka masing-masing.

3. Cuba Elakkan dari Pancaran Cahaya Matahari
Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari di dalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelembapan kulit yang membawa kepada kekeringan

4. Sentiasa Bersenam
Bersenam mampu meningkatkan keupayaan dan kesihatan. pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu

5. Minum Banyak Air
Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dengan meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamanya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan

6. Makanan Tambahan
Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan utnuk wanita 30-an. Kesibukan dengan tugasan di pejabat dan di rumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya

7. Elakkan Bermekap Tebal
Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan sederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang

8. Positif, Ceria dan Selalu Bersama Yang Tersayang
Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress


 p/s : Selamat mencuba kepada rakan-rakan. 

Sumber : http://ensaiklopediapetua-petuamelayu.blogspot.com/2010/07/cantik-itu-subjektif.html  

Thursday, August 12, 2010

Kelemahan di sebalik kebaikan


Aku tau,dah ramai yang pernah tengok tulang KFC ni.Tapi aku bukan nak cakap soal KFC. 

Tapi yang aku nak cerita ni memang betul-betul ada kaitan dengan aku.Kadang-kadang,kita tahu apa yang kita buat,tapi kita tak mampu nak cerita balik apa yang kita buat tu.Ye,aku percaya memang ada manusia yang dilahirkan sebegitu.Aku tidak terkecuali.Tak kisah dalam apa-apa keadaan pun,aku mesti alami benda yang sama.

Juga terjadi bila aku belajar.Aku faham,tapi apa yang susah sangat nk explain balik?Kawan-kawan tanya,mula la aku kalut nk buat ayat,sedangkan aku tahu.Satu cara je yang dpt atasi masalah ni,aku faham dan aku tulis. Tapi bila aku tulis,orang pulak yang malas baca.Kajian menunjukkan,rakyat kita malas membaca (tak semua).Atau aku adalah kategori budak teori,merujuk kpd seseorang yang lebih menjurus kpd bacaan/fakta semata-mata?

Berbalik kpd tulang KFC di atas,semua orang boleh bayangkan apa itu KFC.Tapi boleh tak bayangkan seperti gambar di atas dan cuba cerita balik macam mana boleh datangnya idea tu.Itu lah perasaan aku.
 

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan


Kepada semua umat Islam di seluuh Malaysia,Selamat Menyambut 1 Ramadhan.Semoga dengan kedatangan Ramadhan ini dapat memberi kita seribu satu pengajaran,kesabaran,dan pengertian kepada kita semua.Banyakkan amalan di bulan puasa ini dan diharapkan kita sama-sama mendapat keberkatan dan kekuatan sepanjang masa.InsyaAllah.

p/s : Sudah-sudah la buat kerja sia-sia.Tinggalkan apa-apa yang patut,jom tambah pahala. :)

Friday, August 6, 2010

Kubur yang haram

Artikel dari e-mail.


Terima kasih kepada pengirim e-mail.Kalau tak kerana e-mail,ramai juga tak tahu tentang ni.Sekali tengok,cukup cantik dan indah.Tapi sebenarnya kubur atau pusara sebegini adalah HARAM.Kenapa?

Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:
Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,
“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim) 



Selain itu, bunga-bunga/jambangan bunga juga adalah HARAM tetapi sering diguna pakai oleh masyarakat Melayu masa kini kerana terpengaruh dengan masyarakat Melayu kuno dan orang-orang kafir yang terlalu memuja si mati.

Merujuk hadis,adalah HARAM hukumnya apabila kubur dibina dari marmar (marble) kerana dianggap perbuatan tersebut tidak memberi apa-apa erti kepada si mati dan menunjukkan sifat bermegah-megah yang dimurkai Allah SWT.


*Gambar sebuah tanah perkuburan di Singapura.
Lilypie Angel and Memorial tickers