Friday, June 29, 2012

Mimpi pelik kembali lagi..

Semalam..

Selepas beberapa bulan tak mimpi pelik,akhirnya semalam mimpi pelik lagi. Kisahnya lebih kurang macam entri yang lepas 

Kali ni naik helikopter.Pilot kata dah tak boleh nak buat apa dengan pesawat,akan jatuh sekejap lagi.

Aduh.Aku tak suka mimpi macam ni.Bukan sekali dua,dah banyak kali mimpi lebih kurang macam ni. Bulan depan dah la nak naik flight lagi. Aku memang bermasalah bila naik flight.Dalam hati tu duk doa je harap-harap -tak ada benda yang menakutkan berlaku.

#Mimpi ke-2

Mimpi beranak.Begitu cekal dan tabahnya aku bila bersalin sorang-sorang. Tak sakit apa pun. Lepas tu buat tak tahu je.Siap cakap kat mummy.."Tadi rasa macam dah beranak,tapi tak tahu beranak ke tak.."

Mummy pun kata..aah,beranak la tu.Terus dia keluarkan uri dari perut.

Aduh.Tu mimpi merepek meraban jugak. Tu la kemaruk sangat tengok baby 2,3 hari ni..

Thursday, June 28, 2012

Orang Malaysia demand lebih..

Kadang-kadang nak tergelak pun ada..

Orang Malaysia..tapi terlalu berlagak sampai dia tak sedar dia duduk dalam Malaysia,belajar di Malaysia..bekerja di Malaysia, makan di Malaysia..mandi dan lain-lain, semuanya di Malaysia. Ohh,pengangkutan awam pun dia guna Malaysia punya.

Kisah pasal kereta.Katanya cukup benci dengan kereta Malaysia.Rosak sana,rosak sini..Terlalu banyak dia merungut. Merungut pandai, tapi bila soal nak bayar kereta,mula bising..Mahal la insuran kereta tiap-tiap bulan,tolak gaji dah tinggal berapa..Servis kereta lagi,mau RM500-600.

Nak tergelak aku..

Kereta Malaysia kan murah,kenapa tak pakai kereta Malaysia dulu,kemudian tukar la bila-bila.At least,tak la terbeban sangat..(Maklum la,si perungut tu baru je mula kerja,tapi agak demand macam dah kerja 10 tahun!)

Kadang-kadang bukan kualiti kereta tu yang teruk,tapi kalau dah guna untuk tujuan tak baik ke hulu,ke hilir  (malas nak tulis contoh), kereta yang bagus pun boleh hancur..Merungut pandai,tapi tak sedar masa ada kereta,pergi mana,tujuan apa,niat apa..tu pun faktor jugak kereta boleh jahanam.

Haih..ramai betul manusia macam ni..Nak demand aje!

Sunday, June 10, 2012

Makan-tak-reti-nak-habiskan-ke?

Nyum-Nyum!

Al-kisahnya,aku memang pantang tengok orang makan tak habis.Tak kira dia budak-budak,remaja,orang tua,semua aku kira.Marah bercampur geram.Dua-dua perasaan tu wujud.

Sepanjang 24 tahun,dah berpuluh-puluh ayat yang sama aku dengar.Mungkin juga satu doa yang terbaik pernah mereka doakan untuk aku bila aku yang menjadi tukang habiskan makanan-orang-yang-makan-tak-reti-nak-habiskan.;

"Bagusnya kau ni,dapat suami soleh nanti!" - kata mereka sambil tersenyum dan teruja tengok aku.

Itu yang pertama.Yang seterusnya;

"Orang yang belanja kau mesti puas hati dapat belanja kau,makan sampai licin.Berbaloi!"- kata mereka lagi

Ohh..Ada lagi rupanya;

"Bagus.Senang nak bela orang macam kau ni.Bagi je makanan apa-apa,confirm habis!"- Kata mereka.

Apa boleh buat.Dah tercipta untuk tidak cerewet bab makan.Alhamdulillah.Macam tu la agaknya.Tapi cerewet tempat lain tak tahu la kan.Hehe

Saturday, June 2, 2012

April dan Mei yang penuh suka-duka..

Setelah sekian lama tak bukak blog,hari ni ada jugak masa untuk update entri baru.Dah lebih sebulan tak bukak blog ni disebabkan kekangan masa.Berpegang pada prinsip,utamakan benda yang penting terlebih dahulu! Alhamdulillah,April dan Mei dah pun dilalui dengan penuh cabaran! Sedikit imbasan untuk April dan Mei;

Seminar on Quantum Dot Solar Cell & Related Technology

Seminar dua hari ni berlangsung di Amrec Sirim,Kulim Kedah bersama kedua-dua supervisor dan co-supervisor FYP. Thanks a lot kepada mereka yang banyak membantu dan bawak anak buah sekali untuk belajar ilmu baru dalam bidang ni.

Education Trip to Cambodia

Belum habis enjoy lagi di Kulim dan Penang,selang beberapa hari selepas tu,trip ke Cambodia untuk beberapa hari di sana.Segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah,selamat pergi dan selamat pulang semula ke Malaysia.

Hari-hari berikutnya adalah kembali kepada urusan project,thesis,technical paper dan viva sebelum berakhirnya FYP.Selagi lagi diberi kemudahan kerana semuanya lancar dan viva 24 Mei 2012 sudah pun berlalu.Apa yang tinggal sekarang, final exam untuk kali yang terakhir sebagai degree student pada 19 Jun 2012 nanti.InsyaAllah..semoga dipermudahkan segala urusan.


    Lilypie Angel and Memorial tickers