Wednesday, December 12, 2012

12.12.12 - Hari yang sepatutnya.........!

Salam 12.12.12

Hari ni,adalah tarikh sepatutnya aku target nak menikah.Lagi pun kalau kawan-kawan usik dulu,"Bila kau nak kawin?".Aku akan jawap,tunggu la 12.12.12 nanti.Sudahnya,awal sebulan la pulak.

Naisss.Aku bagitau parent nak kawin tarikh 12.12.12.Tapi parent tak setuju. Ayah aku kata,buat 15.11.12.Yeyyy,awal! Mood : Gatal.Ohh,hari ni jugak sebenarnya birthday ayah aku yang ke-? Hehe.Happy birthday to him.Tetiba jadi orang putih pulak. ;p

Camne sekalipun,Alhamdulillah,masih lagi bernyawa di bumi Tuhan ni dengan seribu rahmat yang telah diberi.Ni bulan penutup dan azam pun dah tercapai untuk tahun ni.Harap-harap tahun depan ada sesuatu yang lebih baik menanti.InsyaAllah.

7.12.12 yang lepas,birthday encik suami.Tapi aku tiada di sisi.Tapi takpe katanya,nak buat macammana,aku di utara dan dia di pantai timur.Telefon jela pengubat rindu.Aku kata sabarlah,dah dapat kan hadiah.Ye! Dia dapat hadiah birthday paling besar,AKU la tu.hehe ;)

Tentang tarikh ni,tiada yang menarik sangat.Tapi mungkin menarik kalau hari ni adalah weekend,confirm akan ramai orang menikah pada tarikh ni.Disebabkan ni cuti sekolah,cikgu-cikgu kita pun mungkin ramai yang pilih tarikh ni untuk kahwin.Cuti sebulan cikgu-cikgu kita.Seronoknya.Nak jadi cikgu boleh?

Kepada yang bercuti,selamat bercuti.Yang kerja,jangan stress ye! ;)






Tuesday, December 11, 2012

Cerita Kahwin 15.11.2012

Khamis,15112012.

Ini kisahnya.

8.00 Pagi - Aku dah siap mandi dan segalanya.Dalam hati berserah kepada Yang Maha Esa.Dia yang menentukan setiap perjalanan hidup ni dan manusia hanya merancang.Itu sahaja. Dekat 8.30pagi, juru-make-up datang dan bermula la sesi andaman.Naisss! 2 jam make up.Hasilnya,ohhh Tuhan,betul ke ni aku?
Semuanya dah siap,tunggu masa untuk majlis bermula.Tepat jam 10 pagi,tiba di masjid untuk majlis akad nikah.Berdebarnya hati Tuhan je tahu.Korang tak percaya,korang nikah ler pulak.Serius,sampai kebas kaki.Make up dah macam opera cina,tebal sana sini bersama bulu mata,kalah Che'Ta a.k.a Rozita Che'Wan.

Aku abaikan benda-benda lain seperti lauk-pauk dan bahagian dapur,mungkin ramai dah AJK terlibat.Aku raja sehari,buat tak tahu sudah.Yang penting akad nikah selesai jua nanti.Usah ditambah debaran si pengantin ni.Dah la baru sembuh je dari selsema akibat habuk-habuk di rumah sendiri.Padan muka! Sebelum ke masjid,macam ni la rupa khemah dan pelamin yang dah banyak kali dirasmikan tanpa pengetahuan pengantin.(Pengantin tak sempat nak berfikir urusan lain,asyik fikir status yang berubah!) Haha ;p

Khemah sebelum majlis bermula

Khemah tema kuning-putih jugak.Diuruskan oleh my-mummy! Tak perlu tanya.Semuanya kuning.Ohh ye,ada jugak yang tanya kenapa kuning.Aku kata,senang sikit,sebab dah ada langsir warna kuning kat rumah.So,tak perlu nak hias bagai nak rak sangat la lagipun aku anak last,tak guna jugak semua benda-benda tu.Kan kan? Dan ni pulak view pelamin;

Pelamin beserta gubahan hantaran ringkas ciptaan sendiri.
Ala-ala garden gitu.
Tepat jam 10.40pagi,selesai sudah majlis akad nikah.Sekejap aje sebab semua orang dah ada,tunggu pengantin perempuan je sampai.Tangan tak lepas dari sms bakal suami bertanya,"Semua dah ready?".Tambah jugak beberapa panggilan dari sahabat yang bertanya,"Rumah ila kat mana ye,masuk lorong mana?".Alahai,aku tak jawap kang,tak datang pulak.Bagitahu je,seribu rahmat dah kawan-kawan sudi datang ke Walimah-ku.


Lepas akad nikah,balik dan touch up sikit make up.Tak perlu tunjuk rupa aku di-make-up oleh mak andam.Kurang sempurna gambar tersebut.Kami mengejar masa,supaya sempat jumpa tetamu menjelang waktu Asar memandangkan baju ada 2,3 pasang jugak,nak jumpa kawan-kawan lagi,saudara-mara lagi.

So,diringkaskan,aku letak jela eh koleksi persalinan sekeping dua.

Persalinan pertama-Kurung Moden Kuning dengan kain kembang
Persalinan Ke-2-Baju Songket Bunga Tabur
Persalinan Ke-3 - Baju Kebaya Oren
Cerita pasal baju pulak. Baju ni kalau ikutkan,memang aku la yang pilih semuanya.Encik husband pulak menyerahkan kuasa veto kepada aku untuk pilih baju.So,nak tak nak,aku belasah jela baju yang aku rasakan berkenan waktu aku ke butik dulu tu.

Persalinan 1 - Baju Kuning ni memang dijahit khas untuk majlis aku sebab koleksi yang sedia ada memang dah lama sangat.Risau jugak kalau baju ni tak sempat siap dan aku terpaksa pakai yang lama.Tapi yang lama pun cantik jugak.Baju ni siap seminggu lebih sebelum majlis.Bila cuba pakai,wahhh,muat-muat je! Excited sebab jadi orang pertama yang pakai.Masa pakai baju ni,agak menyilaukan mata sebab cuaca memang sangat panas.(Hasil doa semua orang supaya hari tak hujan,biasalah pantai timur musim banjir bulan 11/12).Alhamdulillah.

Persalinan 2 - Baju Songket tu memang koleksi sedia ada dan agak besar berbanding saiz baju lain.Encik suami sangat berkenan dengan baju ni bila dah pakai dan aku pulak kata tak sesuai dengan aku sebab tudung yang tak berapa nak sesuai.(Tu la,last minit cari tudung!).Ayah aku kata dia suka baju yang ni dan aku macam..haaa?baju ni? haha. Family encik suami pun suka baju ni.Once again,haaa? baju ni jugak? Ok Fine.haha

Persalinan 3 - Baju Oren terang tu last choice yang aku buat beberapa hari sebelum majlis.Kalau ikutkan,aku berkenan dengan baju turqoise dan baju biru lace yang ada display kat butik.Tapi aku pun tak tahu kenapa aku macam nak ambik baju ni.Ahh,belasah jela.Baju ni la yang paling lama aku pakai sebab ni persalinan yang last dan baju ni aku guna untuk jumpa dengan tetamu masa petang tu.Mak andam pun dah balik.

Fuhh,akhirnya setel jugak entri ni.Kalau korang nak tau,entri ni aku dah lama tulis,tapi simpan kat draft je sebab tak cukup masa nak menaip.Seminggu sekali aku edit entri ni.Biasalah,Cik Puan!Ekeke.

Oklah,cukup sudah kisah 15.11.2012 yang penuh warna-warni. Jumpa lagi di entri lain.Tata!



























Sunday, December 2, 2012

Sudah bertukar status!

Assalamualaikum 

Alhamdulillah,syukur kepada Yang Maha Esa,saya sudah pun bertukar status! Macam tak percaya,sekelip mata aje dan jadi Puan.Ramai yang tanya apa perasaan.Fuhh,sila la kahwin sendiri dan jawap sendiri perasaannya macammana.

Sejak dah berkahwin ni,tak usik pun blog.Kesian blog.InsyaAllah,lepas ni dah banyak masa untuk online memandangkan si pengantin telah pun kembali ke kehidupan yang normal seperti sedia kala.

Sedikit gambar untuk tatapan semua yang membaca dan singgah ke blog ni.Nak upload banyak tak mampu.Bukan tak mampu,tapi malas! Hee ;p

Selepas sah menjadi suami-isteri

Encik Suami dan Saya
Cerita tentang pengantin dan kisah cinta bermula bakal menyusul tak lama lagi.Harap-harap lepas ni ada masa untuk tulis entri lain. Kalau senyap lama tu,memang sah malas menaip.Hee ;p


Sunday, November 11, 2012

Entri 4 - Muka cuak!

Assalamualaikum.

Selamat bercuti di hujung minggu.Selamat bercuti cikgu-cikgu dan adik-adik yang bersekolah.Selamat bercuti jugak rakyat Kelantan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan.Daulat Tuanku! ;)

Semalam tulis status kat fb,masih berbaki 4 hari dan tidur pun tak lena.Ada yang tanya preparation.Aku kata almost 80.79% ready.Siap ada titik perpuluhan.Nak dijadikan cerita semalam paling tak lena tidur.Mata taknak tutup walaupun dah satu jam baring.Last tengok jam pukul 2.30pagi.Maknanya selepas 2.30pagi la mata berjaya ditutup.

Ingatkan dah selamat lena sampai pagi.Bangun tengok jam kat hp,laaa baru pukul 5pagi.Terjaga la pulak.Alahai,kenapa la awal sangat mata bukak?Aku tak suka sedar sebelum masa yang sepatutnya.Cuak sangat ke aku ni? Kuang3x

Jeng.Jeng.Jeng.Muka cuakk! ;p
Ok.Preparation setakat ni.Nak view la sikit gambar gubahan hantaran.Tapi jangan bajet cantik sangat.Simple aje yang aku mampu buat.Maklumlah,tak kreatif-kata encik bakal husband.Dia kata lagi aku bab-bab design memang fail.Entah.Tapi aku rasa dia design lagi teruk.Kihkihkih. ;p

Ni la view yang tak berapa banyak nak boleh view sebelum sampai masa.

Kuning dan Putih
Warnanya sengaja buat kabur.
Warna sengaja buat kabur.Tak nak bagi orang buat expectation awal.Kadang-kadang indah khabar dari rupa.Malu i nanti.hek3x ;p

Tinggal lagi beberapa perkara yang perlu diselesaikan.Eh,aku rasa macam blog kahwin pulak.Sekali je,lepas ni dah takde entri kawin mawin ni.Harap-harap semua berjalan lancar sampai la habis majlis sambut menantu 17 Nov nanti.InsyaAllah.


Thursday, November 8, 2012

Kenapa dengan Celcom ni?

Haih..dah 2,3 hari Internet slow.Sebelum ni tak pernah slow sampai tahap macam ni. Biasanya lepas Subuh bukak Internet guna broadband Celcom kat sini memang laju,tengahari jela kalau dia nak semput. Ni tak,dah 2 hari rasanya memang tak pernah laju.Kesian i..nak berhibur dengan Internet pun susah. (Nak bukak fb pun lambat,apa pun tak bolehhhhhhh!) ;(

Ini wilayah Celcom. ;p

Hari Ahad kalau tak silap,Celcom memang problem.Kebanyakan orang bermasalah bila nak send SMS kan? Termasuk lah aku..jenuh tekan send lebih 10 kali,tak jugak sampai kat penerima. Dugaan apakah ini. Tak nak kasi aku buat benda yang sia-sia la tu. Sejak dari tu,Internet pun slow jugak. Kata Celcom,tengah nak upgrade.Baiklah.Cepat-cepat baik tau!

Aku malas nak bising-bising tanya orang kenapa Internet aku slow.Sah-sah jawapan diorang memang buat aku stress..

"Dah kau guna berukband sape suruh?"

"Kau guna berukband apa?Celcom? Memang hampeh la..Guna la berukband lain!"

Ehh,hello! Aku nak jawapan yang sedap sikit aku dengar,pls? Tolong la sedapkan hati aku sekali je,boleh? Haha ;p. Berbalik kepada masalah Celcom hari Ahad yang lepas, ada jugak kawan yang kata,SMS yang dihantar malam tu free. Dia tak ada credit,tapi dia boleh hantar SMS. Aku macam,ehhhh.yeke? Emm,tapi takut nak cuba sebab aku guna bill. Buat nya dia kira dalam bill,mamfuss i.. ;p

Cepat-cepat la baik wahai Celcom.Tak kira la line phone ke,broadband ke,asalkan Celcom.Jangan buat pasal time-time sibuk macam ni. ;)

Wednesday, November 7, 2012

Entri 8 - Seminggu yang bermakna

Assalamualaikum.

Tepat jam 12 tengah malam ni,genap la malam 7 likur..ekeke.Malam di mana 7 hari berakhir kehidupan bujang.Ohhh..begitu sayangnya zaman bujang yang penuh pancaroba.Boleh ke sana,ke mari sesuka hati! Yang penting,hang out dengan siapa-siapa pun tak ada orang kisah.Yang tu sebenarnya nak highlight! ;p

Ulangkaji balik persiapan-persiapan hari-hari sebelum.Macam biasa,tugas bakal pengantin.Tak lain dan tak bukan urusan barang-barang kahwin la kan. 5 dulang hantaran dah siap digubah (buat sendiri tau!). Kalau buruk sori,malu muka i jugakkkkk.Sob3. ;(

Kedua,urusan pakaian dan lain-lain dah 3-4 kali aku pergi jenguk.Saja kasi orang stress. Bodek-bodek apa yang patut.Mintak jangan diperdajalkan pelamin udah ler yob!

Gambar hiasan semata-mata. ;p

Kalau ikutkan tema,warna kuning. Tapi gubahan tu ada campuran warna lain.Yang aku tenga fikir sekarang,kombinasi warna untuk kuning. Matching dengan warna apa eh nampak cantik kat bilik pengantin? Tu la..bab-bab seni ni lemah sikit,dulu masa sekolah tak nak ambil Pendidikan Seni,nak jugak ambil Pendidikan Muzik..dah susah,tak kreatif langsung otak.Adeh.Idea..pls come to mama! ;p

Itu aje untuk sekarang.Masih berbaki beberapa dulang hantaran yang belum siap. Juga door gift untuk tetamu.Dan juga urusan untuk ambil baju. ;)

Saturday, November 3, 2012

Majalah Mangga dan Artis di tepi kolam

"Cinta terlarang...bagai terbuang..
Dalam rimba yang gelap dan penuh duri...
Mestikah aku meratap..
Membinasakan diriku..
Atau kubiar saja..ia berlalu...."

- Sentuhan Kecundang-

Wawawa!

Sedih pulak bila layan rock-rock kapak zaman tadika. Nasib baik sempat kenal lagu ni. Nak harapkan member aku yang anak sulung nak tahu lagu ni? Jangan harap! Dia membesar dengan lagu Tomok New Boys - Sejarah Mungkin Berulang..Suatu zaman di mana Majalah Mangga sangat femes dengan artis berada di tepi kolam renang.

Indahnya rasa.Beginilah rasanya bila online sambil tulis nama pada kad jemputan. - Mengundang tetamu datang ke majlis kenduri nanti. Sambil membayangkan tengah lengkap berbusana pengantin.

*Pause*

Tiba-tiba bau masakan yang sedap.Ohh,rupanya jiran sebelah tengah menumis bawang.Baunya.....mmmm...Sedapp!!! Alhamdulillah.Bersyukur kerana Tuhan masih kurniakan aku deria bau yang cukup baik. 

Tentang bait-bait lagu di atas.Sekali lagi aku katakan seperti dalam entri sebelum ni,bila berdarah manis,segala cabaran dan dugaan memang banyak. Masa tu la akan jumpa calon-calon perfect.Masa tu la setan akan musnahkan segalanya.Masa tu la kenangan-kenangan lalu datang tanpa diminta.Caiyok!!!..12 hari lagi....Banananaaaaaa! ;p



Thursday, November 1, 2012

Entri 14 - HIV Test dan Kisah Setem

Hati berdebar kencang!

Dah masuk November.Macam-macam benda dalam kepala ni.Banyak sangat fikir itu dan ini.Persiapan setakat ni Alhamdullilah.Kalau dah cuti panjang tu,agak setel la jugak bab-bab persiapan. Hari Isnin lepas dah buat HIV Test di klinik kesihatan.

Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan
Dah siap.Boleh bagi kat Pak Imam!
Alhamdulillah,semua ok! Boleh dah submit semua borang-borang nikah kahwin. Gubahan barang-barang hantaran pun not bad. Dah siap 5 dulang,buat sendiri aje.Teringat kata-kata encik bakal suami, kalau tak cantik memang dia nak gelakkan sebab dia punya gubahan hantaran cantik-cantik. Biarkan dia! haha ;p

Ni kisah setem.Selama ni aku pos kad kahwin guna setem 50sen masa kat Perlis.Tiba-tiba pergi pejabat pos semalam nak order lagi setem 50sen.Dia tanya aku nak buat apa dengan setem 50sen? Aku kata nak hantar kad kahwin..Dia balas,kalau kad kahwin 60sen. Erk! Selama ni aku hantar kad guna setem 50sen tu nasib baik sampai.Tapi aku puas hati sebab member kat Sarawak pun boleh lepas dengan setem 50sen tu. Tuhan tolong~ ;p

Akak kat kaunter tu tanya lagi,sampul warna apa.Aku kata kuning (padahal tak la kuning sangat pun), dia kata nak selamat 80sen. Adoi! setem pun macam-macam la. Time aku kecik-kecik dulu setem 30sen tu boleh sampai KL.Setem pun nak naik harga? Tak kira,aku beli yang 60sen jela. Habis bajet la beli 80sen kalau beli sampai 70 keping. Harap-harap kad yang aku pos sebelum ni sampai la ke penerimanya. Risau kot diorang yang kena denda sebab kad tu tak cukup harga setem. ;)

Apa lagi nak bebel? Cukup setakat ni dulu.Sekian. ;p


Friday, October 26, 2012

Entri 19

Salam Aidiladha semua!

Kali ni baru rasa suasana balik kampung betul-betul punya.Malam sebelum raya baru sampai rumah.Mana tak nya,sesak teruk jalan menghala ke Kelantan.Nak dijadikan cerita,sehari sebelum raya baru balik.Sempat la pos beberapa kad jemputan yang tak sempat nak diberi 'by hand' gara-gara kalut nak setelkan semua sebelum bercuti panjang.

Aidiladha terakhir sebagai anak dara.Lepas ni jadi wife orang.Sah-sah kena 'OSOM' dulu dengan husband sebelum balik kampung. Kalah osom,sila la pulang ke pangkuan rumah mertua.

Sebelum balik,beberapa benda yang aku perlu setelkan di utara tanah air;

  1. Banner kedua-dua majlis (done)
  2. Paper bag tambahan untuk doof gift tetamu (done)
  3. Bunga telur tambahan (done)
  4. Print sticker untuk door gift (baru separuh print)
  5. Print kertas untuk papan tanda arah lokasi majlis (done)
  6. Inai untuk majlis (done)

Sempena raya ni,sambil makan lauk-lauk korban, sambil bagi kad jemputan. Best jugak.Bagi time orang tengah makan,boleh 'study' terus kad jemputan.Adat la sedara-mara,


"Encik abang orang mana?"

"Encik abang dah kerja? Kerja kat mana?"

"Umur encik abang berapa?"

"Macam mana kenal encik abang?"

"Yang mana satu eh encik abang,tak ada gambar?"

"Hantaran berapa?"


Soalan tu dah berbuih mulut aku jawap.
Lantak lah,siapa-siapa pun bakal suami dan apa-apa jua yang melibatkan aku dan si dia,biarkan aje.Yang penting majlis tu berjalan lancar dengan keberkatan dari-Nya.

Untuk persiapan majlis,kata encik bakal suami, berjimat la sikit.Kahwin memang sekali je dalam hidup seseorang (mudah-mudahan) tapi kehidupan selepas kahwin tu lagi lama. Ok,baik bos! ;)



Sunday, October 21, 2012

Entri 24 - Treatment

Kembali lagi selepas beberapa hari menulis.

Entri yang lepas aku dah cerita pasal Bleeching. Tak baca? Boleh baca kat Entri 26.


Entri 24 hari ni sebenarnya nak bagitau yang aku dah selamat buat proses bleeching. Haha. Lepas ambil masa beberapa hari survey,akhirnya sampai jugak aku ke pakej tersebut. Untung pulak masa tu tengah ada promosi. So,dipendekkan cerita, aku ambil jela pakej yang ada Bleeching, Body Scrub dan Facial Treatment. Sebenarnya ada banyak pakej, tapi sebab aku jugak pentingkan facial treatment, aku terpaksa ambil pakej ni je yang ada facial sekali.

Manjakan diri!

Harga not bad.Yela,promosi kan? Boleh tahan la.Tak perlu aku ulas lebih-lebih. Harga spa! Haha

First time buat bleeching,luntur habis semua kesan-kesan degil kat badan.Krim bleech warna putih, bila bilas (mandi), habis semua keluar warna kuning air tu. Euwww,kotor gila badan! Takpe, aku suka! Kesannya,kulit agak cerah sikit berbanding dulu. Sikit je pun! Haha.

Next, body scrub. Yang ni sah-sah semua orang pun tahu. Kalau agak-agak malas nak buat sendiri macam aku,sila la pergi ke Spa dengan membawa duit yang secukupnya. Tapi senang buat kat spa jela,sebab orang yang buat kan,kita relax aje! Haha

Last sekali, facial. Al-maklum,muka aku banyak jeragat dan tone warna tak sekata.Kesian,muda-muda dah ada jeragat.Tu la,kecik-kecik malas jaga muka.Sekarang,menyusahkan diri sendiri je kan,kena buat jugak facial treatment. At least, daripada tak hilang semua, hilang sikit pun jadilah.Kan kan?

Untung awek-awek semua, kalau malas dan tak ada masa sangat nak jaga muka,badan dan rambut,sila la ke spa. Tapi tak perlu target sekali pergi dah cukup. No! Kena pergi banyak kali supaya kesannya boleh nampak dan kita pun puas hati. Sila percaya.Sekian.


Friday, October 19, 2012

Entri 26 - Bleeching

Kahwin itu senang dan mudah seperti yang dituntut,bersederhana.

Tapi apa yang banyak sangat hal? Masyarakat kita sekali dengan mentaliti masing-masing.Justeru (fuh,skema habis!) Entri hari ini aku cipta sempena genap 26 hari sebelum hari keramat tu.

Orang tanya aku persiapan macam mana.Kata aku,ok jeeee! 

Kawan-kawan pulak sibuk tanya,dah pergi bleech? Aku yang agak kuno ni tertanya-tanya jugak,ape kehei nye bleech-bleech ni? Ohh,rupanya cerita tentang alam Spa. Entah,dulu tak pernah pun tau.Sekarang baru tau,yang aku tau body scrub je.Ok.agak lambat di situ.Bunyinya macam menarik.Luntur habis habaq hang! - member la kata. Tak boleh jadi,kena pergi jugak.Tiba-tiba sesuai pulak kan untuk aku yang tak berapa nak cerah ni. Haha

Untung wei,bakal pengantin duk dengan housemate seramai 8 orang anak-anak dara semua ni..Banyak jugak benda baru yang aku baru tau. Yang aku ni pulak sah-sah sebelum ni tak cukup pengetahuan. Tahu pergi kelas,balik,makan,online fb.Itu je.Benda lain haram tak tahu.

Mesti nyaman!
Nak tahu lagi boleh ke website ni ; Pakej Bleeching di Spa

Entri 26 berakhir kat sini. Lepas ni apa lagi yang aku nak bebel,nantikan menjelang hari keramat tu.




Wednesday, October 17, 2012

Cinta Abadi

Syahdu.

Memori lama menggamit kenangan.

Godek-godek youtube,jumpa video Erra Fazira ni.Sweet gitu.Muda lagi.Sekarang pun cun lagi. Aku lupa yang aku pernah suka lagu ni dulu..Cinta Abadi.

Apa yang buat aku jumpa lagu ni adalah disebabkan aku tengok Anugerah Blokbuster.Tengok Erra perform.Ohh,rupanya lagu ni dulu aku pernah dengar.Terus download.


Untuk dia..untuk diaa!

Untuk dia..hey! Untuk dia..hey!

Wah.Lagu Najwa Latiff memang bagi kesan kat aku.Seminggu-dua ni aku berjaya mengejutkan semua orang dengan jemputan-jemputan khas untuk majlis yang tinggal kurang sebulan lagi.Ye,majlis kahwin.

Seperti lumrah,banyak kad yang dipos,dan banyak juga yang aku kasi 'by hand' je..Jimat kos setem.Memang,bila saat-saat dan ketika macam ni,10 sen pun aku kira.Terpaksa! Bukan aku kisah sangat pun dulu.Setakat 10 sen dulu jatuh kat tanah aku biarkan aje.Bukan riak,tapi tu lah tabiat buruk aku,suka membazir! Sekarang ni,agaknya sebelum 10sen jatuh ke tanah,aku tengok dulu,ada ke tak duit jatuh.Kalau ditakdirkan terkambus dalam tanah pun aku sanggup kutip.

Antara pengalaman-pengalaman aku sebarkan kad,banyak kisah-kisah yang aku sendiri rasa nak tergelak.

Pertama, antara orang pertama yang dapat kad adalah classmate aku. Memang otai bawak beg besar-besar letak kad jemputan dalam tuh masuk dewan konvokesyen. Orang sibuk tunggu turn nak naik stage,aku ambil peluang pass kad jemputan kat classmate aku. Pelbagai reaksi ada.terkejut,terharu,dan tak sangka semua ada.Aku teruja jugak tengok muka semua orang masa tu.

Kedua, orang yang dah kenal aku lama,tapi tak pernah tau dengan siapa aku nak kahwin sebab tiba-tiba dapat kad. Dia dah tengok aku pass kad, pandai pulak dia cakap aku nak kahwin. Bila aku nak bagi kad kat dia,dia tanya kita balik.."Laaa..betul ke nak kahwin?"

Ketiga, aku ajak seseorang bergambar konvo bersama-sama.Dia bisik kat telinga aku "Lepas ni boleh la cik ila kahwin kan?".Dua minit kemudian,aku datang kat dia bawak kad jemputan. Memang senyap terus. Tak sangka mulut masin agaknya.

Keempat, aku bagi kad pada seseorang.Datang lagi seorang entah dari mana.Sebenarnya kad untuk kawan yang baru sampai ni aku tak bawak sebab tak sangka akan jumpa kat situ. Dia nampak kad dan dia kata, " Lepas ni siapa nak geng dengan aku lagi?" Ok.Sedih aku dengar.

Kelima, bagi kad pada salah seorang yang banyak berjasa untuk tesis aku. Muka bersahaja. Katanya  "Yeyy,budak ni kad kawin,tahun depan dapat la baby budak ni.".Sambil-sambil korek kisah-kisah aku yang terdahulu.Gila apa nak cerita semua.Cerita mukadimah jela.Hee ;p

Keenam, biasanya dapat kad, korang-korang semua ni laju je nak tengok nama pasangan.Awat? Aku curi boyfriend korang? Sorry! haha. 

Ketujuh, lumrah ke sekian kalinya, ucapan tahniah dan persoalan, "Kahwin dengan orang mana?,Dia kerja apa?".Nak je cakap kahwin dengan menteri.

Kelapan, untuk pertama kali nya aku jadi emo lepas bagi kad pada seseorang. "Saya nak bagi kad!"dengan nada slow motion dan hati berdebar.Bagi macam tu je tak cakap apa-apa. Turun tangga, rasa sebak dan menangis dalam kereta sambil tekan minyak lalu highway.Dalam hati,kad ni memang untuk dia..untuk dia!!! Persoalan,kenapa aku menangis? Haaa..Rahsiaaa! 

Feedback yang aku dapat masa bagi kad adalah semuanya terkejut sebab aku tiba-tiba bagi kad jemputan.Yela,dalam FB tak ada,cerita pun tak pernah,tunjuk gambar pun tak ada,update status cintan-cintan pun tak ada. Yang disangka nak kawin pun tak kawin-kawin jugak.Yang tak disangka-sangka kawin pulak nak kawin. A big surprise,kata mereka.

Kesimpulan : Perasaan aku bercampur-baur sekarang.Betul ke aku nak kahwin?

Saturday, October 13, 2012

2-3 tompok sisa

Dua hari lepas.Perjalanan pergi balik ber'total'kan 60km pemanduan sedikit mengecewakan.

Siang-siang hari buat,ada makhluk meninggalkan 'barang' berharga pada cik teletubbies purple aku masa drive kat highway.Barang berharga yang aku maksudkan ada berupa 2,3 tompok sisa najis yang sengaja di buang pada cermin kereta aku. Kena sekali,tak apa..sabar je.Kena untuk kali ke-2 dan ke-3 memang menguji iman aku.Pasrah jela.Nak buat macam mana,dalam banyak-banyak kereta,kereta aku jugak dia pilih.

Persoalan aku sekarang tuan-tuan dan puan-puan,

Burung ada perasaan tak untuk buang najis ikut warna tempat dia nak buang tu? Dia suka warna-warna metallic ke,solid ke? Ke main belasah je buang? Kalau aku ada kuasa faham perasaan burung,aku dah lama tanya diorang.Suka kaler purple tak? Pink ke? 

Aku habis pasrah masa tu.Ditakdirkan petang tu hujan lebat yang menggila. Dengan kuasa Tuhan, hilang semua 2-3 tompok sisa.Licin pulak tu.Fuhh,nasib baik! Pengajaran,jangan marah pada burung,InsyaAllah,tompok tu hilang.Haha

Tuesday, October 9, 2012

Pandai berenang?

Kisah mimpi bodoh datang lagi.

Sebelum aku lupa mimpi semalam,baik aku tulis dalam ni. Mimpi pergi kolam renang bersama dua lagi rakan. Cool tak cool...merentasi kolam naik kereta wei! Dah macam bot kereta tu haa..Member yang bawak kereta tu atas air. Syok jugak.Macam feri Langkawi.

Aku pelik,kenapa bila sampai bucu kolam baru dia nak U-turn. Kata kawan aku, kolam ni ada tempat yang dalam,ada tempat yang cetek.Kira hujung-hujung kolam tu cetek la,so boleh U-turn dengan selamat dan tak tenggelam. Serius merepek.

Lepas U-turn,kereta entah ke mana tiba-tiba hilang pulak. Terus berenang gaya bebas. Part ni memang best. Di alam nyata,aku tak pandai pun berenang. Tapi dalam mimpi, aku ibarat macam perenang kebangsaan. Kalau masuk SUKMA memang ada chance dapat pingat,serius! Dalam mimpi pun aku boleh persoal,owh...sebenarnya hebat jugak aku berenang.

Tak tahu kesudahan apa.Sedar-sedar bunyi alarm untuk Subuh. Turun tangga dengan kusut masai dalam keadaan tertanya-tanya,betul ke aku pandai berenang.Sampai toilet,baru la aku sedar yang tadi tu mimpi. 

Haihhh.

Kenapa la mimpi berenang yang tak ada kena mengena dengan kehidupan seharian aku semalam.

Wednesday, October 3, 2012

Sensitif lebih

Aku cepat hangin..

Kadang-kadang aku malu bila aku ni sensitif sangat. Padahal orang cuma bergurau,tapi aku over pulak kecik hati.

Ex kepada ex-ex boyfriend aku pernah kata,aku ni terlampau sensitif,cepat betul terasa hati. Aku bila kecik hati memang aku serius.Tapi lepas reda tu,aku rasa macam..Mak aii..tak perlu la kot nak terasa bagai. Sekarang aku sedang cuba untuk hilangkan rasa sensitif. Bukan gigi sensitif ye tuan-tuan dan puan-puan.

Caranya mudah aje.

Bila agak-agak rasa kecik hati,fikir la satu statement berapi yang boleh buat dia pulak sakit hati. Tidak digalakkan mencuba pada anda semua. Hanya aku saja yang boleh cuba. Tu je cara yang boleh buat aku tersenyum puas hati. Gelak jahat.

Dah.tata! ;p

Monday, October 1, 2012

Secara rasminya sudah grad!

Entri hari konvo yang lepas (29 Sept.2012)

Alhamdulillah.Tak perlu terlalu bangga dengan segunung ijazah,hidup masih perlu untuk diteruskan.Kita dituntut untuk berjaya dunia akhirat.

Konvo ke-2 di sini.

Cukup hanya sekeping.Banyak lagi perkara lain yang perlu disetelkan.Sengaja taknak diperbesarkan.Alah,orang lain pun grad juga,ye tak? ;)

Syukur pada Yang Esa.Tanpa IzinNya,tiada kejayaan di sisi sesiapa.

Friday, September 28, 2012

Janji Melayu yang dikotakan

Tak suka.

Orang tu cakap kat aku,biasa la ila...janji melayu.

Deng.Dia dah tau itu janji melayu,tapi dia sendiri pergi 'kotakan' janji seperti janji melayu.Ehh, dia ni..Sampai bila bangsa nak maju? Aku malu jumpa orang macam tu.Dia dah mungkir janji,dia sendiri yang cakap biasalah,janji melayu. Habis kau nak anak cucu keturunan kau jadi si pemungkir janji?

Tolong la ubah persepsi.Tak semua orang macam kau.

Ramai lagi orang yang tahu tepati janji.Jangan memperlekehkan bangsa sendiri la bro.Kau tak tepati apa-apa yang kau janji,jangan janji dengan orang.Kesian aniaya orang.Apa perasaan kau kalau orang buat macam tu pada anak cucu kau nanti? Kalau orang buat macam tu kat kau tak apa sebab kau memang suka sangat dengan janji melayu kau tu kan.Anak cucu kau? Kesian orang-orang teraniaya.

Harap-harap kawan blogger pun sama.Jangan pandai janji,bertanggungjawap la sikit.Tak susah pun kan?

p/s : Tiada kena mengena dengan janji politik.Harap maklum.




Monday, September 24, 2012

Tak suka dashboard blogspot baru.

Ini serius.

Bulan lepas aku degil malas tukar new blogger interface. Tiba-tiba sekarang blogspot yang tolong tukarkan. Apa aku boleh cakap,tak best langsung.

Kesannya,aku sudah malas nak blogwalking.Yeyy! Mintak maaf semua kalau aku tak melawat blog korang. Tak cantik.Tak ada rasa nak explore blog.

Deng! Tapi tak apa. Aku silent reader, aku melawat jugak dalam diam.

Sekian.

Senyum tak berbalas

Aku tak tahu pulak ramai orang yang aku jumpa sangat kedekut nak senyum. Yang aku pulak belum apa-apa dah senyum.Haih,nasib badan la jumpa dengan orang suka bermuka masam.Aku senyum je pun,tak usik langsung awak tu.

Ke mak dia pesan,jangan senyum kat sebarangan orang? Ok.Kalau tak nak senyum,at least balas senyum kambing kat aku pun tak apa. Tak luak la cik kak oi. Ni aku pulak dah rasa segan nak senyum sebab tak berbalas.

Siapa la kita nak menyekolahkan orang? Tapi sekurang-kurangnya hargai la orang senyum.

Dah lama aku duk perhati.......

Tunggu jela pasni apa aku nak buat.Apa aku buat? Sah-sah la aku berani mati pergi tanya,"Memang tak suka senyum eh?"

Kucing pun senyum,rileks je!

Alahai. Apa korang rasa bila senyum kat orang,orang macam tak ada perasaan nak balas balik senyum tu? Rasa macam...Eeeee,kalau tau awal-awal,memang tak senyum dah la.

Wednesday, September 19, 2012

Mereka bilang...

Mereka bilang,

Kalau diuji sesuatu dari Tuhan,jangan marah,jangan cepat melenting.

Mereka bilang,

Ada la tu silap kat mana-mana tanpa sedar.

Mereka bilang,

Padan muka..tu la...

Mereka bilang,

InsyaAllah..ada hikmah tersembunyi dalam ujian itu..

Mereka bilang,

Manusia tak pernah lari daripada ujian Allah S.W.T

Mereka bilang,

Sabar dengan ujian,kuatkan hati,Tuhan mahu uji iman kita

Mereka bilang,

Ujian itu harus ada sebagai satu pengajaran dan muhasabah diri

Mereka bilang,

Ujian adalah salah satu cara Tuhan nak kita dekatkan diri pada-Nya

Mereka bilang,

Tak perlu rasa sedih dan kecewa dengan ujian yang dihadapi

*STOP

Mereka bilang terlalu banyak bilangannya.
Mereka juga ada sifat simpati yang mendalam.
Mereka juga satu hari nanti bakal diuji,tak seberapa segera,mungkin masa tua?
Mereka juga ada pelbagai ujian yang bakal dihadapi.
Mereka boleh leka sekarang,tapi tidak bila berlaku ujian.
Mereka melihat sang penerima ujian,dan mereka punya banyak sifat semasa melihat ujian orang lain.

Dan didoakan semoga mereka di atas tidak leka dan tak lupa untuk bersedia menerima ujian.Bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Monday, September 17, 2012

Tenang dan selesa

Rezeki ada di mana-mana.
Bukan untuk menyedapkan hati,tapi sebagai salah satu cara bersyukur terhadap yang Maha Esa,Pencipta Abadi.

*Stop*

Dah sampai sejak beberapa hari.Mula-mula homesick,rasa tak tahu nak buat apa.Tambah-tambah pulak ada satu benda ajaib yang perlu dijaga depan rumah.Ye,benda tu ajaib.Sebelum ni tak ada.Tiba-tiba ada.Nak kena jaga macam anak kecil.Teka la kalau nak tau sangat.

Kehidupan menyewa bermula untuk kali ke-2 selepas tahun 2009.Tapi ongkosnya lebih kalau nak dibandingkan dengan dulu.Ahh,semua benda pun perlu pakai duit.Duit boleh dicari.Ikhtiar itu perlu.Bukan masalah besar.Seperti ayat mula-mula tadi,rezeki ada di mana-mana sahaja.

Di sini,semua ada.Tak perlu susah hati.Kawasan strategik.Tak perlu takut sangat,tak perlu homesick sangat.Selesa dan puas hati.Alhamdulillah.

Tuesday, September 11, 2012

Novel oh Novel

Now playing : Fiona -4U2C

*Pause*

Sunyi la pulak lagu tiba-tiba diam.

Hmm.Tak tahu kenapa,rumah aku banyak novel.

Dan tak tahu kenapa,zaman sekolah dulu aku suka novel.Sekarang aku rasa nak muntah tengok novel.Alasan,apsal kena baca novel?Buku doraemon lagi bagus.Novel-novel tu semua kakak aku yang punya.

Cinta oh cinta
Buku doraemon tu aku yang punya!

Lagenda budak setan pun ada!

Upload itu aje.Lebih-lebih nanti korang cop rumah aku library pulak. Bukan setakat novel,segala tok nenek majalah pun ada. Meh-meh,nak bukak kaunter pinjaman.

Dulu aku librian.Percaya? Tak percaya tengok ni;

Sanggup pulak buat benda tu sendiri.Adeh!

Kan dah kata,aku librian,dah percaya? Librian main-main. Sengal pun ada.Tak ada kerja,pergi cari kerja.Aihhh..kenapa la aku macam tu zaman dulu.Haha 


Sunday, September 9, 2012

Koleksi buku cerita kanak-kanak dulu

Haih.Ni betul-betul rindu ni.Masa kecik dulu tak sabar nak dewasa.Sekarang..haa..amik,rindu nak jadi budak-budak semula.

Hari tu jumpa buku-buku lama zaman budak-budak dulu.Gelak sorang-sorang pulak time tu.Adeh.

Cerita-cerita dongeng
Tengok la,abah conteng tulis dalam English.Oh! My English.
Red Riding Hood! ;p



Hmm..baik punya simpan,dah berbelas-belas tahun.Tapi ada satu lagi yang aku malu nak tunjuk,tapi nak tunjuk jugak.haha

Apa kejadahnya entah dalam buku kena ada biodata.

Haish.Malu tapi tunjuk jugak.Ye,aku tak ada bakat melukis.Jangan gelakkan.Lagi satu,cita-cita nak jadi doktor tak tercapai juga.Kecewa. ;(

Saturday, September 8, 2012

Peranan huruf pertama pada nama

Aku agak penakut orangnya.

Terpengaruh dengan permulaan nama yang bermula dengan huruf S. Serius, sejak zaman sekolah,cikgu akan mula dengan nama bermula abjad A. So,kalau ada apa-apa event atau oral test yang ikut susunan abjad,aku goyang kaki dulu sebab malas nak fikir,ala..boleh tanya orang yang dah lepas.Tapi berdebarnya boleh tahan kencang.Bila turn kita,cuak wei..lepas tu kawan gelakkan sebab kita baru nak mula.

Begitu juga susunan dan dewan exam,juga agak jauh berbanding kawan-kawan rapat.Setakat nama aku ni,boleh duduk dengan golongan Syed,Sharifah dengan Wan jela kat belakang. Kat universiti pun sama,jenuh nak mencari nama aku meja ke meja.Kalau dewan ada beribu-ribu orang, dah jumpa nama dekat dengan abjad,terus je aku follow sampai ke belakang..tengok-tengok,laa..kat depan sekali rupanya meja aku.Penat je melenggang sampai ke belakang dewan.

Waktu nak ambil SPM,sedih jugak.Disebabkan dewan tu saiznya kecik,nak menampung 143 calon dalam satu dewan tak muat.Terpaksa la nama-nama abjad kat bawah ni ambil exam dalam kelas je,tak merasa la nak rasa jawap SPM dalam dewan.

Tapi untung la,nama-nama hujung ni hebat dan berpangkat;

R- Raja
S- Syed/Sharifah (Siti Nurhaliza pun boleh) ;p
T- Tuan/Tengku
U- Ungku
W-Wan

Sepanjang berada sebaris dengan kawan-kawan berpangkal nama abjad-abjad tu,rasa macam...wow! thanks abah dan mami,meletakkan aku sebaris dengan mereka walaupun aku bukan dari golongan raja,sharifah,tuan,ungku dan wan.haha






Tuesday, September 4, 2012

Tagged

Satu lagi kerja gila dan membuang masa aku cipta hari ni.Seribu bah kan beribu dan jutaan para setan sedang bergembira ini hari.Ewah,suka kau eh?

Tiba-tiba terbukak pulak social networking lagi satu,Tagged. Aku sebut 'taggg',tapi member sebut 'teyged'.Entah.Hentam saja lah.Beratus-ratus friend request.Aku yang ala-ala bajet friendly ni approve semua sekali,kecuali non-Malaysian.Habis la,mesti kena cop sombong gila.Agak la kan? ;p

Bagi aku,tagged ni paling teruk selepas MySpace.Dan aku tak tau kenapa semua orang dalam tu bajet comel dan hensem,dan lebih penting,bajet semua orang suka kat dia.Kalau yang lelaki bajet kau habis handsome untuk dijadikan pakwe simpanan dan perempuan pula rasa diri dah habis daring untuk memikat lelaki di luar.Shit semua tu.

Kalau dengar orang bercakap,kita akan kata mulut manis.Tapi bila orang menaip dengan gaya mengada-ngada,aku istilah kan aje tangan dan fikiran kau dua-dua gatal dan tak ada kerja lain.Aku lebih prefer orang-orang dalam Facebook.Kalau ada pun yang fake,cuma seorang dua. Kalau dalam tagged,rata-rata semua fake.Maka celaka lah kamu bila berbohong apa-apa di medium tersebut. Aku tak kira.Tua muda,sama aje.



Thursday, August 30, 2012

Entri malam merdeka

TV pun bosan.Tak ada cerita menarik.

Malam merdeka tayang cerita hantu.Yey! Memang aku tutup la TV.Agaknya TV pun tahu,semangat patriotik aku belum upgrade lagi.Sikit-sikit tu ada.Zaman sekolah dulu dah upgrade.Sebab cikgu semai.Tapi tolong ye,semangat patriotik aku bukan macam orang main mercun dan bunga api berkepul-kepul kat langit.

Baiklah,malam merdeka di usia 24 tahun banyak beza dengan malam merdeka di usia belasan tahun.Kenapa? Aku dah kata tadi,cikgu yang semai semangat patriotik. Betapa berkesannya didikan di sekolah waktu tu. Masa tu pengetahuan tentang Sejarah masih lagi fresh.Ala,setakat kisah Malayan Union tu,boleh cerita balik kot.Tanya sekarang tak usah la, bagi aku cari buku Sejarah dulu.

Seingat aku,sekali je aku sambut Merdeka di sekolah,masa form 1.Tahun-tahun berikutnya ada event di sekitar Johor. Tapi jangan salah sangka, aku bukan seperti Yuna mahu pun Najwa Latiff. Pergerakan aku secara beramai-ramai dengan kuantiti sebanyak 70-80 orang.Event di tengah padang,meraikan sambutan kemerdekaan peringkat negeri Johor. Persembahan kemuncak itu kami dah atur sebaiknya.Tunggu,lihat dan dengar saja.

Malam sebelum sambutan pada 31 Ogos, aktiviti yang biasa aku buat adalah tengok bunga api yang meriah di celah tingkap.Nak keluar tak boleh,cikgu dah pesan,kamu semua kena tidur awal,esok buat persembahan.Fine.Cicak atau lipas kat tingkap,aku tak peduli.Janji dapat tengok.Diorang pun nak teman aku kat tingkap.Sayangnya,dulu kamera guna film Kodak/Konica je.Salah tangkap,rugi film satu sebab gambar tak menjadi.

Suka tengok,tapi tak suka mendengarnya.Sakit jiwa!


Simpan ajelah kenangan dalam hati,walaupun hanya kenangan menyaksikan bunga api dari tingkap dan sambutan merdeka di tengah-tengah stadium.Umat manusia berpusu-pusu malam ni,countdown merdeka katanya.Tak mengapalah,aku tidur dulu.

p/s : Selamat Hari Kemerdekaan kepada semua.








Mimpi kain pulak!

Aku tak tau motif apa.

Semalam mimpi shopping kain pasang untuk buat baju kurung kat kedai kain.

Banyak woo

Gini la kalau jadi perempuan.Pilih kain pun boleh masuk alam mimpi.Siap demand pulak tu.Dalam mimpi tu mummy aku pilihkan aku kain.Pilih punya pilih terus dia assume aku suka tanpa tanya aku dulu. Lepas siap pilih terus nak tempah jahit kat kedai tu terus.Hangin la aku.Tak nak...tak nak,tak cantik aku kata. Mummy terus give up,suruh aku pilih sendiri.Dia nak keluar kedai dah katanya.

Sikit punya lama aku pilih,tak jugak jumpa.At last,aku sendiri tak tahu kain mana satu yang aku pilih semalam.Anyone can help? Siapa boleh kembalikan ingatan mimpi aku,aku bagi duit raya.hehehe ;p

p/s : Jadi perempuan,banyak nak kena fikir hal kemahiran hidup ni.Haha ;)

Menghitung hari..


Riak wajah manusia,kita boleh tau yang dia tak suka dengan keputusan yang kita buat.

Mereka kata itu tak mungkin berlaku.Mungkin salah satu kesilapan aku yang tampak jelas di bola mata dia dan mereka.

Pada mereka,itu tidak wajar berlaku atau setidak-tidaknya aku perlu fikir lagi ke arah yang lebih baik.Syukur,aku nampak jelas wajah orang-orang yang tak bersetuju dan membantah dalam hati tapi berdiam diri.Tak perlu tipu.Aku tau dalam hati kau orang semua.Tuhan beri peluang aku untuk aku tau.Itu kelebihan aku,mungkin. Yang menyokong pun 2x5. Mulut kata lain,hati kata lain. Benarlah, rambut sama hitam,hati lain-lain. Memang patut pepatah tu wujud.

Dia dan mereka terkejut,tapi tak boleh kata apa-apa.Keputusan hakiki di tangan si pembuat keputusan.Mungkin,kalau aku persoalkan,barangkali  keputusan  berubah sekelip mata adalah tahap maksima atau terus berkubur aje! Baik aku diam,sebelum keputusan aku bertukar dan aku pilih keputusan ke-2 yang lebih mengejutkan,jalan gelap yang tiada hujungnya.

Hari-hari yang berlalu semakin mengecewakan akibat riak wajah manusia sebegini.Tolong percaya,ini yang terbaik.Kalau la boleh aku yakinkan,dah lama aku buat.Tapi tak boleh. Banyak yang perlu difikirkan. Tolong jangan buat muka tak setuju lagi. Aku dah muak dengan permainan wajah kau orang semua. Cakap depan-depan,aku sakit hati sekejap je. Kalau muka sinis setiap masa, usah ditayang sana-sini,aku tak suka sampai tahap meluat.

p/s : Susah nak diceritakan. Tapi itulah sangkut-paut kisah. Benda paling jauh dengan kita adalah masa lalu.Terima kasih kepada orang-orang yang pernah wujud di samping aku pada masa lalu. Tanpa mereka, takkan ada keputusan untuk hari ini.

Sunday, August 26, 2012

Cincin RM7

Tengok orang lain punya blog,sikit punya cantik.Blog sendiri rasa macam kuno semacam jek.Tu pun ada hati nak update entri.Tiap-tiap hari buka dashboard blogspot.Nah! Rajinnya diorang ni update status.Aku pulak terpaksa mengemis tajuk-tajuk entri baru dalam ni.Kesian.

Tapi hari ni ada sesuatu yang aku mahu kongsi.Terutama untuk aweks-aweks di luar sana yang suka pakai aksesori cincin.Cincin handmade,cantik sangat dan berbaloi-baloi.Harga tak sampai pun RM10.Owner bisnes ni adalah ex-schoolmate aku juga.

Cantik dan sesuai dipakai untuk yang sukakan aksesori.

Cantik,simple dan murah.Kalau berminat,cepat-cepat la usha FB page Enhance & Enchant.

p/s : Sekian sahaja.Siapa yang beli,tolong belikan sama untuk aku.InsyaAllah,murah rezeki korang nanti.Eheh! ;p

Saturday, August 25, 2012

Lipas punya pasal

Selalu dengar cerita orang takut lipas.Aku cuma buat pekak.Dalam hati kata,eleh..lipas pun takut,rileks la! Riak punya pasal.Duk kat rumah tiap-tiap hari jumpa lipas dalam toilet.Benci sungguh bila lipas berkeliaran dalam toilet.Habis semua bau dia.Busuk.Yekk! ;(

Sebelum tidur gosok gigi dulu.Cuci muka pun sama.Dua rutin harian yang selalu aku amalkan.Tak kisah la lipas,kau nak main-main atas lantai pun mainlah.Janji malam ni aku dah buat dua rutin tu.Sedap je duk gosok gigi,entah dari mana lipas datang,naik ke kaki..laju je naik sampai ke tangan.Aku tepis punya tepis,dia jatuh dalam jamban.Padan muka dia,jatuh dalam jamban.Bye lipas,I don't want to see you again! Hee ;p

Ingatkan dah settle.Rupanya ada hati dia nak selamatkan diri.Aku flush 3-4 kali dengan harapan dia mati lemas.Kecewa,rupanya dia selamat lagi.Gila annoying lipas ni. Aku style bila dah flush,ada lagi yang terapung,aku jadi geli.Tambah pulak terapung tapi selamat naik semula ke permukaan.euww! Bertambah-tambah benci bila dia ada hati nak pergi kat kaki aku lagi.Eeee..tolong la lipas ni,dah masuk jamban,nak kejar kaki aku lagi.Adoi.Sudahnya,aku bunuh aje lipas tu dengan berus jamban.Belasah sekali terus mati.Masuk la semula kau ke jamban.

Selamat Hari Raya lipas.Maaf,memang aku sengaja.Jangan risau,tiap-tiap hari aku akan ke pusara kau.

p/s : Aku tak takut lipas,cuma geli dengan kaki bulu-bulu yang kesat tu.Menyakitkan.Menggelikan.




Friday, August 24, 2012

Ayam Masak Paprik

Dah macam masuk kelas masakan.Orang lain puasa,aku tak puasa.Masak la sorang-sorang pom pang pom pang kat dapur.Bukan pom pang pom pang mercun ye.Budak-budak punya mercun dah habis agaknya,senyap je.Kalau tidak,aku rasa nak maki je budak yang main mercun kuat-kuat tu.

Resepi rahsia kedua adalah Ayam Masak Paprik.Simple je,rasa nak buat sebab dah lama tak makan masakan paprik kedai makan kat universiti waktu jadi student dulu.

Limau purut buat modal.

Bahan-bahan;

Ayam (kuantiti ikut suka)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 labu bawang besar (ditumbuh)
1 sudu cili boh
Sos Tiram/ Kicap
Carrot (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
Daun limau purut

Cara-cara;

1. Rebus/Goreng ayam (ikut suka nak buat,gambar atas tu digoreng)
2. Tumis bahan yang ditumbuk bersama cili boh hingga naik bau.
3. Masukkan  sos tiram/kicap (ikut suka jugak,gambar atas guna sos tiram)
4. Masukkan ayam tadi dan kacau bersama carrot,bawang besar dan daun limau purut.Hidangkan.





Thursday, August 23, 2012

Ayam Masak Tomato

Disebabkan abah n mummy dah puasa 6 hari ni,terpaksa la masak sendiri untuk disuap ke mulut sendiri.Nampak sangat la selama ni tak masak,tunggu lauk siap je.haha.Resipi hari ini adalah Ayam Masak Tomato.Siap dimasak tengahari tadi.

Jemput makan semua!

Bahan-bahan;

Ayam (kuantiti ikut suka)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 labu bawang besar (ditumbuk)
1cm halia (ditumbuk)
3 biji lada kering (ditumbuk)
Sos tomato
Buah tomato (potong dadu)
1/2 labu bawang besar (dihiris)

Cara-cara;

1. Ayam digoreng terlebih dahulu.
2. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan sos tomato bersama buah tomato yang dipotong dadu.
4. Masukkan ayam dan kacau rata bersama bawang besar yang dihiris.Hidangkan.


Kepada yang dah mula berpuasa-6,selamat berpuasa-6 diucapkan.Semoga mendapat pahala yang berlipat kali ganda. Amin.

p/s : Mummy pun tak tau apa benda yang aku campak dalam masakan ni.Rasa dia memang lain dari dia punya.Mummy teruja sebab dia kata akhirnya boleh la masak daripada tak tahu langsung.Ekeke.







Kebaya Suhaila

Kawan-kawan suka tanya,

"Nama penuh apa?". Aku jawap la Suhaila.Diorang tak puas hati.

"Aku tanya nama penuh!".Aku pun jawap lagi.Yelaa,nama penuh aku Suhaila.

"Takkan Suhaila je,tak ada Siti,Noor,Nur,Nurul?" Tak ada laaaa! Hanya Suhaila.

Oii..banyaknya soalan.Nak tunjuk kad pengenalan,tak comel pulak sebab kad dah buruk gila kuning pulak tu.Tambah pulak gambar masa form 3 tak tukar-tukar lagi sampai sekarang.Aku cakap kat mummy,nama aku tak commercial langsung.Drama dalam TV pun tak guna nama Suhaila.Mummy pun kata,nasib baik ada nama,kalau tak ada nama nak panggil Esah? ohh deng!

Tapi hari ni agak terkejut.Dari pagi cuci mata tengok website online shopping Zalora, terjumpa sejenis kebaya namanya kebaya Suhaila.Perasan la kejap konon-konon nama glamour pulak kan?

zalora.com.my!
Cantik bajunya,macam blouse short sleeves punya.Merah pulak tu.Tak de,sebenarnya nak highlight nama tu je.Hehe.Jemput shopping di Zalora semua! ;)

Wednesday, August 22, 2012

Hormat senior

Semua orang pernah melalui zaman jadi junior dan senior.Terutama di sekolah,kolej dan universiti.Tapi tak semua tau erti hormat antara senior dan junior.Tak semua tau macam mana beza bila bercakap dengan senior dan junior.Nak kata tak sekolah,tak pulak.Orang tua nasihat,sama macam iklan dalam TV.Yang tua dihormati,yang muda disayangi.Tapi orang zaman sekarang,yang tua diperli-perli dah lanjut usia.Yang muda pulak berlagak macam dia dah lama hidup atas muka bumi ni.Nasihat orang yang lebih tua dia ignore je.Biasalah,dah pandai.Agaknya laa..

Aku tiba-tiba rasa beruntung sebab diberi peluang untuk masuk sekolah berasrama di mana kat situ lah tempat aku belajar segala macam hal termasuk budaya untuk hormat orang.Sumpah! Zaman sekolah dulu,golongan ke-2 yang aku paling takut selepas cikgu adalah kakak senior. Macam takut habis! Kena pulak style muka bengis,suka marah-marah,suka menjeling budak junior,lagi la aku takut.Silap-silap kena sound,mampus! Senior suruh buat apa-apa, aku layan aje.Takut punya pasal.

Bila dah jadi senior,terbawa-bawa sifat macam senior dulu.Rasa nak buat muka bajet garang.Dalam hati baik sebenarnya.(Ya Allah,perasannya!).Secara automatik,junior pun ibarat macam kita junior dulu.Muka seposen sebab takut senior.

Kalau di sekolah kita ala-ala terpaksa hormat senior,bila keluar sekolah dan masuk kolej/universiti,secara automatik korang akan terbiasa hormat pada orang yang lebih tua. Benda ni memang terbukti bila aku masuk universiti.Aku terbawa-bawa perasaan takut dengan senior sampaikan takut nak berkawan dengan senior.Bukan nak riak,tapi kadang-kadang terfikir,budak yang tak boleh hormat orang ni,mesti time sekolah dia pun sama tak hormat sesiapa pun.

Ada orang yang tak minta dihormati,tapi tak bermakna kita boleh sesuka hati pijak kepala dia.Sekurang-kurangnya tunjuk rasa hormat pada diorang supaya orang rasa senang dengan kita. Sangat kecewa tengok budak-budak sekarang,tak ada langsung sifat hormat pada orang yang lebih dewasa dari dia.Kalau langgar tu main langgar jela,tak pusing dah minta maaf ke apa.Kalau bercakap tu memang tak berlapik la,main cakap je tak fikir apa.Haih.macam-macam la budak-budak sekarang.

p/s : Rasa excited melampau bila dulunya kita takut senior tu,takut senior ni.Tapi bila dah dewasa,senior yang kita kononnya takut tu baik dan lembut sangat.Rasa macam,alahai..kenapa dulu kau tak macam ni,kan bagus?Haha


Tuesday, August 21, 2012

Salam Aidilfitri!

Assalamualaikum.

Buat apa korang semua? Raya sakan eh? Blog sunyi sepi kat dashboard blogspot.
Itu menunjukkan semua orang beraya sakan dengan segala bagai jenis makanan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.Maaf Zahir Batin!

"Saya masih bujang" - kata pemilik Darling Angel.


Thursday, August 16, 2012

#HowIMetMyBestfriend

Juga tag dari twitter..

Cerita mengenai best friend,best friend forever (BFF),atau apa-apa yang sewaktu dengannya membuatkan aku terfikir.Siapa sebenarnya best friend dalam hidup kita ni?

Sejujurnya aku tak punya best friend pun.Percaya?

Tu bukan bermakna aku hidup sorang-sorang dan tak nak bercampur tapi berdasarkan pengalaman,best friend tu tak akan kekal lama.Baik macam mana pun tetap akan berpisah pada akhirnya dan aku sangat tak suka kepada perpisahan.Sungguh menyedihkan.Menangis dalam hati.

So,aku buat keputusan yang aku rela kalau tak ada best friend sebab tak sanggup untuk berpisah lagi dengan siapa-siapa yang aku pernah rapat.Lebih selesa apabila kita rapat dengan semua orang,tanpa melebihkan sesiapa.Kalau berpisah sekalipun,perasaan tu tak sekuat kita kecewa sebab terpaksa berpisah sampai kita seolah-olah tak boleh terima kenyataan kenapa perlu berpisah.

Yang kedua,ada best friend kita kena pandai jaga hati dia.Aku pulak jenis suka nak cakap lepas je tak kira rapat ke tak.Cakap lepas bukan bermakna aku tak reti jaga hati,tapi rasanya tu yang terbaik,jujur jela.Kalau tak cantik,cakap jela betul-betul tak cantik.Kenapa perlu jaga hati sampai terpaksa menipu?Oleh sebab tu,sebelum orang sakit hati,lebih baik jangan ada best friend.Kalau nak jugak,sila pekakkan telinga.

How I met my best friend (ikut tajuk di atas),selalunya best friend ni tak ikut tempat boleh jumpa.Jumpa kat toilet pun boleh jadi kawan baik.Seingat aku la kan,orang-orang yang aku pernah rapat,jumpanya kat kedai makan.Senyum-senyum,sembang-sembang,lama-lama boleh kamceng.Esok-esok jom lepak sama! haha

Masa kat Universiti,kekerapan jumpa kawan-kawan baru adalah situasi berada di dalam bas nak menuju ke tempat belajar dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya termasuklah di tempat menunggu bas.Bila dah jumpa kat situ, gigih la balik terus cari Facebook,Skype,YM dan sebagainya dan berakhir juga di kedai makan.Alahai,nampak beno ler suka lepak kedai makan.haha.

Tapi tu la dia..kawan aje dengan semua orang.Jangan lebihkan sesiapa dan yang paling penting,jangan kawan semata-mata ada sebab.Tu namanya tak ikhlas.


#20ThingsIDontLike

Assalamualaikum.

Tag diambil dari twitter.

#20ThingsIDontLike

1. Jumpa dengan orang yang tak tahu tepati masa.
2. Menunggu seseorang bersiap atau sebarang jenis tunggu yang lama sangat.
3. Orang yang tak pandai hormat orang lain
4. Orang salahkan kita
5. Bersepah-sepah/kotor
6. Makan tak habis
7. Jumpa orang cerewet.
8. Membazir
9. Shopping berjam-jam
10.Bunyi bising
11.Tak boleh tidur
12.Mimpi ngeri
13.Barang hilang
14.Orang usik barang-barang kita
15.Tak minta kebenaran
16.Orang berlagak
17.Jiwa tak tenang
18.Rasa bersalah
19.Berdebar-debar
20.Orang menyusahkan kita

Wednesday, August 15, 2012

Wordless Wednesday #10


Gambar ihsan dari sebuah drama.Lupa tajuknya.Harap maaf kepada sesiapa yang menghubungi saya dalam 2-3 hari ni.Bila sedar je dah ada miscall,time telefon ada di sisi,tak bunyi pulak.Time kita ada urusan baru nak bunyi.Harap maaf.Sila call lagi.hehe. Mood : Malas nak call balik. ;p

Mu bilo nok nikoh?

Rasa-rasa aku,muda lagi ni (bila tengok diri sendiri kat cermin). Muhasabah diri tak jugak.Makin perasan ada la.Subhanallah.Geleng kepala.

Tapi semua orang tanya,

"Mu bilo nok nikoh?"

Ewah.Soalan.Dah rupa macam soalan yang selalu ditanya kepada blogger AZWAN AZIZ. Tapi ok la,tak ada la sebanyak soalan yang dituju kepada blogger AZWAN AZIZ.

Macam tu la manusia.Selagi belum berkahwin,duk mengadap soalan tu jela.Bila dah kawin orang tanya,bila nak ada anak.Bila dah ada anak,anak membesar orang tanya belajar kat mana.Bila anak dah kerja,orang tanya kerja kat mana.Bila anak dah nak kahwin,tanya kahwin dengan siapa.

Jawap jela kahwin dengan hang lerr..boleh? Haha

Apa-apa pun,adik/kakak,makcik/pakcik.Terima kasih kerana prihatin.Sila la berdoa kepada Yang Maha Esa,moga-moga soalan tuan/puan,makcik/pakcik tu terjawap dengan sendirinya tanpa perlu saya jawap.Akhir kata,sambutlah salam sayang dari saya. Semoga anda semua sentiasa terdetik di hati dan fikiran bahawa jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan.InsyaAllah.

Kepada rakan blogger AZWAN AZIZ, tabahlah menghadapi soalan yang bertubi-tubi. Haha


Tuesday, August 14, 2012

Baju tak cukup.

Sekarang cuaca tak menentu.Panas bukan kepalang..tapi berpalang-palang!

Kawan aku teruk,dia kata baik membogel aje dalam bilik.Teruk betul.Tak ada la sampai macam tu sekali.Aku cakap kat dia,ni baru panas dunia la kawan.Panas akhirat entah macam mana.Ok tak jadi membogel, katanya.

Siang tadi,di sebalik kepanasan dalam bilik,aku buka beg-beg baju lama.Baju yang dibawa balik dari Perlis lepas tamat belajar.Kebetulan juga baju sejak pulang dari Surabaya belum sepenuhnya dikeluarkan lagi dari beg.Teruk jugak budak ni.

Dilahirkan sebagai seorang perempuan.Oleh sebab itulah naluri membeli-belah itu dirasakan wajib setiap bulan.Banyak kali beli baju pun masih rasa tak cukup baju.Macam tu jugak dengan tudung.Rasa macam kenapa tudung aku kena beli lagi?

Budak lelaki senang je.Beli jersi pakai tiap-tiap minggu pun no hal.Kalau budak lelaki Kelantan,tiap-tiap minggu pakai jersi Red Warrior Yusmira putih-merah tiap-tiap minggu pun cukup. Kata diorang selesa pakai.Minggu depan pakai lagi.Ah,koya mung!

Perempuan? Kurung,t-shirt,blouse,dress,sweater,cardigan..tapi masih rasa baju tak cukup. Itu belum kira cikgu-cikgu sekolah lagi.Lepas pakai baju tu,lagi 3 minggu, belum tentu lagi jumpa balik baju yang sama tu. Bulan depan jumpa balik dia pakai baju tu.

Berbalik kepada topik membuka beg,baru aku sedar yang baju aku selama ni agak banyak. Banyak apa? Sebenarnya banyak baju yang dah TAK MUAT. Sebab tu la selalu rasa baju tak cukup.


Saturday, August 11, 2012

Menyekolahkan orang lain.

Hakikat,aku tak suka orang menyekolahkan aku.

Tau la aku sekolah sampai tingkatan lima je.Dia sekolah sampai tingkatan enam.Tinggi dia setingkat. 

Cikgu pernah kata, kalau kita tak boleh ditegur,kita ni besar kepala,cepat melenting,ego dan degil. Tapi tak pernah ada cikgu yang tuju ayat macam tu untuk aku.Jaga hati mungkin.Yang cikgu pernah cakap,aku 'tebulah's'(versi Red Warrior),atau dalam bahasa standardnya cuai/careless and what so ever..haa,amek kau! haha ;p

Cikgu kata kalau aku mengira memang tebulah's..Benda senang pun boleh salah.Nak je aku cakap,cikgu,saya memang tebulah's.Tu baru kira-kira,belum tengok lagi saya bawak cawan yang ada air dalam tu,berciciran tumpah sana sini..cikgu nak tolong lap? Kurang ajar statement tu kalau aku cakap betul-betul.

Baiklah.sekolah pun tamat.Masuk universiti pun sama.Tak ada yang berani cakap aku degil dan ego.Masuk 4th year,jumpa dengan seorang lecturer ni.Cakap dengan dia memang sentiasa rasa nak berapi.Tapi aku respect dia sebab berani cakap benda betul dan dia tak akan puji kalau benda dia rasa tak sepatutnya dipuji.

Katanya,

Awak ni ego dan degil awak tau tak.Kalau boleh,kurangkan ego tu,saya malas nak gaduh dengan awak.

Betapa berapi nya mula-mula aku dengar.Tapi lama-lama,rasa macam terharu pulak.Antara ramai-ramai orang,dia yang berani tegur.Harap-harap lepas ni akan jumpa lagi orang yang berani tegur secara terbuka.Sakitnya kejap je,tapi bila fikir balik,lebih baik macam tu daripada tiap-tiap hari dengar pujian yang kita sendiri tak tau orang tu ikhlas ke tidak. ;)

p/s : Sedang berkata dalam hati, orang tegur sebab orang sayang kita. Heee! ;p

Thursday, August 9, 2012

Panas Baran

Mungkin dilahirkan sebagai seorang yang boleh tahan panas baran jugak.Cuma tak la se'baran' kucing yang tengah gaduh kat luar rumah.

Bila rasa baran tu datang,terdetik dalam hati."Ohh baran,kenapa kau muncul,bikin aku susah la macam ni!"

Baran tu pandai.Dia datang masa orang lain tak baran.Heran jugak.Kenapa kau muncul wahai baran.Kau memang menguji iman.Tapi bagus jugak baran datang,sekurang-kurangnya terfikir untuk beristighfar pada Yang Maha Esa.Kembali kepada Pencipta yang Agung!

Baran,dilabel sebagai aspek kelemahan dalam diri kita.Dia datang dan pergi sesuka hati tanpa  kira waktu dan tempat kejadian.Tak nak pun dia datang,tapi dia datang jugak.Tanda-tandanya bila rasa bengang tahap gaban,kaki&tangan jadi sejuk,duduk tak boleh buat kerja,fikiran melayang entah ke mana..baran pun datang berlumba-lumba 1500meter dari arah entah dari mana.Selagi tak selesai,selagi tu la duduk dalam kesejukan,hati yang tak tenang,jiwa meronta.

Tolong ye ibu-ibu dan bapak-bapak,orang yang tengah baran jangan la diusik ataupun dinasihatkan seperti anak kecil.Makin baran ada la.

Baran sifatnya tak bagus.Dalam Islam pun menyuruh kita bersabar.So,kalau dia datang,pandai-pandai la jaga baran masing-masing ye.

p/s: Motif menulis,sedang agak baran sebenarnya.Tapi paksa diri untuk cool,bulan-bulan puasa ni kan,kena sabar.


Sunday, August 5, 2012

Pulang sudah ke Malaysia

Rasa macam lama sangat la pulak di Surabaya.Akhirnya semalam tiba dengan selamatnya ke Malaysia tanahair tercinta.Perjalanan Surabaya-Jakarta-KL.Pening lalat dalam flight,nasib baik tak muntah.Agaknya memang macam tu la setiap kali naik flight.Muka poyo je.Orang excited tengok tingkap,yang kita lebih baik tak tengok.Bila berpusing tu seram semacam jek!

High Point Apartment.Thanks kerana menaja!
Sesi perpisahan
Ruang bandara! Juanda International Airport Surabaya
Loading beg.
Serik dengan beg selalu terkopak,lepas ni memang kena bungkus la tiap kali nak naik flight.
Itu satu.Yang kedua,bila naik flight lepas ni memang akan selalu bungkus bagasi.Bukan apa,dah serik dengan zip rosak,patah dan ada pulak barang entah siapa punya tiba-tiba ada dalam beg kita.Kalau dia letak jongkong emas tak apa jugak.Setakat ni,perngurusan MAS memang terbaik berbanding yang lain-lain.Garuda tempat kedua.Yang lain-lain tak tahu sebab tak pernah rasa lagi.haha.Bila fikir balik,entah bila la nak dapat peluang macam ni lagi.Tahun depan belum tentu dapat berjalan-jalan macam ni.Kalau ikutkan turn,tahun depan program ni dianjurkan oleh Korea.Haih,biarkan takdir yang menentukan.InsyaAllah.