Showing posts with label Tips langsing. Show all posts
Showing posts with label Tips langsing. Show all posts

Wednesday, July 3, 2013

Toksin Dalam Badan.

Sebelum dan selepas..

Sekarang perut dah kempis.Kalau dulu Ya Allah,semputnya Tuhan saja yang tahu.Sekarang bukan main,sekeping balik badan,rasa macam makin slim daripada zaman bujang. Ke mana lemak semua pergi? Ke dah buang masa bersalin hari tu? Ke mana hilangnya lemak?

Jadi selama ni agaknya toksin banyak dalam badan..

Masa pregnant minum banyak sangat air.Setiap masa pun haus. Tak kisah la banyak kali kencing pun, nak air jugak! Berliter-liter air pun tak kisah.Memang suka minum air masak. Toksin pun dah keluar dari badan masa kencing dan berpeluh.Tapi semenjak lepas bersalin ni, kenapa agaknya,tak rasa dahaga sangat pun? Padahal cuaca boleh tahan panas. Nak minum air pun cepat kenyang. 

Jangan ler toksin makin banyak lepas ni...

Bila check balik tanda banyak toksin,rasanya tanda ni memang ada sejak dulu lagi.Cuma waktu pregnant je tanda-tanda banyak toksin tak la banyak mana.Kalau macam tu, kena rajin pregnant la.Hehe ;p

  1. Kerap sakit kepala.
  2. Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab.
  3. Susah bangun tidur.
  4. Bahagian keliling mata gelap.
  5. Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
  6. Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi.
  7. Sinus.
  8. Berat badan meningkat.
  9. Kehadiran selulit.
  10. Masalah jerawat dan banyak lagi.

Kalau korang ada tanda di atas, banyak toksin la tu jawapnya.Cara tak nak bagi banyak toksin,aku rasa tak perlu pakai petua. Cuma perlu aktif dan minum banyak air masak je. Kalau kita perhati, semua benda dalam hidup kita, tak kira la..nak cantik ke,nak sihat badan ke,nak kuruskan badan ke,semuanya kena minum air masak banyak-banyak.

Produk-produk yang dijual pun,bukan nak kata tak berkesan. Tapi kebanyakkan syarat dia memang macam tu, BANYAKKAN MINUM AIR MASAK.Kalau orang mengadu produk tak berkesan, si penjual akan kata, mesti tak minum air banyak-banyak. So? 

Abaikan jela produk-produk tu. Minum air masak banyak-banyak. InsyaAllah,cantik,sihat,cergas dan yang penting jimat. Hihi ;p




Sunday, August 7, 2011

|7 makanan yang membakar lemak|

Lemak dalam badan,kalau terlebih sangat,boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan kegemukan.Ramai orang nak kurangkan lemak,tapi tak ramai yang ambil berat makanan-makanan yang mengurangkan lemak sebab mereka berpendapat,diet adalah cara terbaik.Antara makanan yang boleh membakar lemak adalah;

  1. Bawang putih/merah - Bawang mengandungi antibakteria dan mineral seperti sulfur yang membantu untuk membakar lemak. Selain daripada itu, makanan ini juga berfungsi untuk melancarkan lagi sistem penghadaman dan juga meningkatkan metabolisme tubuh seseorang. 
  2. Tomato - Makanan ini mengandungi vitamin A, B6, C dan K yang sangat baik untuk membakar lemak. Selain daripada itu, kandungan kalori yang rendah juga menyebabkan tomata sering menjadi makanan pilihan untuk pengamal diet
  3. Putih telur - Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak. Tetapi cuba elakkan atau kurangkan daripada memakan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan kolesterol yang agak tinggi. 
  4. Lada- Mungkin makanan ini akan menghangatkan lagi kehidupan anda. Tetapi kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk meningkatkan lagi metabolime badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak.
  5. Anggur - Salah satu makanan yang membantu untuk membakar lemak anda adalah anggur. Anggur bukan sahaja sumber vitamin C, tetapi ia turut membawa khasiat yang dipanggil pektin. Pektin dapat membantu untuk menurunkan tahap kolesterol seseorang.
  6. Lobak merah - Makanan ini mengandungi karotina yang merupakan sejenis vitamin A untuk membantu melancarkan sistem penghadaman dan membakar sisa lemak. 
  7. Timun - Timun bukan sahaja boleh dijadikan sebagai makanan untuk membakar lemak, tetapi khasiat didalamnya juga turut memberi kebaikan kepada buah pinggang kerana ia dapat membantu untuk membersihkan asid urik.

Sumber : Makanan yang membakar lemak


p/s : Kalau tahu,tapi tak amalkan,sama jugak!Sebenarnya bergantung jugak pada kadar metabolisme seseorang.. ;(

Monday, March 28, 2011

Petua Atasi masalah perut buncit

Assalamualaikum semua...

Jom tengok Petua-petua mengatasi masalah perut buncit....


** SUMBER :  ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


Minum Banyak Air - Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin.. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.

Kurangkan Pengambilan Garam - Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

Makan Perlahan-lahan - Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat - Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-Ubatan - Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit - Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam - Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

Friday, February 4, 2011

Nak langsing?Ikut petua ni..

Okeh,kali ni Cik ila nak tulis tips pulak.Boring asyik-asyik topik yang tu je kan.So,hari ni nak kongsi sedikit tips kesihatan.Oh,jangan risau! Cik Ila tak copy paste dari mana-mana blog atau mana-mana sumber sebab tips ni Cik Ila sorang je yang guna.Tapi,siapa-siapa yang nak guna tips ni,silakan.Anda mau kekal langsing?Cik Ila ada tips.

TIPS KEKAL LANGSING

  1. Pastikan anda makan pada waktu yang tetap,jangan ubah waktu makan
  2. Jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi,sebab sarapan pagi boleh control jumlah pemakanan anda pada waktu tengahari.
  3. Banyakkan makan buah dan sayur-sayuran serta minum susu untuk kuatkan tulang
  4. Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap
  5. Jangan minum ais,sebab ais boleh buat stamina kita rendah dan perut buncit
  6. Bersenam/Jogging/Skipping-memadai hanya setengah jam sehari,tapi haruslah constant untuk kurangkan lemak.Kalau nak laju-laju pun bagus,baik untuk jantung!
  7. Mandi waktu pagi supaya tubuh lebih segar.
  8. Jangan tidur selepas subuh,bila badan aktif waktu pagi,badan anda kurang lemak
  9. Jangan malas buat aktiviti macam sapu sampah,kemas rumah sebab dengan cara ni dapat membakar kalori.
  10. Kurangkan tidur di siang hari,memadai hanya rehat selama 1 jam.Kalau rasa mengantuk selepas lunch,sila buat kerja-kerja seperti mengemas dan lain-lain.
  11. Jangan makan malam selepas jam 8 malam dan jangan tak makan malam
  12. Tinggalkan meggi sebab meggi ada bahan yang tak bagus,dipercayai ada kandungan lemak
  13. Kurangkan penggunaan 3 in 1 dalam minuman.Bahaya!
  14. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman
  15. Banyakkan minum air masak/air suam untuk buang toksin dalam badan.
  16. Kurangkan makan fast food macam KFC,MCD dan lain-lain
  17. Jangan takut untuk makan nasi,hanya ambil dalam kuantiti yang sedikit!

Okeh,itu sahaja tips kesihatan untuk kali ni,next time Cik Ila tulis lagi.Tapi ingat,korang mesti aktifkan diri.Kalau korang aktif,makan la apa-apa pun,badan susah nak naik.Kadar metabolisme setiap orang juga berbeza,so tak payah la korang ikut rancangan diet orang lain,sebab kita dan orang lain tak sama
Lilypie Angel and Memorial tickers