Adik baby bila-bila masa saja boleh lihat dunia. Alhamdulillah, sempat balik kampung untuk bersalin selepas bermacam-macam dugaan sebelum balik.Aku sendiri pening kepala hari tu.Antaranya hal banjir, Thesis Master terkontang-kanting,rumah aku di Kuala Krai kena banjir,jalan bukit Gerik runtuh,dilema nak bersalin di mana,dan macam-macam lagi.
Tapi segalanya dipermudahkan olehNya.
- Draf Tesis Master - aku submit pada SV sehari sebelum balik.Yakin dan teramat yakin memang salah banyak. SV suruh aku hantar hardcopy untuk dia check,dan selepas check dia kasi balik untuk aku buat correction. Sudahnya,aku hantar hardcopy,sekali dengan kotak poslaju dengan ucapan pada SV, "Dr..Saya taknak susahkan Dr.Saya tahu tesis saya carca-marba,so saya bagi kotak poslaju,nanti Dr suruh je student Dr hantarkan lepas Dr check,esok saya nak balik dah!"
- Banjir - Kata abah, rumah kita tinggi,tak banjir.Lagipun,selama hayat rumah kita tak permah banjir! Sudahnya,dapat info dari abah; "Salam anak2,rumah kita tenggelam.Tak jangka sama sekali,bateri fon pun out!' - Menangis tak berlagu,aku fikir barang baby yang ada separuh kat rumah sah-sah rosak! Sedih sebab time banjir tu tak boleh agak macammana parent aku survive.Entah makan ke tidak.Lagi-lagi masa telefon abah dah habis bateri,tiada elektrik+air.
- Rumah di Kuala Krai - Since rumah banjir,aku fikir kotor,barang-barang rosak,air tak ada, udara kotor,wabak penyakit banyak. Macam mana aku nak balik bersalin kalau dah Hospital Kuala Krai tu pun entah ok ke tak ok. Kat rumah sah-sah la tak bagus untuk baby baru lahir dengan wabak penyakitnya. Itu belum kira rumah yang belum habis dibersihkan lagi.
- Jalan Bukit Gerik - Sejak hujan tak henti dan Kelantan banjir,tup-tup dengar pulak kisah lori jatuh dalam gaung sebab tanah runtuh kat Gerik. Husband dah susah hati. Dia sepatutnya balik sebab ada meeting dan plan nak bawak balik kereta dia ke Kelantan pastu datang balik untuk angkut aku balik dengan kereta aku. Barang pun banyak. Nak harap cik purple aku, macam swiss roll la nanti. Sudahnya, terpaksa tinggalkan cik purple kat Perlis sampai sekarang.Harap-harap ok la cik purple di sana.
- Dilema nak bersalin - Disebabkan aku ada kes daripada 1st pregnancy,so Doc suruh aku bersalin hospital yang ada specialist. Aku plan sebelum ni nak bersalin di Hospital K.Krai sebab ada pakar,plus sebelum ni pun aku bersalin kat situ. Disebabkan banjir, aku terpaksa balik rumah mertua di Bachok. Bachok tak ada hospital,paling dekat pun Hospital P.Puteh. Tapi Hospital P.Puteh pulak tak ada specialist. Yang ada specialist di HUSM dan Hospital Raja Perempuan Zainab,Kota Bharu dan perjalanan ambil masa sejam ke sana.Stress!
- Fizikal&Mental - Celaru gila! Duk pujuk baby keluar la lambat sikit,tapi bukan lambat sangat,kang kena induce pulak macam hari tu. Disebabkan 1st pregnancy aku gagal sebab baby meninggal dalam perut, aku jadi macam takut-takut bila mengandung kali ke-2 ni. Tambah pulak dengan segala dugaan ni.
Haih.Mintak-mintak la dipermudahkan segalanya nanti.Adik baby,sabar ye.Nanti kita jumpa. Wee ;p