Wednesday, July 3, 2013

Toksin Dalam Badan.

Sebelum dan selepas..

Sekarang perut dah kempis.Kalau dulu Ya Allah,semputnya Tuhan saja yang tahu.Sekarang bukan main,sekeping balik badan,rasa macam makin slim daripada zaman bujang. Ke mana lemak semua pergi? Ke dah buang masa bersalin hari tu? Ke mana hilangnya lemak?

Jadi selama ni agaknya toksin banyak dalam badan..

Masa pregnant minum banyak sangat air.Setiap masa pun haus. Tak kisah la banyak kali kencing pun, nak air jugak! Berliter-liter air pun tak kisah.Memang suka minum air masak. Toksin pun dah keluar dari badan masa kencing dan berpeluh.Tapi semenjak lepas bersalin ni, kenapa agaknya,tak rasa dahaga sangat pun? Padahal cuaca boleh tahan panas. Nak minum air pun cepat kenyang. 

Jangan ler toksin makin banyak lepas ni...

Bila check balik tanda banyak toksin,rasanya tanda ni memang ada sejak dulu lagi.Cuma waktu pregnant je tanda-tanda banyak toksin tak la banyak mana.Kalau macam tu, kena rajin pregnant la.Hehe ;p

  1. Kerap sakit kepala.
  2. Badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab.
  3. Susah bangun tidur.
  4. Bahagian keliling mata gelap.
  5. Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
  6. Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi.
  7. Sinus.
  8. Berat badan meningkat.
  9. Kehadiran selulit.
  10. Masalah jerawat dan banyak lagi.

Kalau korang ada tanda di atas, banyak toksin la tu jawapnya.Cara tak nak bagi banyak toksin,aku rasa tak perlu pakai petua. Cuma perlu aktif dan minum banyak air masak je. Kalau kita perhati, semua benda dalam hidup kita, tak kira la..nak cantik ke,nak sihat badan ke,nak kuruskan badan ke,semuanya kena minum air masak banyak-banyak.

Produk-produk yang dijual pun,bukan nak kata tak berkesan. Tapi kebanyakkan syarat dia memang macam tu, BANYAKKAN MINUM AIR MASAK.Kalau orang mengadu produk tak berkesan, si penjual akan kata, mesti tak minum air banyak-banyak. So? 

Abaikan jela produk-produk tu. Minum air masak banyak-banyak. InsyaAllah,cantik,sihat,cergas dan yang penting jimat. Hihi ;p




5 comments:

Norhasniza Khalid said... Reply To This Comment

tu lah kan, pentingnya minum air banyak untuk nyah toksin dalam badan ni, tapi anak mama ... punya payah betol nak minum air..

Suhaila Zahari said... Reply To This Comment

@Norhasniza Khalid

Hehe.Mcm sy kecik2 dlu..payah jugak nak minum air byk2..

Mimie Najib said... Reply To This Comment

saya rasa ada beberapa perkara dalam list tu kena ngan saya. no 1 tu sentiasa la kena.mmng rasa bdan ni ada toksin bnyk..hehe..
rasanya macam dah bnyk minum air, mngkin masih belum ckup kan.. ;)

EllyZahari said... Reply To This Comment

Oh sy bkn gemuk rupenye..cuma byk toksin....kekeke

Suhaila Zahari said... Reply To This Comment

@EllyZahari

Ya Rabbi kakakku..hahahah