Friday, July 30, 2010

Pokok beracun

Ye.Pokok ni memang ada di kawasan rumah aku.Tapi tak pernah tau pokok ni sebenarnya beracun.Yang pasti,kalau terkena daun pokok ni,kulit akan rasa gatal-gatal.

Berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda

Nama Saintifik: Dieffenbachia Camilla
Nama Biasa: Dumbcane, Dumbplant, Leopard Lily, Spotted Dumbcane, Zebra Plant
Keluarga: Araceae

SILA AMBIL PERHATIAN JIKA ANDA MEMPUNYAI ANAK KECIL...

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

KESAN

Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas.Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.
Terdapat kes kematian yang jarang dilaporkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".


0 comments:

Lilypie Angel and Memorial tickers