Monday, April 9, 2012

Best ke jadi doktor?

Aku tertanya-tanya jugak,apa perasaan jadi seorang doktor? Seronok kah? Mencabar kah? Enjoy kah? Maklumlah,aku tak berpeluang nak ambil jurusan perubatan. Tapi aku sendiri pun hairan kenapa masa kecik dulu aku beria-ria nak jadi seorang doktor.

Nak jadi doktor,tapi aku takut jugak bila tengok rancangan medikTV kat TV3 dulu.Dengar pulak orang kata kalau jadi doktor,kena bedah mayat.Adoi. Aku ni takut tahap jumpa van mayat pun lari.Ada hati nak jadi doktor?

Masuk asrama,kawan-kawan kebanyakkan nak jadi doktor.Dulu masa kelas Biologi, aku suka jugak subjek tu sebab segala persoalan kesihatan terjawap bila belajar Biologi. Kenapa kita sedu,kenapa bersin,kenapa ada kencing manis,kenapa ada darah tinggi, dan paling aku suka..macammana proses fetus dan perkembangan bayi dari dalam perut sampai la lahir.Menarik bukan? Haha

Aku dah lupakan cita-cita asal.Sekarang aku belajar lebih menyeronokkan.Doktor tak boleh buat kerja kalau mesin rosak.Doktor tak boleh operate pesakit kalau arus elektrik tak mengalir.Nurse tak boleh gunting kapas balut luka tanpa konsep hukum tuas ketiga.Nurse pun tak boleh nak check tekanan darah tanpa alat yang ada bebuli sukatan. Pakcik yang bawak Ambulans pun tak dapat nak hantar pesakit ke hospital kalau bukan ada pencipta van.

Dan aku pulak tak boleh grad kalau projek masih belum selesai.Masanya akan tiba untuk viva session bulan Mei nanti.Tajuknya?

Modeling and Simulation using SILVACO for Multilayer InGaAs/GaAs/InGaAs of Solar Cells
Abaikan.Tajuk tidak berkaitan.Aku saja je,lari topik sekejap.Kepada Supervisor dan Co-Supervisor yang banyak membantu,terima kasih banyak-banyak! Alhamdulillah.Dapat jugak disiapkan dalam masa kurang setahun.Kita tengok result sama-sama nanti ye! (: