Sunday, April 8, 2012

Petua menambah rezeki

Rasa  macam nak post petua pulak hari ni.Petua yang terpilih hari ni adalah;

Petua Orang Tua-Tua 
Untuk Menambah Rezeki


1. Rajin bersedekah. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud; "Hendaklah kamu semua mengharapkan turunnya rezeki dengan bersedekah."

2. Bangun tidur awal pada waktu pagi.

3. Bermanis muka.

4. Berbicara dengan baik dan berfaedah. Meninggalkan sikap suka berborak kosong dan membicarakan hal-hal yang tak berfaedah langsung.

5. Rajin menyapu dan membersihkan halaman rumah dan tempat-tempat lain dalam rumah.

6. Elakkan selalu duduk dengan para wanita kecuali anda mempunyai hajat tertentu.

7. Mempunyai bakat tulisan yang indah. Tulisan yang indah merupakan kunci rezeki yang menyebabkan terbukanya pintu rezeki.



Sumber: Koleksi Petua

2 comments:

siti khadijah said... Reply To This Comment

haaa, petua org tua2 ni mmg bagus..hehe :) jap elakkan duduk dengan para wanita tu untuk lelaki kan??keliru..hehe

Ahmad Zaki said... Reply To This Comment

Assalamualaikum...

Sangat bagus jika petua ini dibaca oleh ramai umat kita...

Saya pun suka membaca dan mengumpulkan petua2 sebegini. Saya juga ada mencetak dan menampal apa2 perkara yg baik pada papan kenyataan di kelab...