Friday, February 1, 2013

Minat yang berkubur.

Aku suka menyanyi..

Tapi bila orang suruh aku menyanyi,aku kata tak pandai.Itu sahaja.

Sebenarnya,

Aku tak ada keyakinan.Boleh nyanyi,tapi untuk diri sendiri saja.Bukan untuk public.

Encik suami kata,usah mengada,nyanyi saja untuk dia.Kalau tak,keluar la petikan kata-kata Ust.Azhar tentang hukum wanita menyanyi.Aduh.

Masalah juga

Encik suami kurang penghayatan dengan lagu.Kesian.

Aku tahu.Dia tak tahu.Aku nyanyi,dia lelap entah ke mana.Kesian aku juga.Syok sendiri mungkin aku ni.

Kalau la...ada pembelajaran akademik dalam bentuk lagu,aku suka sangat!

Kenapa..

Sebab otak lebih cepat mengingat dengan lagu.Seni itu indah.

Cikgu pernah kata,"Sebelum awak mula buat karangan,lukis dulu peta minda!"

Cikgu tak pernah salah.Apa yang cikgu kata memang betul.Otak kita lebih mudah ingat gambar juga.Sebab tu bila jumpa orang,kita rasa macam pernah jumpa dia dulu.Tapi lupa nama.

Berbalik kepada lagu,

Aku rasa la la kan,Tuhan bukan suruh aku jadi penyanyi.Sebab tu aku tak boleh menyanyi di public.

Tuhan tu baik.

Dia bagi bakat untuk aku boleh main muzik.Sekejap saja untuk tempoh 5 tahun.

Sekarang cuma mampu tengok kat youtube jela orang main alat muzik.

Kata encik suami,semua tu lagha.Apa faedahnya?

Sebelum keluar kata-kata petikan ceramah Ust.Azhar dari dia,baik aku tukar topik cepat-cepat.

Dan..

Bermaksud,segala minat aku berkubur begitu sahaja.

Frust.




2 comments:

Erna Nordiana Zamri said... Reply To This Comment

Boleh nyanyi untuk suami. boleh je ke red box dgn suami berdua :)

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@erna

Hehe.Kalau ajak,komfem kena lalui ceramah2 dia dulu.. ;)

Lilypie Angel and Memorial tickers