Ini kisahnya.
Perjalanan hidup seperti biasa.Drive ke sana dan ke mari demi sesuap nasi.Demi satu lagi perjuangan untuk periuk nasi sendiri,simpanan hari tua.Lemah longlai tak bermaya pun sanggup digagahkan. Kalau ikut pressure,mahu saja aku jerit kuat-kuat; Tension oi!!
Apa dia kisah.Apa mereka kisah.Apa aku kisah.Kata diorang agaknya.
Suka bagi pendapat pelik-pelik.Cerita perihal pelik-pelik waktu minggu yang berganjak 15 nih.Pengalaman pun pelik-pelik.Rasa yang pelik-pelik.Semua pun pelik. Satu je kata aku, nak tau lebih lanjut,sila la alami sendiri satu hari nanti.Setel.Ada yang senyum,ada yang balas.."Aah kan?"
Sampai satu tahap,nak je aku kata,"Jangan la paksa aku lagi untuk masa sekarang!"
Tak siapa kisah.Tak siapa tahu rasa macammana.Kalau dibilang banyak-banyak kali,tetap jugak takde yang faham.Elok lah aku cakap dengan kucing.Sekurang-kurangnya dia tahu Meow,tak sakit hati pun.Aku harap nanti dia rasa apa yang aku rasa dan terdetik dalam hati,"Ooo..macam ni rupanya apa yang dia (aku) rasa sekarang".
Dia cakap memang senang.Tapi dia tak rasa apa-apa.Bagi dia semua senang.Bagi dia masa banyak.Bagi dia sempat sangat.Bagi dia alaa..benda kecik je! Bagi dia alaaa..jangan manja sangat,boleh? Bagi dia,kalau dah malas tu malas jugak.Bagi dia,orang lain boleh,macammana kata tak boleh?
Manusia-manusia begini lah yang aku tak suka pandang.Jeling pun tak nak.Eh,apahal dia ni? Boleh rasa apa yang aku rasa ke? Boleh predict apa nak jadi? Boleh setelkan masalah dalam 1minit?Boleh tahu dalam hati kita ni ada apa? Boleh tahu masa bila kita larat dan tak larat? Manusia memang ramai selfish. Dan bila wujudnya perangai sebegitu,aku jadi muak dengan perangai orang.Perangai suka memaksa.Perangai nak laju tapi diri sendiri punya masa pun kontang-kanting.
Kesian juga dia.
Mood bercampur aduk.Kesian aku juga.Hehe ;p
Sekian.
0 comments:
Post a Comment