Friday, August 9, 2013

Aidilfitri dan Hari ke-44 Berpantang!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,pejam celik pejam celik dah raya.Tahun ni tahun pertama beraya sebagai suami isteri.Yeyy! Dah 8 bulan lebih hidup suami isteri dan selama tu jugak aku rasa macam mimpi.Kenapa? Sebabnya,lepas aku kahwin je terus pregnant.Kira terus jadi mak-mak gitu.Sempat jugak lah tahu macam-macam benda pasal baby sebab dalam fikiran masa tu 'ok,lepas ni akan jadi mama!'.Semuanya berubah bila anakanda dijemput Illahi.

Sedih masih terasa waktu ke kubur arwah anak.Adoi..tak mampu nak tahan sebak atas kubur tu.Malu pulak besar-besar panjang pun menangis lagi. Masa ke kubur tu,anak-anak saudara ikut sama. Tau-tau jela budak-budak,kalau kita menangis,dia pulak yang sibuk bagitahu orang yang kita menangis.Alahai..budak-budak sangat! Haha.

Biarkan aje.

Itulah yang aku kata mimpi tadi.Macam mimpi je,semalam pernah mengandung dan tiba-tiba anak dah tak ada.Takpe,InsyaAllah ada hikmah di sebalik semua ni.Kan? ;)

Ok.Tak nak sedih-sedih dah.

Tentang raya.Hari pertama raya juga adalah hari ke 44 aku berpantang selepas bersalin.Yeyy,dah bebas!
Tahun ni beraya di rumah mertua dan raya ke-3 baru pulang ke rumah mak ayah sendiri.Sob..sob..sedih jugak lah,kali pertama beraya dengan keluarga baru.Rasa macam,'Alahai,dah tak boleh pow duit raya lagi daahhh!" Uwaaa.

Juadah untuk raya tahun ni roti jala bersama kuah gulai ayam.Nampak macam senang buat roti jala kan? Tapi aku yang terketar-ketar sebab sebab 1st time buat kat rumah mertua.Kalau tak jadi,mana nak sorok muka agaknya.Hihi.

Tapi jadi la jugak walaupun buat main-main je.

Menjala main-main.Heee ;p
Bergambar sebelum ke pusara anak tersayang
Raya secara sederhana je tahun ni sebab masih lagi berkabung sejak kematian anak tersayang.InsyaAllah,tahun-tahun depan boleh raya dengan anak jika diizikan Tuhan dan dipanjangkan umur.Ok.Tutup sudah cerita raya kali ni.Dah bagitahu tadi,raya secara sederhana.InsyaAllah,jumpa lagi entri raya pertama tahun 2014 nanti. Jom pergi beraya! ;)

5 comments:

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

Selamat Hari Raya Ila...bestnya dapat beraya dengan pasangan hehe :)

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@Azwan Aziz

Selamat Hari Raya awk..Alhamdulillah..beraya dgn pasangan tahun ni dan tahun2 selepas ni..InsyaAllah,semoga awk cepat2 dpt beraya dgn pasangan awk pulak ye.Dh tak lama tu nmpknye.. ;)

LYAfrina said... Reply To This Comment

ALHAMDULILLAH.
mmg detik terindah beraya pertama kali sbg suamisteri..lps ni bila ada ank..lg bertambah eksited..

salam aidilfitri.
maaf zahir & batin

LYAfrina said... Reply To This Comment

salam dear...
singgah kembali...

terus bersabar..insyallah.. Dia ingin berikan sesuatu y lebih baik..apa y pasti kupu2 syurga pasti menunggu di sana.. amin

whitecappuccino said... Reply To This Comment

usaha lagi..insyaallah ada rezeki nanti

Lilypie Angel and Memorial tickers