Semalam batuk kemain.
Whatsapp husband tanya macammana nak buat.Maklum la,duk jauh-jauh dengan Mr.Hubby.Batuk pulak lepas makan nasi.Husband kata tula,mesti makan gopoh. Tett. Memang betul pun.
Lapaq tak sangga kata orang utara.
Bila duk sorang,suka hati la nak makan apa pun kan? Janji I kenyang. Masak nasi,goreng sayur campur, goreng ikan pekasam loma mai dari Pengkalan Hulu,Perak yang super duper yummeh dan ikan patin goreng. Terus tak fikir apa.Siap-siap je semua terus ngap!
Sampai la satu masa,aku rasa tercekik minyak masa makan ikan patin. Well, ikan patin tu ada satu bahagian yang tepi tu berlemak dan bila ikan tu panas lagi,lemak tu sedap gila kot! Kat situ jugak la ada lemak-lemak ikan bercampur minyak.
So,aku assume saja tercekik minyak.Haha
Batuk pun datang tiba-tiba.Kekerapan batuk tu berapa kali ganda entah. Tapi seksa sangat tekak. Rasa macam i hate u tekak! hahaha.Aku memang tak suka batuk-batuk.Yela,semua orang pun tak suka.
Kata husband,buat cenggini;
"Ambil madu,campurkan dengan limau nipis,lepas tu minum!"
Dengan pantasnya aku buka peti ais ambil madu asli. Jangan jeles,aku ada madu asli pure dari pokok rumah mak mertua sendiri!. Limau nipis pun ambil kat rumah mak mertua jugak. So,semuanya free of charge!
Ihsan google - Madu dan Limau Nipis |
Makan madu dengan limau nipis. Sedap rupanya.Kalah makan jeruk. Rasa manis masam. Bergoyang-goyang rasanya adik baby dalam perut ni.Hee. Eh,memang ajaib la petua nenek moyang ni. Lepas setengah jam aku rasa dah tak batuk lagi.
Yeyyy. Tidur dengan amannya tanpa batuk.Alhamdulillah.
Kalau ada yang batuk-batuk atau yang ada kahak dalam tekak tu,sila la cuba petua ni tau. InsyaAllah,dengan izin Allah swt,akan hilang.Amin.
12 comments:
aah kak.
sy pernah cuba dulu.
memang berkesan.
btw, sy datang dari blog DJH.
takziah kak buat arwah baby ahmad rizqi.
@farhana mohamad
Mujarab kan? heeheh..btw,t.kasih utk ucapan tu.. ;)
mengidam ikan patin ke sampai gitu gaya makan sampai terbatuk2 hahahaha... takper ubat ada tak kisah...
satu lagi minuman yg sedap dengan madu saya minum di Lombok ialah kepala madu yg sejuk dan nyaman sangat...
@Najib Ariyan
Kepala madu tu mcmana pulak.hehehe
tercekik minyak?? haha..kelakar lak bunyi..
@EllyZahari
cehhh! betul la..hehehehe
Nak cuba lah..dah seminggu ni batuk tak susut lagi..
Madu dgn limau nipiS tu sebanyak mana ye?
Madu dan limau nipis sebanyak mana ye?
@Nurul Syarhida Nurul Hadi
sikit2 je pun takpe..asalkan bleh telan...
Memang betul hilang lah..terima kasih
Tq untuk info.dah seminggu suami batuk berkahak xbleh tido kesian tgk. 😖
http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1
Post a Comment