30
hari menjadi ibu.
Ewah
tajuk.Macam kau sorang je mak kan? Seriuosly memang mencabar gila jaga budak
kecik yang diberi nama Muhamad Rizq Akashah ni.Aku panggil dia Kashah. Kalau
marah aku panggil dia Mad dengan nada kasar tapi bukan marah.
Wajah kesayangan hamba! |
umur 1 hari |
umur 3 hari |
Umur berapa? Cer teka.. |
Seminggu
yang pertama aku macam blur.Orang kata baby blues.Rasa happy,but sometimes rasa
macam eh..aku penat gila takleh nak rehat langsung.Yela,biasalah,tidur malam
akan terganggu dan baby blues ni sindrom pada ibu lepas melahirkan anak.Once u
deliver your baby, automatically no time for you to get enough sleep. Sampai la
anak masuk sekolah,universiti,kawin..baru la boleh lena tidur.Hopefully. Hehe
Bila
dah masuk 2 minggu aku dah beransur-ansur ok. Oh ye,sakit bersalin dah hilang
seawal seminggu. Aku pun hairan. Dah rasa macam boleh melompat nak pergi
mana-mana aje! Ohh how?haha
Aku
rasa sebab ni dah 2nd time bersalin,so macam tak serik-serik jugak
nak beranak.That’s why tak sakit.Ehh yeke? Satu benda yang aku kenal pasti
lepas aku bersalin. Aku macam dah tak kisah makan ke tak makan.Sebab
kadang-kadang syiok jaga anak sampai terlupa yang kita belum makan. Kalau makan
pun,sikit-sikit je.Takut anak menangis dan takut perut buncit.Tett! ;p Satu
benda lagi,mandi dah macam mandi kerbau. Asalkan mandi,berus gigi,cuci badan,shampoo
rambut dah cukup. Dah tak ada masa nak lepak berendam dalam air lama-lama.
1st
month lepas deliver,baby tak tidur malam langsung. Aku dah serupa kunfu panda.
Mana pernah tak tidur langsung. Lagi-lagi bila nak kena dodoi baby,alahai
sedihnya sakit-sakit badan,lesu,nak pengsan semua ada. Totally lost. Tapi
lama-lama dah biasa. Aku rasa macam happy pulak stay up malam-malam layan baby.
Cuma waktu siang aku ke laut la sket. Asyik mengantuk.
Oh
ye.Sepanjang pantang,aku memang pam susu. Tapi bila penat,terjejas jugak la
mutu pengeluaran susu sebab kita tak cukup rehat,stress dan air susu pun
kurang. Agak menyedihkan.
Makanan sewaktu berpantang,haruslah nasi panas+ikan bakar+sayur sawi+lobak merah+lobak putih.Sampai 44 hari. Dah naik muak sampai tahap aku dah tekad tak nak makan dah lauk-lauk ni lepas pantang.Tapi kadang-kadang aku gatal tangan jugak bukak tudung saji kat dapur ratah sikit-sikit yang tak boleh dimakan. Ala...sket je.Terliur! haha
Again.Bulan
pertama selepas melahirkan,sangat ting-tong. Banyak mencuri-curi masa untuk
buat sebarang kerja. Bila fikir-fikir,seronok juga kalau macam ni gayanya kalau
dapat kuruskan badan best jugak.Haha
30
hari yang mencabar dah berlalu dengan seribu satu perasaan. Alhamdulillah. Syukur
pada Tuhan yang menganugerahkan anak ini kepada aku.
Next
entry will be…Ragam si budak kecil.Tunggu! ;p
8 comments:
bestnya dapat baby:) memang momen ni walaupun penat tapi kita puas hehehehe
@Wan Fatihanum Wan Rusli Tu la kan..anugerah dan pinjaman tak ternilai..penat tapi seronok!
bila baca baba orangd apat baby ni automatik rasa nak baby jugak hehehe
penat-penat pun kalau tgk muka baby sure okay dah kan :D
@Wan Fatihanum Wan Rusli
Hehe.Tu namanya naluri kewanitaan terselah. ;p
@Sally Samsaiman
Tu la..sejuk hati tgk muka anak.. ;)
SAlam kenal. Seronok ada anak kecik ni sbnrnya
@Mrs Little Voice
Salam kenal juga..betul tu..seronok walaupun penat.. ;)
Post a Comment