Wednesday, May 4, 2011

Petua mencerahkan kulit

Assalamualaikum semua

Jom baca entri,hari ni pasal petua lagi;

Petua Mencerahkan Kulit Muka.
1)Parutan Lobak merah
2) Kuning Telur
3) Sedikit Air Limau Nipis

Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan sebarang pembersih muka.

P/S : Kadang-kadang produk kat pasaran bukan betul pun,lagi-lagi bila ada promoter datang dan cakap;
"Adik,beli yang ini bagus!"....Habis la korang kalau tertipu,mesti beli.hahaha

Tuesday, May 3, 2011

Petua hilangkan jeragat di muka

Haa,siapa ada jeragat kat sini,angkat tangan?Takpe,kebanyakkan orang akan ada masalah ni kalau tak sekarang,mungkin bila tua nanti.Dan pada yang memang ada masalah jeragat (macam saya),sob3x,boleh amalkan petua-petua ni;


Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua. Kadang kala ia hitam yang terkumpul di muka biasanya berkelompok, baik di pipi mahupun di dahi atau dagu. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan sama sekali. Mungkin anda tidak ada jeragat, tetapi mencegah lebih baik sebelum ditimpa masalah ini.

Penyebabnya:
1. Ia disebabkan oleh pancaran UV matahari yang menjadikan kelebihan pigmen.
2. Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau menopaus.
3. Gelisah dan tidak cukup tidur.
4. Menggunakan makeup yang tidak berkualiti dan bermutu rendah.
5. Disebabkan oleh masalah pada limpa.

Rawatan Moden 

a. Lindungi kulit anda daripada matahari dengan menggunakan “skin care” dan barangan makeup yang mengandungi "sunscreen" iaitu bahan pelindung matahari. Tidur dengan cukup dan jauhi daripada kegelisahan.

b. Pastikan barangan makeup yang anda pakai bermutu tinggi. Urutan pada muka anda boleh merangsang peredaran darah dan mempercepatkan
pemulihan.

Rawatan Tradisional

Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.
Petua 2: Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda  sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
Petua 3: Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
Petua 4: Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 - 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.
Petua 5: Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

SUMBER INFO;

Kerja ke belajar yang best?

Assalamualaikum


Hari ni hari kedua praktikal.Nak kata semangat pun tak,teruja pun tak.Ni gara-gara Cik Ila pernah merasa kehidupan berpraktikal yang sangat menggugat kehidupan sebagai student satu masa yang lalu.Hahahha.


Bagi Cik Ila,antara kerja dan belajar,Cik Ila lebih suka belajar.Bukan apa,bila belajar,kita tak terikat dengan apa-apa tanggungjawap melainkan assignment,test,quiz dan exam.Lagi pun,kita belajar banyak subjek dan banyak pengetahuan baru dalam silibus lain lagi-lagi student engineering yang perlu banyak mahirkan dengan cubaan-cubaan untuk membuat sendiri idea dalam bentuk persamaan.


Kerja pulak?Hmm..hmm..hmm.Bukan tak best,tapi sebab dapat duit,dia jadi macam berbaloi la kerja penat-penat dan dibalas habuan yang menarik.Tapi dari segi life,agak kurang best di situ sebab terikat dengan masa,kerja dan arahan-arahan tertentu dari pihak atasan.


Ok.Sekarang masa untuk pergi kerja.Mesti la kena masuk awal kan,untung-untung dalam rekod,kedatangan tu bersih sebab selalu datang awal.Cewah! Pergi dulu.Tata! :)

Sunday, May 1, 2011

Babak-babak yang wajib ada dalam cerita melayu

Assalamualaikum semua


Hari ni nak bukak topik suam-suam panas.Pernah tengok cerita melayu kat TV?Kalau pernah tengok,mesti dah hafal babak-babak yang wajib ada dalam cerita melayu kan? Mesti ada babak-babak ni kan;


1. Babak tengah makan -Selalunya mesti makan kat meja orang kaya,papa si orang kaya duduk kat tengah,anak-anak datang makan sama-sama sambil orang gaji sediakan nasi kat pinggan.Papa si orang kaya akan cerita pasal company dengan anak-anaknya.Lepas tu,makan sikit je,tak habis pun..terus nak keluar pergi kerja!

2. Babak unsur-unsur nasihat - Cerita-cerita melayu kaya dengan nasihat.Kadang-kadang terfikir,ada ke orang nasihat sampai macam ni sekali punya banyak?

3. Banyak cerita hantu - Setiap kali movie baru keluar panggung,mesti ada cerita hantu.Tak pun,tiap-tiap minggu ada sambungan cerita hantu kat TV.Cerita hantu pulak tak lain dan tak bukan mesti kaitkan dengan bomoh,hasad dengki,santau,kubur,orang mati dan lain-lain

4.Babak di syarikat - Kebanyakkan terlibat dengan bisnes syarikat persendirian,nak majukan syarikat turun temurun.Secretary wanita mesti pakai skirt hitam sambil bawak fail dan sebatang pen semasa jumpa bos.

5.Babak di kampung - Kalau bukan syarikat,mesti kat kampung yang ada kawasan nelayan,rumah kayu lama,kedai runcit,masjid,kerja kat hutan dan sawah,dan pelakon yang buat-buat tua.

6.Babak konflik dan cinta yang tak berkesudahan - Ada si pencinta setia yang kecewa,ada yang main kayu tiga,ada yang dengki,ada majlis kahwin,dan ada babak laki-bini bergaduh sebab pasangan ada hubungan dengan orang lain.



Sebenarnya ada banyak lagi babak-babak wajib dalam cerita melayu.Ni cuma separuh,ada banyak lagi babak yang popular.Nak tau lagi? Sila tengok sendiri cerita melayu banyak-banyak.Kalau bukan korang nak tengok,siapa lagi nak tengok?hahahahaha
Lilypie Angel and Memorial tickers