Tuesday, May 3, 2011

Petua hilangkan jeragat di muka

Haa,siapa ada jeragat kat sini,angkat tangan?Takpe,kebanyakkan orang akan ada masalah ni kalau tak sekarang,mungkin bila tua nanti.Dan pada yang memang ada masalah jeragat (macam saya),sob3x,boleh amalkan petua-petua ni;


Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua. Kadang kala ia hitam yang terkumpul di muka biasanya berkelompok, baik di pipi mahupun di dahi atau dagu. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan sama sekali. Mungkin anda tidak ada jeragat, tetapi mencegah lebih baik sebelum ditimpa masalah ini.

Penyebabnya:
1. Ia disebabkan oleh pancaran UV matahari yang menjadikan kelebihan pigmen.
2. Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau menopaus.
3. Gelisah dan tidak cukup tidur.
4. Menggunakan makeup yang tidak berkualiti dan bermutu rendah.
5. Disebabkan oleh masalah pada limpa.

Rawatan Moden 

a. Lindungi kulit anda daripada matahari dengan menggunakan “skin care” dan barangan makeup yang mengandungi "sunscreen" iaitu bahan pelindung matahari. Tidur dengan cukup dan jauhi daripada kegelisahan.

b. Pastikan barangan makeup yang anda pakai bermutu tinggi. Urutan pada muka anda boleh merangsang peredaran darah dan mempercepatkan
pemulihan.

Rawatan Tradisional

Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.
Petua 2: Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda  sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
Petua 3: Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
Petua 4: Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 - 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.
Petua 5: Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

SUMBER INFO;

4 comments:

hamzah ian said... Reply To This Comment

oh begtu rupanya

My Bloggie ! said... Reply To This Comment

nak petua jerawat bole tak ? skrg tgh ade masalah jerawat yg kronik ni :)

Cik Ila said... Reply To This Comment

hamzah ian : ye.begitu.haha

my Bloggie : jerawat? err,akan diusahakan.hehe

Far8 budak baik said... Reply To This Comment

pisang berangan je ke..
pisang emas tak ley??
hahahaha =p