Monday, October 24, 2011

Noktah dua bertindih itu smiley!

Isnin,permulaan hari yang aku cukup tak suka.

Begitu juga Ahad,hari cuti yang aku memang tak suka..sebab esoknya Isnin! Kesian aku,semakin hari semakin sibuk,tapi Facebook bukak jugak! Cuma blog je bersarang.Agaknya,bila dah ada keluarga sendiri (ada husband dan anak-anak),langsung tak online! Haha ;)
Eh,mana boleh macam tu kan? Susah kalau dah membesar dalam keadaan teknologi dah canggih.Kalau dah zaman sendiri pun dah canggih,zaman anak-anak nanti macammana agaknya ye? Tapi secanggih-canggih zaman pun,kesudahannya kita tak boleh bawak teknologi masuk kubur pun.huhu

Teringat kata-kata penceramah semalam pasal teknologi sekarang termasuk bahasa penggunaan teknologi dalam internet,SMS dan laman sosial lain.

Penceramah : Saya dah umur nak dekat pencen,tapi saya baru tahu tentang noktah dua bertindih dan tutup kurungan.

Mula-mula aku tak faham.Tapi lama-lama bila fikir balik..eh, noktah dua bertindih tu tanda smiley ---> :)
Gelak besar semua orang. Punya la benda tu terlalu simple bagi kita,tapi sesuatu yang susah untuk orang-orang tua.Tapi ada lagi yang mencuit hati aku..

Makcik : Ohh...pakai nombor telefon baru?? Asyik tukar telefon je!
Budak : Makcik,saya tukar nombor je,telefon tetap sama!

Ahh,sudah! haha.Tapi itulah dia peredaran zaman.Jangan gelakkan orang tua sebab tanpa orang tua,tak wujud jugak teknologi yang ada sekarang! ;)

0 comments: