Sunday, June 10, 2012

Makan-tak-reti-nak-habiskan-ke?

Nyum-Nyum!

Al-kisahnya,aku memang pantang tengok orang makan tak habis.Tak kira dia budak-budak,remaja,orang tua,semua aku kira.Marah bercampur geram.Dua-dua perasaan tu wujud.

Sepanjang 24 tahun,dah berpuluh-puluh ayat yang sama aku dengar.Mungkin juga satu doa yang terbaik pernah mereka doakan untuk aku bila aku yang menjadi tukang habiskan makanan-orang-yang-makan-tak-reti-nak-habiskan.;

"Bagusnya kau ni,dapat suami soleh nanti!" - kata mereka sambil tersenyum dan teruja tengok aku.

Itu yang pertama.Yang seterusnya;

"Orang yang belanja kau mesti puas hati dapat belanja kau,makan sampai licin.Berbaloi!"- kata mereka lagi

Ohh..Ada lagi rupanya;

"Bagus.Senang nak bela orang macam kau ni.Bagi je makanan apa-apa,confirm habis!"- Kata mereka.

Apa boleh buat.Dah tercipta untuk tidak cerewet bab makan.Alhamdulillah.Macam tu la agaknya.Tapi cerewet tempat lain tak tahu la kan.Hehe

0 comments: