Thursday, November 8, 2012

Kenapa dengan Celcom ni?

Haih..dah 2,3 hari Internet slow.Sebelum ni tak pernah slow sampai tahap macam ni. Biasanya lepas Subuh bukak Internet guna broadband Celcom kat sini memang laju,tengahari jela kalau dia nak semput. Ni tak,dah 2 hari rasanya memang tak pernah laju.Kesian i..nak berhibur dengan Internet pun susah. (Nak bukak fb pun lambat,apa pun tak bolehhhhhhh!) ;(

Ini wilayah Celcom. ;p

Hari Ahad kalau tak silap,Celcom memang problem.Kebanyakan orang bermasalah bila nak send SMS kan? Termasuk lah aku..jenuh tekan send lebih 10 kali,tak jugak sampai kat penerima. Dugaan apakah ini. Tak nak kasi aku buat benda yang sia-sia la tu. Sejak dari tu,Internet pun slow jugak. Kata Celcom,tengah nak upgrade.Baiklah.Cepat-cepat baik tau!

Aku malas nak bising-bising tanya orang kenapa Internet aku slow.Sah-sah jawapan diorang memang buat aku stress..

"Dah kau guna berukband sape suruh?"

"Kau guna berukband apa?Celcom? Memang hampeh la..Guna la berukband lain!"

Ehh,hello! Aku nak jawapan yang sedap sikit aku dengar,pls? Tolong la sedapkan hati aku sekali je,boleh? Haha ;p. Berbalik kepada masalah Celcom hari Ahad yang lepas, ada jugak kawan yang kata,SMS yang dihantar malam tu free. Dia tak ada credit,tapi dia boleh hantar SMS. Aku macam,ehhhh.yeke? Emm,tapi takut nak cuba sebab aku guna bill. Buat nya dia kira dalam bill,mamfuss i.. ;p

Cepat-cepat la baik wahai Celcom.Tak kira la line phone ke,broadband ke,asalkan Celcom.Jangan buat pasal time-time sibuk macam ni. ;)

8 comments:

Qhaifa Nur said... Reply To This Comment

tgh upgrade...ayat biasa tu..
lagi2 musim hujan skrg lagi lmbt....

Cik Ila said... Reply To This Comment

@Qhaifa Nur

Ayat biasa..kalau tak respon kang kene mrh ngn customer.hahaha

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said... Reply To This Comment

ish ye ke.. banyakkan bersabar ye.. nnt nnt ok lah tu insyaallah ;)

Cik Ila said... Reply To This Comment

@ADZA IRDAWATI aka MAK DARA

Tq Mak Dara.Harap2 cepat la baik.. ;)

pazil said... Reply To This Comment

betullah tu.setiap kali musim hujan beginilah Celcom..gua dah lali.

semalam Celcom send sms minta maaf kat gua atas servis yang caca marba.gua reply balik..'jangan harap gua nak maafkan'.

Cik Ila said... Reply To This Comment

@pazil

Gua kalau ikut hati,nak maki..tp bila fikir balik,sape suruh wa guna celcom.hahaha

Zie Madini said... Reply To This Comment

haa tu la kan. kasi ler jwpn yg sedap di dgr. org dah la tension. hahaha.

zie ingatkan broadband zie aje yg bermasalah. rupanya awak nyer pun slow ek.

sah ler tu line celcom mengong..hehe

Cik Ila said... Reply To This Comment

@Zie Madini

Sama la broadband kite..mmg lain prob ler tu