Waktu kecil..amat manis.Kenapa manis? Sebab semua perlakuan bodoh adalah dianggap wajar.Sebagai contoh di zaman aku sekolah rendah,siapa yang ada pengasah pensil yang boleh dipusing untuk asah pensil,tu dah dikira kaya.Aku cuma ada pengasah bulat-nostalgia.Kalau nak lukis bulat,cari pengasah pensil.Boleh juga dibuat cermin untuk betulkan tudung sekolah yang comot.
Begitu juga yang bawak beg beroda.Aku memang cop dia anak orang kaya.Begitu jugak yang bawak kotak pensil bertingkat-tingkat dan besar..sah! Dia juga orang kaya pada fikiran aku.Begitu mudahnya fikiran kita-budak-budak dulu.Budak sekarang tak rasa.Kot laa..hehe.
Alah,budak-budak..semua orang tak kisah..
Waktu kecil kalau perangai manja aku boleh terima.Tapi kalau budak besar perangai manja,aku meluat sangat.Manja yang aku maksudkan,semua tahu nak harap orang buat.Tu la,kecik-kecik manja sangat,dah besar,benda senang pun tak boleh buat sendiri.Mesti nak bergantung pada orang.
Aku pun kategori manja jugak masa kecik.Mungkin kerana aku membesar di asrama yang jauh dari family sejak dari form 1,aku jadi agak kuat untuk berdikari.Aku boleh balik sendiri,pergi sendiri,basuh baju sendiri,makan sendiri dan buat kerja-kerja lain secara sendiri.Kalau tak,siapa nak buat lagi? Kawan-kawan? Sori beb.Kawan pun nak jaga diri dia sendiri jugak..Form 1 sampai Form 5 aku travel Johor-Kelantan tiap-tiap tahun.Cuti apatah lagi.Hentam jela kalau terpaksa balik sorang-sorang pun.
Penerimaan aku pada orang dewasa yang tak pandai berdikari amat kurang sikit.Bukan apa,dah besar buat la cara dah besar.Sendiri buat,sendiri la tanggung.Tak perlu susahkan sesiapa.Ini tidak,sikit-sikit mengadu pada parent.Seingat aku dulu,aku tak pernah mengadu pada mak ayah aku apa-apa pun.Bagi aku,kalau aku mengadu pun,setakat mana mereka nak setelkan?Tetap jugak sendiri kena setel.
Manja dan emo juga memang tak boleh dipisahkan.
Kalau dah manja,mesti emo.Kadang-kadang emo yang memalukan.Contoh memalukan adalah apabila emo dan update status fb dengan status emo.Sungguh kurang matang.Perlu satu dunia tahu perasaan anda? Mahukan perhatian dari rakan-rakan fb? Sesungguhnya rakan-rakan fb pun malas nak melayan.Adat orang emo berkata,
"Suka hati aku la,fb aku,suka hati aku la nak update apa-apa,kalau taknak baca,tak payah bukak,remove friend aje."
Itu status paling kelakar bagi orang emo.Esok lusa,dah kena remove.Kesian.Hanya disebabkan dia emo,orang lain pulak kena remove.Kurang matang lagi.
Orang emo dan manja selalu merasakan diri mereka ni tak dipedulikan,tak ada siapa nak tolong.Siap kata lagi,ada kawan pun tak guna,satu pun tak boleh nak tolong time kita susah.Walhal,kalau difikirkan balik,semua perkara boleh diselesaikan tanpa bantuan sesiapa pun.Kata kawan aku,orang lain adalah watak sampingan dalam hidup kita,kalau dia tak ada,kita tetap boleh hidup dengan aman.Thanks kawan!
Nasihat aku pada kawan-kawan yang emo lagi manja,sila balik ke pangkuan keluarga,duduk di rumah sajalah.Tak perlu la bikin orang lain stress dengan perangai anda yang kurang matang.Orang lain ada 1001 masalah yang tidak diberitahu.Tapi anda ego dengan masalah anda yang sebesar semut.Duduk di rumah dan sila mengadu 24jam kepada keluarga tersayang.Mereka sentiasa ada untuk anda setiap masa.
Mudah-mudahan Tuhan beri kekuatan pada anda untuk lebih matang,pandai bawak diri dan berdikari.Itu harapan aku.
p/s : Hidup ni perlu jugak untuk menyendiri tapi bukanlah keterlaluan.Penyendirian tu mengajar kita erti sabar,belajar menguruskan diri,bijak menguruskan masalah dan menjadikan kita lebih kuat berusaha.Tahniah jua pada orang yang sentiasa 'Forever Alone'.Andalah sekuat-kuat manusia. ;)
0 comments:
Post a Comment