Saturday, January 5, 2013

Majlis Sambut Menantu 17.11.2012

Assalamualaikum.

Baru teringat yang entri sebelum ni Cerita Kahwin 15.11.2012 tu sebenarnya tergantung.Itu tema Kuning.Kali ni nak cerita tema ungu pulak. Cantik warna ungu ni. Warna ungu ni banyak kenangan jugak untuk kami berdua.Lebih-lebih lagi encik suami memang suka warna ungu.

Kalau nak imbas balik,warna ungu ni mengingatkan kepada bunga yang diberi kepada encik suami sempena hari konvokesyen encik suami pada tahun 2007 yang lalu.Masa tu hubungan adalah sekadar adik angkat-abang angkat aje.Masa tu jugaklah first time jumpa ayah&mak mertua sekarang.Hihi. ;p

Tup-tup bila diri sendiri grad September 2012 hari tu,dapat jugak bunga warna ungu sempena hari konvokesyen,encik suami bagi.Dia balas balik bunga dengan warna yang sama.Kedua-dua bunga tu disimpan elok sampai sekarang.

Ok.Nak start bercerita.

Majlis Sambut Menantu dibuat di rumah encik suami di Bachok Kelantan.Lebih kurang 1 jam lebih jugaklah daripada rumah sendiri.Majlis bermula jam 12.30 tengahari dan secara rasminya bakal bersuai-kenal dengan keluarga encik suami.Sedikit gambar untuk tatapan. ;)

Purple-Pink-Putih
Gambar ni terpaksa edit sebab lighting memang spoil
Sebahagian dari hantaran encik suami kepada si isteri (Gambar sebelum Majlis Sambut Menantu)
Gambar ni setting tak betul.Terus jadi cerah yang melampau.Tapi ok jugak.hehe ;p
Masa ni rasa sangat lapar.Tapi control je.Takut sakit perut jumpa tetamu

Ok.Cukup sampai situ je gambar.Lebih-lebih kang tak sesuai pulak.Terus jadi blog fotografi nanti.hehe ;)

Yang menarik tentang majlis kat sini,hiasan bilik pengantin,meja makan pengantin dan barang-barang hantaran adalah direka sendiri oleh biras saya,merangkap kakak ipar encik suami.Memang kreatif orangnya.Jimat sikit bajet encik suami.Ekeke ;p

Ramai jugak kawan-kawan encik suami yang datang.Tak lupa jugak kawan-kawan sendiri daripada universiti datang.Terima Kasih atas sokongan semua. ;)

Itu sahaja kisahnya.

Semoga pembaca blog ni pun cepat-cepat kahwin ye! ;)

0 comments:

Lilypie Angel and Memorial tickers