Saturday, January 5, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum semua.

Rasanya belum terlambat untuk wish Selamat Tahun Baru 2013.Wahh,cepat betul masa berlalu.Impak yang paling besar untuk diri sendiri,hari tu single lagi..sekarang dah bersuami.Rasa macam semakin tua walhal umur baru nak masuk 25 pada Februari nanti.

Atas kekangan masa semenjak menjadi isteri secara sah ni,blog dan benda-benda yang tidak mempengaruhi diri terpaksa dilupakan untuk seketika.Kenapa tak mempengaruhi? Sebab blog sebenarnya tak bukak pun tak apa,kalau bukak tu maksudnya dah habis tak ada kerja nak buat..Macam dulu-dulu.. ;)

Ohh ye,sebut tentang 2012 yang lalu..terlampau banyak kenangan manis dan tak kurang jugak kenangan yang tak berapa nak manis untuk dikenang.Kata orang,ingat yang manis-manis aje.Kawan-kawan pun ramai yang berkahwin,bertunang,dirisik..dan macam-macam lagi.

Sekali lagi merasakan diri semakin tua..

Ciss!

Tak apa,sekurang-kurangnya dah bergelar Puan.

Harap-harap 2013 lebih bermakna untuk kita semua.Amin.InsyaAllah. ;)

0 comments: