Friday, March 1, 2013

Kejutan demi kejutan

Week 16 sudah.

Satu peristiwa yang mengejutkan aku berlaku dan aku sendiri tak menjangka akan berlaku.Pada aku,baik-baik aje,tapi ujian datang untuk uji kekuatan aku.

Ada bleeding 2 hari lepas yang betul-betul membuat aku menangis tiba-tiba.Terus cakap dalam hati.Ohh Tuhan,kalau apa-apa berlaku,biarlah aku yang tanggung semuanya.Tapi bukan si kecil ini. Dia berhak dan dia ada hak untuk hidup.

Aku sanggup hadapi apa-apa saja kemungkinan dalam masa-masa begini.Apa pun yang jadi, InsyaAllah akan diteruskan jua perjuangan ni.Bunyinya agak skema. Tapi rasakan lah sendiri wahai readers semua. Baru aku tau macam ni rupanya perasaan seorang ibu.

Pergi klinik tiba-tiba dan secara tiba-tiba jugak mohon cuti.Nasib baik ada supervisor yang memahami.Boleh aku berehat sebelum tunggu nak pergi klinik. Alhamdulillah,lepas scan doc kata tak ada apa-apa masalah. Mungkin sebab aku banyak gerak dan tertekan perut masa batuk. Uri pun 'terkebawah' sikit.Tu la salah satu punca bleeding.

Lepas tengok monitor scanner ultrasound tu,rasa happy balik tengok si kecik gerak-gerak dalam perut.Alhamdulillah.Lega rasanya.

Macam ni la rasanya kalau dah jadi ibu.Perasaan seorang ibu tu sangat kuat sampai anak belum lahir pun,dah  rasa sayang sangat-sangat.Semoga dia terus membesar dengan sihat dalam perut. InsyaAllah.

2 comments:

YanaHime said... Reply To This Comment

rehat byk2...jgn stress...semoga Allah melindungi awk & baby

Cik Puan Ila said... Reply To This Comment

Tq2..InsyaAllah..mudah2an.. amin.. ;)