Sunday, March 17, 2013

Week 18

Week 18.

Semuanya baik-baik aje.Alhamdulillah.

Cuma 1-2 perkara yang buat hati tak tenang,tak senang,tak gembira,tak suka dan tak ada mood.Makan minum so far ok,cuma kadang-kadang rasa dah muak makan benda yang selalu dimakan.Mula mencari benda-benda merepek seperti Ayamas,KFC dan Dominos Pizza.Wahh..bukan main demand lagi! Well,itu bukan kerana baby,itu kerana diri aku sendiri yang dah muak makan benda yang sama contohnya nasi.

Ok.Consider no prob la tu kan.Asalkan makan,jangan biar perut kosong. Tentang loya dan muntah, rasanya dah kurang.Tak loya sangat dah.Kalau dulu hampir setiap hari rasa loya.Sekarang tak loya kecuali bau benda-benda yang kurang menyenangkan seperti udara bau sampah,bau toilet lepas berak,haaaa..tu memang la cari pasal untuk buat aku muntah.

Tentang rasa benci pada laptop,yaa!! masih lagi berlarutan.Aku pun tak tahu kenapa aku malas sangat bukak laptop untuk ber'online'.Apa yang aku suka adalah membaca.Tak kisah apa jenis sumber pun,suratkhabar pun aku layan! Novel ke buku-buku agama ke,semua aku layan.Termasuk buku latihan tuisyen housemate aku sendiri.

Perut tak nampak apa pun.Kalau aku tipu kata aku single,masih belum kawin pun orang percaya lagi.Hehe.Tapi kat dalam perut ni dah boleh rasa macam benda gerak seperti angin.Kejap ke kanan,kejap ke kiri dan kejap ke bawah pulak. Itu memang..memang..memang si kecik.Aku yakin.

Perasaan yang tak best sekarang adalah moody.Entah bila agaknya moody ni nak berakhir. Harap-harap tak efek kat si kecik.Jangan dia moody jugak sudah ler...

2 comments:

EllyZahari said... Reply To This Comment

ohh..rindu nk preggy lg..huhu

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@EllyZahari

Sila la preggy lagi..hehe

Lilypie Angel and Memorial tickers