Sunday, March 24, 2013

Tentang Wife,Master dan Mama-to-be

Sekarang aku rasa...

Blog aku seperti blog mama-mama dan ibu-ibu serta mak-mak punya blog.Kalau sekarang dah update pasal baby dan segala tentang plan,pregnancy dan sebagainya,itu aku rasa konfem aku dah migrate ke dunia blog mak-mak.

Kawan tanya aku macam mana sekarang? Tak boleh blah..Aku cakap,"Macam ni la..macam mana lagi?" Soalan yang aku malas nak jawab,macam tu la bunyinya.Macam mana apa nya? Soalan pun aku tak faham.Ohhh,maksud diorang lepas aku dah kahwin,sedang pregnant sekarang.

Alhamdulillah,baik-baik aje!

Aku salah seorang yang ber-PJJ bersama husband.Aku di utara dan husband di pantai timur.Ada jugak yang cakap kat aku,

"Kesiannnnnn!"

Perghhhh..penumbuk mau ka? Aku tak marah,cuma aku tak faham kenapa macam tu? Aku tak rasa beban langsung pun.Adat la,orang lain entah-entah dah 10 tahun duduk PJJ dengan husband.Aku rasa bertuah sebab walaupun duk jauh,tapi still ada kawan-kawan serumah yang sama-sama berjuang untuk habiskan Master.Kira macam apa yang aku rasa,diorang pun rasa cuma yang bezanya aku punya komitmen lebih up sikit daripada housemate aku yang semuanya bujang.Aku je Puan.Hehe ;)

Tak lama lagi aku dah nak jadi mama.Housemate aku yang excited.Bagus jugak punya housemate lagi 8 orang.Segala perasaan kempunan a.k.a mengidam nak makan tu diorang yang rasa.Aku tak rasa apa kecuali kempunan ABC masa 2 bulan pregnant dulu.Itu je.Selebihnya,mengidam Secret Recipe,Dominos Pizza,dan lain-lain,budak-budak tu yang rasa.Untung bukan? ;p

Tak sabar nak habiskan Master cepat-cepat.Kalau ada rezeki,naik stage amek scroll Master,boleh bergambar dengan baby dan MyMaster punya scroll bersama encik husband.Peritnya nak habiskan Master,hanya Tuhan saja yang tahu.Tapi seronok dengan student life macam ni.Kerja cuma perlu buat research je.Tak perlu masuk kelas dan sibuk-sibuk nak exam.Cuma perlu korbankan masa untuk buat research selama 1.5-3 tahun.Dun worry...I'm hepi! haha

Apa-apa pun,hidup perlu diteruskan.Rezeki tu ada di mana-mana.Yang penting,kena nikmati kehidupan.Sila abaikan orang-orang yang dengki,busuk hati dan sebagainya untuk kehidupan yang best.Haha ;)




9 comments:

Erna Nordiana Zamri said... Reply To This Comment

puan ila..seronok hanya kita dan anak dalam perut je tahu. seronok yang tak boleh nak gambar dengan kata. kena kuat semangat dan semuanya kak erna cakap ni sebab kak erna dah melaluinya dulu dari ila. seronok tak terkata dapat bergambar dengan jubah konvo dan iman. seronok oke! next, ila pula :)

take good care!

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@erna

Betul tu k.erna.Hanya kita yg tahu segalanya..Semoga dipermudahkan..Amin..

Thanks k.erna.. ;)

mama maman aka yana said... Reply To This Comment

Seronok jadi ibu mengandung dan seronok dpt bergelar ibu@mama.. hehehe

miss that feeling.. so long tak rasa

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@mama maman aka yana

Alhamdulillah..rezeki.InsyaAllah...akak rasa lagi lps ni..

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

seronok baca entri ni... :)

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

Encik azwan bila lg? Hehe

suria lekatlekit said... Reply To This Comment

Pjj lg sweet..bila ada bby dlm perut kita auto excited nk crta.itulh naluri seorg ibu yg lahir scra natural tnpa prlu kita mmbentuknya

Azwan Aziz said... Reply To This Comment

Insya Allah akan datang :)

Cik Puan iLa said... Reply To This Comment

@THE LEKAT LEKIT STORY

Tu la kan..hanya yang alami je tau rasa indah tu..

Lilypie Angel and Memorial tickers