Tajuk entri menarik je kan?
Sebenarnya ada terbaca blog Namee Roslan. Kelakar pulak bila baca entri dia. Apa yang dia tulis tu kebenarannya ada la 99.99% sebab apa yang dia alami lebih kurang je macam aku. Haha
Tak tipu. Masa bujang aku pun terbayang yang indah-indah je pasal kahwin. Nah kau.Dah kahwin sekarang baru tahu perasaannya macam mana. Aku rasa siapa yang dah kahwin je yang faham. Am I right sayang-sayang semua? Kekekeke.
Kahwin.
Kita dengar macam biasa je.Tapi dalam kahwin tu ada 1001 rahsia yang tak ada siapa pun tahu kecuali pasangan tu sendiri.
Kenapa aku kata macam tu? Yela,semua pun dilalui bersama suami isteri. Yang duduk bersama tu sempurna la kehidupan suami isteri. Tapi bagi aku yang ber-PJJ dah masuk tahun kedua ni,masih lagi tertanya-tanya,"Kalau duduk sekali ni,entah apa la kisahnya kalau dah tiap-tiap hari mengadap muka yang sama!".Eheh~
Setiap pasangan tu dicipta saling melengkapi. Maksudnya,masing-masing ada kelemahan dan kelebihan. Tak ada dua-dua sempurna.
Aku dan suami memang banyak benda beza. Rasanya yang sama pun,dua-dua jenis simple dalam bab makan.-Bab makan tak cerewet.Tekak kitorang tekak kampung,malay typical-Jadi tak susah nak cari makan. Kau campak je makanan apa,InsyaAllah kitorang sapu kalau makanan kampung ni.
Ohh ye.Kitorang agak jakun dengan western food sebenarnya. Maklumla,bila masing-masing dah besar,baru jumpa western food. Jumpa setahun sekali je kot.Setakat makan western food,tak kan kenyang punya.Confirm kena makan nasi jugak lepas tu.Hehe
Yang bezanya pasal kitorang??
1. Berjalan/melancong/shopping dan sebagainya.
Aku teramat suka berjalan. Shopping ke,window shopping ke,mengendap tengok kedai- kedai,cukup suka.Tapi husband tak suka okey!!! Kalau nak keluar berjalan,aku fikir 2,3 kali dulu. Takut nanti husband buat muka boring time aku pusing-pusing mengendap tengok barang.Hahaha.Nampak tak kat situ.Sudahnya,aku pun berjangkit dah.Makin kurang suka berjalan dah sekarang.Sedih! ;(
2. Cara Memasak
Aku jenis suka masak simple. Setakat sayur tu.Hiris bawang putih.Lepas tu potong sayur..terus campak dalam kuali. Tapi husband,dia suka sayur tu jadi colourful. Nanti kau jumpa segala jenis bawang,lada,siap ada fishball bagai dalam tu. Bila tengok dalam kuali/periuk,sayur kau dah jadi warna-warni. Sama jugak masakan lain.Aku main campak je dalam kuali. Dapat kat suami, macam-macam accesories dia letak..errr,bagi aku membazir je letak banyak-banyak.Kalau simpan accesories tu untuk masak esok-lusa lagi ok kot!
3. Baju
Aku jenis simpan baju dalam keadaan berlipat kecuali baju kurung dan baju-baju yang aku tak nak dia terlalu kedut,so gantung saja. Tapi husband? Bila jemur baju,gantung pakai hanger. Bila dah kering,angkat baju dengan hanger tak buang,terus letak dalam locker. Bila nak pakai,bukak locker terus capai baju yang tergantung tu. Akibatnya,lambakan hanger berlaku kat rumah aku. Kalau dulu hanger satu warna je,sekarang hanger aku ada warna-warni. Entah mana la dia rembat hanger banyak-banyak tu!
4. Suasana hijau
Aku jenis tengok benda-benda hijau macam pokok-pokok ni, tak ada perasaan sangat. Tapi kalau suami,naik kereta dengan dia sempat pulak dia tenung pokok tepi-tepi jalan.Eh,sempat pulak drive sambil tengok tu pokok apa,ni pokok apa. Tapi yang bestnya,bila aku tak tahu jenis-jenis nama pokok,buah,daun..tanya dia je.InsyaAllah,semua dia tahu.Hehe.Cara-cara nak semai tanaman,pun tanya dia.
5. Rumah
Aku ok je rumah pattern camne-camne pun,banglo,teres,semi-D..semua ok. Tapi husband? Rumah dia haruslah banglo besar di tanah luas. Jauh sikit dari rumah jiran. Alasan dia,nanti boleh bukak volume tv kuat-kuat, boleh bercucuk tanam di sekeliling rumah, sembang kuat-kuat. Lorh! Haha
6. Kereta
Aku jenis tak suka kereta kotor. Dalam kereta dan luar kereta,wajib bersih sebab nanti orang tengok,malu!. Husband pulak katanya kalau dia basuh kereta je mesti akan kotor balik,so rugi je basuh. Dalam kereta aku, aku make sure tak ada tisu,resit-resit tak guna..aku buang terus. Dalam kereta husband,resit entah zaman bila pun ada dia selit kat celah-celah ruang kosong. Bila orang nak tumpang kereta,mula la kalut susun semua benda.
7. Membaca
Aku agak suka jumpa benda yang boleh dibaca. Tak kira la novel,artikel,magazine ke,buku apa-apa ke,rasa macam excited nak bukak baca walaupun tak baca semua. Tapi husband? KIV dulu la..Sebulan lagi pun belum tentu dia bukak baca.Hehe
8. Movie
Dulu aku suka tengok movie. Sejak dah kahwin ni aku rasa tak cukup masa nak tengok movie. Last-last jadi tak minat. Tapi husband cukup suka. Bukak laptop,download movie baru. Bila ajak tengok movie sekali,setengah jam pertama je aku pay attention,selebihnya aku lena! Haha.TV pun aku dah tak minat.
9.Toileterries (Aku tak sure eja betul ke salah!)
Perkakas toilet. Yang ni sebijik sama macam blog Namee Roslan. Ubat gigi!!! Haaa,aku suka picit dari bawah,dengan harapan takde la kau terpicit-picit kat muncung lubang ubat gigi tu bila dah nak habis.Husband main taram je.Picit kat tengah-tengah badan tu.Amat sengsara la bila ubat gigi tu dah nak habis nanti.
10. Kreativiti
Aku memang terkenal sebagai orang yang tak kreatif langsung. Bagi aku,buang masa je kreatif-kreatif ni. Husband pulak terlajak kreatif. Mesti ada idea tak kira la produk ke,benda-benda terbuang ke,dia tahu apa nak buat dengan semua benda tu. Kotak terbuang pun boleh jadi rumah kucing! haha
11. Sup vs.tomyam
Aku pencinta tomyam dan langsung tak minat sup. Husband adalah kaki suka makan sup dan paling tak suka makan tomyam. Dia alergi pedas. Aku tak pulak.hahaha.
Nahhh! Ada 11 unsur ketidaksamaan.Target 10 tapi terlebih satu. Tak pe la kan. Ada banyak lagi yang lawak-lawak,cuma aku fikir 2,3 kali nak tulis. Nanti lah kalau ada masa,aku tulis lagi entri macam ni.
So,sekarang,terjawap tak salah satu persoalan best ke kahwin?
Adik-adik dan kawan yang masih single,fikir-fikirkan lahh..hahahaha
2 comments:
kadang2 rasa nak sangat kahwin, tapi kadang2 rasa malas. camne ek? haha
@Azwan Aziz
Ish2..Jangan camtu.Nanti umur kejar kita.hahahaha
Post a Comment