Tuesday, December 7, 2010

Gila kasut sampai design sendiri?

Kalah artis nak buat show!
Christina Mei Mei Ng seorang gadis berusia 23 tahun,pemegang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi dan Sains Hayat, Universiti Industri Selangor (Unisel) yang hanya memiliki 
sebuah komputer riba dan laman sesawang www.christyng.com untuk meluaskan minat dalam menambah koleksi kasut.Oleh kerana sambutan menggalakkan, dia menambah koleksi kasut bertumit yang dibeli secara online daripada pengeluar kasut dari Amerika Syarikat dan United Kingdom.Sambutan menggalakkan ini menguatkan semangat Christina untuk menghasilkan rekaan sendiri.

Berbekalkan penyelidikan di butik kasut jenama antarabangsa, majalah, buku serta Internet, Christina menghasilkan sendiri kasut yang lebih versatil serta anggun menggunakan material terkini seperti satin dan separa kulit dihiasi batu permata.

Christina Mei Mei Ng
"Saya suka melihat wanita bergaya cantik serta percaya keyakinan wanita akan meningkat apabila mampu melindungi kekurangan tubuh mereka. Disebabkan kebanyakan wanita Malaysia memiliki ketinggian sederhana antara 150 hingga 160 sentimeter, wanita memerlukan kasut bertumit tinggi yang selesa, kukuh dan stabil bagi membolehkan mereka berjalan dengan penuh yakin serta rasa cantik,”



Setakat ini, Christina sudah menghasilkan hampir 400 pasang kasut dan memiliki ratusan pembeli bukan saja dari Malaysia malah luar negara seperti Thailand, Filipina, Brunei, Singapura dan Australia manakala pelanggan Malaysia terdiri daripada pembeli di pantai timur seperti Pahang, Kelantan dan Terengganu, selain sekitar Lembah Klang.

p/s : Korang tak teringin nak buat ke????Hahahaha

Monday, December 6, 2010

Buang Tabiat kah aku?

Apa motif,apabila sedang memakai shawl dan tiba-tiba menyanyi lagu Yuna?Buang tabiat kah diri ini? Atau sedang dilanda kebusanan yang melampau apabila cuba memakai shawl walaupun tidak untuk ke mana-mana dan hanya berkesudahan di hadapan cermin?Tidak mengapalah.Asalkan tau arah tuju! haha.
Sebut pasal shawl,Cik Ila nak promote 1 blog ni.Kawan punya la.Promote ni pun untuk bantu member majukan bisnes dia..K.erna namanya.

Header pun cantik.Content blog pun menarik
Kawan-kawan yang gila shopping online tu,apa kata bukak blog ni dengan sukacitanya;


Blog ni dalam proses untuk masukkan item-item baru yang cantik-cantik.Harga pun boleh tahan la sesuai untuk golongan yang masih belajar macam Cik Ila ni.Eh,yang dah kerja pun boleh beli kalau mau,harga berpatutan compare dengan harga online yang lain.Diingatkan sekali lagi,blog ni dalam proses untuk masukkan item baru.So,tunggu..Bila-bila masa saja dari sekarang akan ada item baru!!!!  :)

Hang mai tang mana.Habaq mai!


Godek punya godek Nuffnang,jumpa pulak kata kunci aneh ni..AKTRES TAKUT LIPAS..Kuang3.Rasanya hari tu ada buat entri pasal Lipas.Tengok-tengok ade pulak kunjungan dari kata kunci AKTRES TAKUT LIPAS.Hang mai tang mana.Sebelum ni tadak pun!! Apa-apa tu,jutaan terima kasih kepada pembaca setia kat blog ni.Walaupun ada silent reader yang sentiasa datang menjenguk dan pasif sangat-sangat,tak mengapa lah wahai sahabat.Takkan nak paksa follow memollow pulak kan.Tu masing-masing punya hak.Walaupun follow memollow tu salah satu kaedah untuk meng'hot'kan traffic,dan kadang-kadang ada yang terpaksa follow (dalam hati taknak follow pun sebenarnya),tapi disebabkan nak meraih traffic yang mengancam,terfollow jugak akhirnya.Tak kisah lah.Janji semua orang happy dengan blog masing-masing. :)

Salam Maal Hijrah 1432

Salam Maal Hijrah 1432 kepada semua.
Semoga di tahun baru ni,semua dimurahkan rezeki dan diberkati selalu dan terhalang daripada buat perkara yang tak baik..
Salam Maal Hijrah 1432
Teringat zaman kat STF dulu.Time nak sambut tahun baru,
petang-petang lagi dah ada kat surau untuk baca doa akhir tahun dan time maghrib pulak baca doa awal tahun.Ustazah cakap,kalau kita baca dan niat dengan ikhlas,InsyaAllah,satu tahun tu kita terpelihara daripada gangguan syaitan dan seumpamanya.Hidup pun lebih tenang tahun tu,kiranya walaupun ada masalah,tapi Tuhan bagi kemudahan untuk kita dan dijauhkan daripada segala bahaya dan bencana.InsyaAllah.mudah-mudahan tahun ni,kita lebih kuat dan diberikan keselamatan dan kesihatan yang baik.Amin.
Lilypie Angel and Memorial tickers