Tuesday, December 7, 2010

Gila kasut sampai design sendiri?

Kalah artis nak buat show!
Christina Mei Mei Ng seorang gadis berusia 23 tahun,pemegang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi dan Sains Hayat, Universiti Industri Selangor (Unisel) yang hanya memiliki 
sebuah komputer riba dan laman sesawang www.christyng.com untuk meluaskan minat dalam menambah koleksi kasut.Oleh kerana sambutan menggalakkan, dia menambah koleksi kasut bertumit yang dibeli secara online daripada pengeluar kasut dari Amerika Syarikat dan United Kingdom.Sambutan menggalakkan ini menguatkan semangat Christina untuk menghasilkan rekaan sendiri.

Berbekalkan penyelidikan di butik kasut jenama antarabangsa, majalah, buku serta Internet, Christina menghasilkan sendiri kasut yang lebih versatil serta anggun menggunakan material terkini seperti satin dan separa kulit dihiasi batu permata.

Christina Mei Mei Ng
"Saya suka melihat wanita bergaya cantik serta percaya keyakinan wanita akan meningkat apabila mampu melindungi kekurangan tubuh mereka. Disebabkan kebanyakan wanita Malaysia memiliki ketinggian sederhana antara 150 hingga 160 sentimeter, wanita memerlukan kasut bertumit tinggi yang selesa, kukuh dan stabil bagi membolehkan mereka berjalan dengan penuh yakin serta rasa cantik,”



Setakat ini, Christina sudah menghasilkan hampir 400 pasang kasut dan memiliki ratusan pembeli bukan saja dari Malaysia malah luar negara seperti Thailand, Filipina, Brunei, Singapura dan Australia manakala pelanggan Malaysia terdiri daripada pembeli di pantai timur seperti Pahang, Kelantan dan Terengganu, selain sekitar Lembah Klang.

p/s : Korang tak teringin nak buat ke????Hahahaha

5 comments:

Johari Hamzah said... Reply To This Comment

Wah.. bukan senang nak buat tu..
nanti mesti ada syarikat kasut yang ambil dia jadi designer..
xpown bukak kedai sendiri.. :)

Drama Seruan Pulau Nami akan ditayangkan esok??

theblabber. said... Reply To This Comment

semua orang teringin nak buat camni, kalau banyak duit!!!

haha

zmah said... Reply To This Comment

Memang minat sungguh dia...BAGUS!

EDY said... Reply To This Comment

perghh blaja biotech..tapi jadi designer kasut..smart la..=)

THE LEKAT LEKIT STORY said... Reply To This Comment

anda di tag

http://lekatlekitgurl.blogspot.com/2010/12/ayuh-kita-bersenam-bersama-bloglarian.html