Friday, June 4, 2010

Ada apa dengan blog..

Sana-sini aku tengok ada blog.Ouh! rupanya zaman sekarang semua orang ada blog.Untuk apa buat blog,aku pun tak tahu. Dulu zaman-zaman sekolah (tahun 90an),murid-murid ada diari masing-masing,siap bawak ke sekolah pulak tu.Lepas tu isu beg berat meletup-letup di kaca TV sampai aku pun naik muak (dulu aku pun bawak beg berat jugak padahal).Sekarang aku selalu fikir,apa yang menyebabkan beg tu berat sangat,sampai terbongkok-bongkok budak-budak sekolah bawak?Aku cuba ingat balik apa yang aku bawak dulu ke sekolah;
  1. Pencil Box (kalau tertinggal,rasa macam nak menangis)
  2. Buku Tulis (Bila naik tahun baru,dapat buku tulis,beli kat koperasi sekolah dalam plastik,kena bawak semua sebab tak tahu cikgu nak guna berapa buku untuk subjek dia)
  3. Bekal makanan/botol air ( Aku special sikit,tiap-tiap hari bawak bekal,tapi time rehat,aku pergi beli jugak kat kantin).
  4. Autograf/Diari ( kononnya tulis biodata diri.Mula-mula kawan-kawan,lama-lama suruh cikgu pulak yang tulis)

Dunia sekarang sudah berubah.Murid-murid tak bawak autograf lagi.Semua tu tak perlu sebab balik dari sekolah,mesti online dulu,sekurang-kurangnya bukak Facebook.Agak tercabar pulak tengok budak sekolah pun ada BLOG!!! Bila aku baca,makk aiii....kecewa ditinggalkan boyfriend pun jadi entri? Dik Non oi,belajar la dulu,kerja sekolah pun entah ke mana lagi.

p/s : Nasihat aku kat adik-adik kat luar,tak perlu nak terpengaruh dengan kawan-kawan sangat.
Blog bukan tempat untuk bergaduh berebut-rebut si buah hati atau membangga-bangga
diri dapat hadiah dari si jantung hati. :)

0 comments: