Saturday, August 14, 2010

Mahu cantik?

Dah lama godek2 internet (betul ke istilah godek2 ni?),terjumpa 1 blog yang kebanyakkan menulis tentang petua.Banyak betul petua orang-orang lama dalam blog tu.Siapa punya blog?Haaa,kalau nak tahu, tu la blog Pembaca berita TV1, rasanya semua orang kenal, Fareeth Ismeth Emir.Boleh layari  http://ensaiklopediapetua-petuamelayu.blogspot.com kalau nak.

So,kat sini nak kongsi sikit petua.Petua untuk menjadi cantik.

1. Kawal Pemakanan
Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan

2. Guna Pelembap yang Sesuai
Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembap sangat diperlukan. Carilah pelembap yang sesuai dengan kulit muka masing-masing.

3. Cuba Elakkan dari Pancaran Cahaya Matahari
Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari di dalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelembapan kulit yang membawa kepada kekeringan

4. Sentiasa Bersenam
Bersenam mampu meningkatkan keupayaan dan kesihatan. pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu

5. Minum Banyak Air
Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dengan meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamanya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan

6. Makanan Tambahan
Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan utnuk wanita 30-an. Kesibukan dengan tugasan di pejabat dan di rumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya

7. Elakkan Bermekap Tebal
Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan sederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang

8. Positif, Ceria dan Selalu Bersama Yang Tersayang
Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress


 p/s : Selamat mencuba kepada rakan-rakan. 

Sumber : http://ensaiklopediapetua-petuamelayu.blogspot.com/2010/07/cantik-itu-subjektif.html  

0 comments:

Lilypie Angel and Memorial tickers