Friday, August 6, 2010

Kubur yang haram

Artikel dari e-mail.


Terima kasih kepada pengirim e-mail.Kalau tak kerana e-mail,ramai juga tak tahu tentang ni.Sekali tengok,cukup cantik dan indah.Tapi sebenarnya kubur atau pusara sebegini adalah HARAM.Kenapa?

Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:
Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,
“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim) 



Selain itu, bunga-bunga/jambangan bunga juga adalah HARAM tetapi sering diguna pakai oleh masyarakat Melayu masa kini kerana terpengaruh dengan masyarakat Melayu kuno dan orang-orang kafir yang terlalu memuja si mati.

Merujuk hadis,adalah HARAM hukumnya apabila kubur dibina dari marmar (marble) kerana dianggap perbuatan tersebut tidak memberi apa-apa erti kepada si mati dan menunjukkan sifat bermegah-megah yang dimurkai Allah SWT.


*Gambar sebuah tanah perkuburan di Singapura.

0 comments:

Lilypie Angel and Memorial tickers