Sunday, September 26, 2010

Kenapa suka bergambar di toilet?

Entri kali ni cukup eksklusif.Pertanyaan demi pertanyaan,tapi masih lagi menjadi tanda tanya orang tua-tua.Kenapa suka bergambar di toilet.Apa yang menarik di situ.Selepas buat survey dengan salah seorang rakan,beberapa kata putus dibuat.

Penulis sendiri tidak terkecuali
Apa yang penting di sini,setiap orang punya sebab masing-masing.Itu hal mereka untuk bergambar,mengapa jadi persoalan.CIk Ila mahu keluarkan idea sendiri.Beberapa kata putus yang dimaksudkan adalah;
  1. Camera/HP cantik sangat.Mesti tunjuk sebab nampak eksklusif.Mungkin Megapixel tinggi,sapa tau?
  2. Toilet tu menarik,cantik,colourful.Design toilet tak sama,okey!
  3. Cermin toilet clear dengan anggapan gambar jadi cantik,kalau tak clear,mesti ada orang gosok gigi dan terpercik di cermin,agaknya la..!
  4. Lampu toilet yang ada pencahayaan yang bagus,kaler suram
  5. Bergambar sementara menunggu kawan yang sedang ________!
  6. Bila tengok orang bergambar kat toilet,nak tiru jugak boleh? 
  7. Saja nak testing2 posing.Kalau nak buat kat tempat publis,ramai yang tengok
 So,kepada kawan-kawan di luar sana,apa agaknya alasan korang? :)

Wednesday, September 22, 2010

5 Syarat untuk bermaksiat.

Salam semua.Cik Ila nak kongsi sedikit ilmu kat blog hari ni.Lebih ke arah keagamaan,untuk manfaat kita semua.Renung-renungkan dan fikir-fikirkan lah ye.

          Pada suatu hari, Ibrahim bin Adham didatangi seorang lelaki yang gemar melakukan maksiat. Lelaki tersebut bernama Jahdar bin Rabiah. Ia meminta nasehat kepada dirinya agar ia dapat menghentikan perbuatan maksiatnya. Ia berkata, “Ya Aba Ishak, aku ini seorang yang suka melakukan perbuatan maksiat.Tolong berikan aku cara yang ampuh untuk menghentikannya.”
Setelah merenung sejenah, Ibrahim berkata, “jika kau mampu melaksanakan lima syarat yang kuajukan, maka aku tidak keberatan kau berbuat dosa.”
Tentu saja dengan penuh rasa ingin tahu yang besar, Jahdar beratanya, “apa saja syarat-syarat ini, ya Aba Ishak?”
Syarat pertama, jika kau melaksanakan perbuatan maksiat, maka janganlah kau memakan rizki Allah”, ucap Ibrahim. Lelaki itu mengernyitkan dahinya lalu berkata, “lalu aku makan dari mana? Bukankah segala sesuatu yang berada di bumi ini adalah rizki Allah?” “Benar”, jawab Ibrahim tegas. “Bila kau telah mengetahuinya, masih pantaskah kau memakan rizki-Nya sementara kau terus melakukan maksiat dan melanggar perintah-perintah-Nya?”
“Baiklah…”, jawab lelaki itu tampak menyerah. “kemudian apa syarat yang kedua?” “kalau kau bermaksiat kepada Allah, janganlah kau tinggal di bumi-Nya”, kata Ibrahim lebih tegas lagi.  “Apa? Syarat ini lebih hebat lagi. Lalu aku harus tinggal di mana? Bukankah bumi dengan segala isinya ini milik Allah?” “Benar Abdullah. Karena itu pikirkanlah baik-baik.
Apakah kau masih pantas memakan rizki-Nya dan tinggal di bumi-Nya sementara kau terus berbuat maksiat?”, tanya Ibrahim. “Kau benar Aba Ishak”, ucap Jahdar kemudian.
“Lalu apa syarat ketiga?”, tanyanya dengan penasaran. “Kalau kau masih juga bermaksiat kepada Allah tetapi masih ingin memakan rizki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, maka carilah tempat yang tersembunyi agar tidak terlihat oleh-Nya. “Ya Aba Ishak, nasehat macam apakah semua ini? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Bagus! Kalau kau yakin Allah selalu melihat kita, tetapi kau masih terus memakan rizki-Nya, tinggal di buminya, dan terus melakukan maksiat kepada-Nya.

“Baiklah, ya Aba Ishak, lalu katakan apa syarat yang keempat?” “Jika malaikatul maut hendak mencabut nyawamu, katakanlah kepadanya bahwa engkau belum mau mati sebelum bertaubat dan melakukan amal sholeh.” Jahdar termenung. Tampaknya ia mulai menyadari semua perbuatan yang dilakukan selama ini. Ia kemudian berkata, “tidak mungkin…tidak mungkin semua itu kulakukan.” “Ya abdallah, bila kau tidak sanggup mengundurkan hari kematianmu, lalu dengan cara apa kau dapat menghindari murka Allah?”
Tanpa banyak komentar lagi, ia bertanya sayarat yang kelima, yang merupakan syarat terakhir.
Ibrahim bin Adham untuk kesekian kalinya memberi nasehat kepada lelaki itu.
Yang terakhir, bila malaikat Zabaniyah hendak menggiringmu ke neraka di hari kiamat, janganlah kau bersedia ikut dengannya dan menjauhlah!” Lelaki yang ada dihadapan Ibrahim bin Adham itu tampaknya tidak sanggup lagi mendengar nasehatnya. Ia menangis penuh penyesalan. Dengan wajah penuh sesal, ia berkata, “cukup…cukup ya Aba Ishak! Jangan kau teruskan lagi. Aku tidak sanggup lagi mendengarkannya. Aku berjanji, mulai saat ini aku akan beristighfar dan bertaubat nasuha kepada Allah.” Lelaki itu memang menepati janjinya. Sejak pertemuannya dengan Ibrahim bin Adham, ia benar-benar berubah. Ia mulai menjalankan ibadah dan semua perintah-perintah Allah dengan baik dan khusyuk.


Semoga mendapat manfaat daripada petikan ini.Wallahualam.

Sunday, September 19, 2010

Tweet...Tweet..

Apa kejadahnya semua ni? Ramai sangat pelanggan? Semua orang main tweet2 ke sekarang??Ohh dunia..Internet bukan lagi satu benda asing untuk kebanyakkan orang.Dulu cukup susah nak bukak internet,mana ada broadband,streamix,P1 Wimax dan lain-lain.Seingatnya,dulu guna dial-up dgn telefon,bil melambung tinggi (penulis tidak terkecuali).Sekarang sudah maju,jadi pelik kalau orang tak ada Internet.Hmm..fikir-fikirkan la ye.

Thursday, September 16, 2010

Wedding Nola!

Wedding lagi...
First of all,Selamat Pengantin Baru kpd sorang STFian ni,Nola.
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Actually,wedding ni masa bulan Julai lagi,tapi Cik ila sengaja lambat-lambatkan post.
Sangat teruja pergi majlis tu,dapat jumpa kawan-kawan sekolah dulu masa Cik Ila kat STF.
Nola & Pali

Sweet kan?
STF 0105
Wedding bukan sekadar wedding,tapi boleh dikatakan reunion juga utk batch 0105.Nola adalah orang ke-5 yang kahwin selepas Shida,Hurul Aini,Asha Kamal,n Ain husin.Lepas ni siapa agaknya...Tunggu!! :)

Wedding baby!

Selamat Pengantin Baru utk kedua-dua mempelai ni,yang merangkap sepupu Cik Ila.Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.AMIN.

Selamat Pengantin baru!
Wan Amira Nabilah@Baby



Tahun ni,tahun eksklusif majlis-majlis perkahwinan.
Harap-harap,tahun depan semua timang anak la ye..
InsyaAllah
:)

Monday, September 13, 2010

Tahan,Pukul,Bunuh,Bakar

BANTING - Empat pekerja ladang buah-buahan dan ternakan milik seorang peguam bergelar Datuk mengaku terlibat membunuh dan membakar Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki bersama jutawan kosmetik itu di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di ...sini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, berdasarkan pengakuan empat daripada lapan lelaki yang ditahan reman itu, polis kemudian berjaya menemui lokasi empat mangsa yang dipercayai ditahan, dibunuh dan dibakar di ladang ternakan tersebut.

"Kesemua lelaki terbabit mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka kemudian dibakar.

"Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke sebatang sungai berhampiran sebuah ladang ternakan di situ," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat dekat sini semalam.

Apa nak jadi neh,bunuh-bunuh,bakar orang???Sebelum bakar tu,try la bakar diri sendiri dulu,rasa dulu best ke tak,baru la bakar orang.Kejamnya si pembunuh tu.

Raya datang lagi

Salam Aidilfitri kepada semua.Hari ni dah masuk hari ke-3 beraya.Alhamdulillah,masih lagi dipanjangkan usia utk menyambut kemeriahan Aidilfitri bersama keluarga.Semoga ikatan Silaturahim akan tetap terjalin sampai bila-bila.

Family Cik Ila


Sekali lagi,Salam Aidilfitri dari Cik Ila..Maaf zahir & Batin.
Ikhlas dari Cik Ila sekeluarga.

Wednesday, September 8, 2010

Engineers to be??


Sepanjang jadi student Engineering ni,rasanya...hentam saja lah jawapan apa pun!!!! Semua orang pun jawapan lain-lain.Kalau method pun lain-lain,takkan nak dapat jawapan sama jugak.kan??

Saturday, September 4, 2010

Bila sudah 22....!!

Apa sudah jadi dengan Cik Ila semenjak berganjak ke usia 22 tahun ni?

shawl pilihan Cik Ila.
 Ya ampun!!! Beli lagi?? hmmm...
Apa boleh buat,tengok sana cantik,sini beli.Tengok sini lawa,sana beli.
Alahai,kenapa la Cik Ila dah jadi macam ni.Kata nak saving??
Sem ni saja,dah macam2 beli; cardigan,dress,tudung (segala jenis syiria,shawl,instant)
Apa lagi bila ada yang mengajak ke Padang Besar shopping2
Kalau tak ajak pun,direct selling kat kampus pun meletup2 jugak.
Bila kawan-kawan jual,mula la mata menjeling,apa salahnya beli dari kawan-kawan!
Bukan nak ambik hati,Cik Ila suka support member-member jual apa-apa
Disebabkan tu,Cik Ila akan beli jugak,at least 1..mana tahu,dengan hasil Cik Ila beli n guna,bisnes kawan-kawan jadi lebih untung??


Gambar kat atas,Shawl yang Cik Ila beli dari seorang kawan,Kelate mari!!!

Murah2..RM9!!! 

Cik Ila doakan bisnes dia akan berkembang.Mudah-mudahan,AMIN.
Melawa?Ohh,Cik Ila teringin sgt2 nak mencuba pakai.Memang sekarang mood untuk mencuba tu semakin menjadi-jadi.

Friday, September 3, 2010

Kisah Raya Part 2

Hai semua! Cik Ila sudah berada di kampung halaman.1 hari Cik Ila berehat semalam,penat sangat travel.Okey,continue the stories...

Raya dan raya,budak-budak mesti suka.Bila dah dewasa ni,lain pulak perasaannya.Zaman kanak-kanak tu ceria.Tak perlu buat apa-apa,tau main-main je.Cik Ila dulu suka bawak beg (ala-ala handbag la konon),time raya bila orang datang,Cik Ila mesti tayang beg tu.Kadang-kadang sengaja tayang depan orang ramai,dengan harapan tetamu memahami Cik Ila.Ya,ada yang memahami,tapi ada yang saja buat tak tau.Terima kasih kepada yang memahami.

Pernah 2,3 kali dalam bulan puasa,ikut mummy pergi cari daun getah.Hehe.Dulu tak pernah kenal pun daun getah,susu getah tahu!

Ni la daun getah!
Kegunaan dia,untuk buat TAPAI!! Tapi sekarang dah tak cari daun getah,cari bekas kecik je dah cukup.Kata mummy,daun getah dah susah nak cari area tu,so kita guna bekas kecik saja.

Tapai
Tapai pun salah satu makanan tradisi raya kat sini.Sampai sekarang pun ada lagi orang letak tapai dalam bekas.Tak tahu la tempat lain ada tapai ke tak.Selain tu,ada lagi yang berbeza dengan tempat lain.Kat mana-mana kita jumpa,makan ketupat 4 segi dengan kuah kacang dan sebagainya,sini pulak makan ketupat palas 3 segi.Tempat lain jugak ada lemang,tapi sini,tak berasap pun,maksudnya,lemang pun tak popular di sini.

Disebabkan rumah Cik Ila dekat dengan Zoo,time raya,mesti hati nak ke zoo,entah la kenapa.Orang melawat saudara mara,si kecik ni nak pulak g melawat haiwan di sana.Pernah sekali tu sampai meronta-ronta nak pergi.Tak susah,hanya jalan kaki,lintas rel kereta api,naik bukit dan jalan kaki lagi untuk sampai ke zoo.Memang meriah sebab ramai jugak orang datang.So,bukan si kecik ini saja yang pelik!!


Musim dekat-dekat raya,Cik Ila dan Cik Elly ada 1 tabiat.Tabiat menunggu Pakcik Posmen datang rumah,sebab nak bertanding kad raya siapa paling banyak.Tiap-tiap hari bertanding sampai dah kenal bunyi enjin motor pakcik posmen.Maklumla,time tu mana ada sms raya,e-mail kad raya. Semua guna manual cari kad raya (siap menangis kalau tak dapat beli kad raya).Pastu mintak setem kat abah,kadang-kadang men sapu je,tak mintak pun.Pernah jugak sebab terdesak nak balas kad raya,guna setem yang dah dicop.Mungkin pakcik posmen terlepas pandang,kad raya sampai jugak.Ada member sekolah rendah ajar,cara nak hilangkan cop kat setem,ambik setem dan tenyek kat atas hidung yang berminyak tu,nanti cop hilang.Yaa...memang jadi!!

Okey lah,Cik Ila stop dulu kat sini.Kalau Cik Ila rajin,Cik Ila akan update lagi.See yaa! Selamat Berbuka Puasa!

Wednesday, September 1, 2010

Kisah Raya Part 1

Kecik-kecik dulu,baju raya mesti banyak,plus segala bagai subang,gelang,rantai,beg,gincu...semua tu Cik Ila pakai.Disebabkan kami hanya 2 org perempuan dlm adik beradik, selalu dapat barang-barang yang sama.Cik Elly beg merah,Cik Ila beg biru.Cik Elly subang besar,Cik Ila subang kecik.

Cik Ila masih ingat,time raya,mesti main bunga api dengan abang-abang.Maklumlah,ada sorang abang kami tu,merangkap ketua segala abang adalah supplier bunga api masa tu.Sekarang tidak lagi,tapi dia masih lagi jadi supplier,tapi untuk anaknya! haha

Pagi-pagi raya,juadah utama tak lain tak bukan,NASI DAGANG.Lauk ada 2 jenis,Gulai ikan dan Gulai Ayam.Dulu-dulu,malam raya mesti buat kek,baunya.....MasyaALLAH! Biasalah,bagi kanak-kanak seperti Cik Ila masa tu tak lepaskan peluang makan kerak-kerak kek dekat bekas.Kadang-kadang Cik Ila sengaja masukkan tangan dalam acuan kek sebab bau sedap sangat.

Kuih raya? Ohh maaf.Cik Ila bukan seorang yang gemar biskut raya.Tapi Cik Ila suka makan biskut Cornflakes.Sebab tima puasa,pukul 4ptg,Cik Ila mesti tengok Riang Ria Cornflakes bersama Chef Wan.Siap salin resepi,tapi tak pernah buat pun.Time berbuka,Cik Ila dan adik beradik makan kerang yang direbus.Makan dengan sos cili.Memang ajaib! Bila time sahur,kerang tu mesti dah habis ataupun tinggal paling maksima 10 je.Agak-agak,siapalah yang makan tu ye?

Cik Ila sudah mahu menayang gambar sebenarnya.Banyak gambar-gambar raya time Cik Ila kecik,tapi malu pulak nak dipublish.Macam-macam gaya ada.Maklumla,budak-budak.Okey,setakat ni dulu.Cik Ila mau packing utk balik malam ni.Nantikan Kisah Raya Part 2 ye.

Selamat Hari Raya!

Yeyey!
Malam ni trip ke KB utk raya.
So,di kesempatan ni,nak wish "Salam Aidilfitri,Maaf Zahir Batin"
kpd semua.
Semoga Aidilfitri kali ni lebih bermakna.
Lilypie Angel and Memorial tickers