Wednesday, September 1, 2010

Kisah Raya Part 1

Kecik-kecik dulu,baju raya mesti banyak,plus segala bagai subang,gelang,rantai,beg,gincu...semua tu Cik Ila pakai.Disebabkan kami hanya 2 org perempuan dlm adik beradik, selalu dapat barang-barang yang sama.Cik Elly beg merah,Cik Ila beg biru.Cik Elly subang besar,Cik Ila subang kecik.

Cik Ila masih ingat,time raya,mesti main bunga api dengan abang-abang.Maklumlah,ada sorang abang kami tu,merangkap ketua segala abang adalah supplier bunga api masa tu.Sekarang tidak lagi,tapi dia masih lagi jadi supplier,tapi untuk anaknya! haha

Pagi-pagi raya,juadah utama tak lain tak bukan,NASI DAGANG.Lauk ada 2 jenis,Gulai ikan dan Gulai Ayam.Dulu-dulu,malam raya mesti buat kek,baunya.....MasyaALLAH! Biasalah,bagi kanak-kanak seperti Cik Ila masa tu tak lepaskan peluang makan kerak-kerak kek dekat bekas.Kadang-kadang Cik Ila sengaja masukkan tangan dalam acuan kek sebab bau sedap sangat.

Kuih raya? Ohh maaf.Cik Ila bukan seorang yang gemar biskut raya.Tapi Cik Ila suka makan biskut Cornflakes.Sebab tima puasa,pukul 4ptg,Cik Ila mesti tengok Riang Ria Cornflakes bersama Chef Wan.Siap salin resepi,tapi tak pernah buat pun.Time berbuka,Cik Ila dan adik beradik makan kerang yang direbus.Makan dengan sos cili.Memang ajaib! Bila time sahur,kerang tu mesti dah habis ataupun tinggal paling maksima 10 je.Agak-agak,siapalah yang makan tu ye?

Cik Ila sudah mahu menayang gambar sebenarnya.Banyak gambar-gambar raya time Cik Ila kecik,tapi malu pulak nak dipublish.Macam-macam gaya ada.Maklumla,budak-budak.Okey,setakat ni dulu.Cik Ila mau packing utk balik malam ni.Nantikan Kisah Raya Part 2 ye.

0 comments:

Lilypie Angel and Memorial tickers